Sunday, June 7, 2009

Bunga sang Bunian

.


Siapa yang kenal bunga ini?


Inilah Bunga Bakawali yang kebetulannya, sempena purnama hampir penuh malam itu, ia mekar dan aku sempat pula ada di situ. Jadi, aku snap beberapa gambar untuk simpanan.


Aku snap lebih kurang pukul 11pm di belakang rumah mertua aku di Melaka, pada Sabtu 6.6.09. Aku tak tahu tarikh Islam tapi bulan hampir mengambang penuh. Aku agak dalam 13-14 haribulan.


Bukan senang nak tengok dia kembang sebab ia mekar pada waktu malam dan hanya satu malam saja. Bila matahari pagi bersinar, ia turut layu.


Bau dia memang wangi tapi taklah sewangi Harum Sundal Malam yang menyengat tu. Bau wanginya agak sederhana dan boleh tercium sehingga beberapa kaki darinya, ikut arus angin malam.

Baunya seakan-akan bunga tanjung atau bunga cempaka. Spesis yang itu kelopaknya warna putih melepak dan stigmanya juga warna putih, berspora kuning. Besarnya selebar tapak tangan orang dewasa.





Ada tiga kuntum lagi yang belum mekar dan aku tak sanggup nak tunggu sebab entah bila dia nak mekar. Yang satu itu pun cuma kebetulan. Seumur hidup aku, itulah sekali aku jumpa. Sebelum ini, aku cuma tengok dia dah layu.



Aku tahu, ada berbagai cerita mistik yang berkait dengan Bunga Bakawali tapi aku tak mahu cerita lebih-lebih sebab nanti blog aku kena chop sebagai blog mistikus...





.

13 comments:

SHIMI said...

salam bro,
kat rumah aku ada tanam bunga ni dalam pasu. Dah berpuluh bunga dia aku nengok. Baka dia aku amik dari rumah kat kampung.

Satu kebaikan dari bunga ni, boleh melegakan penyakit asma dari minum air rebusan bunga dia.

AZANI said...

wow, aku terpaksa ngaku aku tak pernah jumpa bunga ini.kira rezeki ni.

kakpah said...

cantik bunga tu. Bau wangi ni kalau kita terhidu pada waktu malam yang sunyi sepi.. err.. meremang bulu tengkuk.

Insyirah said...

Cantiknya bunga Bakawali. Memang tak pernah jumpa lagi. Kira besar juga ler bunganya kalau sebesar tapak tangan manusia.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

bunga bakawali..biasa la tengok...aku panggil bungan bakong...

tasikmerah said...

korang.

ni aku nk tanya. bunga cengkih pernah tengok tak....?

kikikiki....




:p

Indrasakty said...

Dengar nama bunga ini terus kepala terbayangkan wajah Elly Mazlein.

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Aku pun ada dengar khasiat perubatan tapi aku tak pasti sangat macam mana. Tak beracun ke? Aku takut karang berhalusinasi lak...


Azani,
Bunga dia dikatakan orang sehingga sedikit menjadi exotic (bukan erotic), sebabnya malas nak tunggu dia bebunga. Dia berbunga satu malam je, pagi dah layu...


Kakpah,
Ada kaitan dengan hantu ke?


Insyirah,
Spesis yang itu agak besar. Ada juga mertua tanam spesis yang dari Sarawak tapi bunga dia kecil sikit...

Cikgooden,
Haa.. bunga bakong. Kat perak panggil bunga bakong, baru aku teringat...

TM,
Ko pernah tengok pokok cengkih tak?
Pokoknya tinggi tau.
Bunga Bakawali ni mekarnya satu malam sahaja. Biasanya mula bukak pukul 9pm. Pukul 11pm dan mekar penuh. Pukul 2am paling kemuncak. Pukul 6am dia layu balik.
Dia ni macam pokok Dragon Fruit jugak, bunganya kembang satu malam je...
Bunganya exotic sebab susah nak tengok dia kembang, lebih-lebih lagi kalau dalam hutan! Sape nak tunggu pukul 12malam dalam hutan???!

Indrasakti,
Apsal lak teringat Elly? Macam tajuk drama ke?

ashley said...

Nizam,
Bunga bakawali?

Kira cam baka kepada wali wali la ni kan?

ha ha ha

TM,
pokok kayu manis kat depan rumah mak aku ada..nak benihnya?..
sila sila..

cengkih?..cam mana la rupanye ekk..
he he he..

Anonymous said...

Aiseh, akak tak pernah tengok lansung bunga ni. Dok dengar cerita mistikus dia saja.

Akak suka cerita2 mistik ni.

Ya, betul teringat rupa Elly dalam keliwon hehe :)

Water Lily

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kak, org kata .... bunga tu ada...
penunggunya.
Pokok cengkih besar la kak. Bunganya dikutip dan dijemur sampai hitam macam tu..

Waterlily,
Haa... baru tau kenapa Indrasakti teringatkan Elly. Ada cerita mistik tapi nanti-nanti la...

Badan penat lagi, baru habis kenduri kawen adk ipar.

zai said...

bunga ni dulu byk dok jumpa kat dalam hutang kt kg sy ms kecik2 dulu..x sangka pulak bunga bakawali..patutla org rajin sesat kot hutan tu..agaknya ada penunggu kot..wallahualam

Nizam.Ariff said...

Zai,
Salam. Dia org mungkin sesat sebab dia orang masuk waktu malam. Bunga tu mekar waktu malam. Aku rasa la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com