Saturday, June 6, 2009
Tentang Api pulak...
.
Api, angin, tanah dan air adalah unsur-unsur alam ini, seperti yang telah diklasifikasikan oleh entah sape-sape ntah. Aku rasa ia wujud sejak zaman Greek lagi.
Walau bagaimana pun, al-chemy moden tidak mengiktiraf api sebagai salah satu unsur/elemen kerana pengiktirafan sebagai elemen memerlukan kewujudan proton. Kalau mengikut definisi mereka, api itu tidak wujud sebagai satu unsur tetapi adalah hasil interaksi elemen-elemen lain yang menghasilkan tenaga haba.
Bayangkan API.
Di dunia ini, api menjadi pemusnah terunggul. Kalau nak musnahkan bukti atau nak musnahkan benda-benda termasuklah kalau nak musnahkan virus/bakteria mesti gunakan api. Lihat filem fiksyen sains, kalau nak musnahkan daerah yang terinfeksi dengan virus, mesti guna bom napalm, api le tu. Kalau nak musnahkan Alien pun guna api. Nak musnahkan Transformers pun guna api. Nak musnahkan Terminator pun guna api. Sikit-sikit api, sikit-sikit api.
Dalam agama, api memainkan peranan penting. Secara fizikal atau retoriknya, api dikaitkan dengan penyiksaan terunggul iaitu api neraka. Api neraka yang dinyalakan dan dibakar dan dibakar lagi sehinggalah warnanya menjadi kehitam-hitaman. Bila menyebut tentang api, kita sering terbayangkan cahaya dan kecerahannya. Apabila diberitahu yang api neraka yang telah dibakar beberapa kali, yakni telah dipertingkat kepanasannya, menjadi warna kehitam-hitaman, aku mula rasa pelik. Bagaimana api yang terang itu menjadi hitam?
Apakah API itu?
Menurut al-chemy moden, api yang biasa kita lihat pada lilin atau kayu terbakar adalah terdiri daripada beberapa jenis gas. Biasanya gabungan oksigen dan bahanapi, terutamanya propana (kayu juga ada propana). Interaksi gas-gas ini pada suhu tertentu yang di gelar flash point akan menghasilkan haba dan digelar api. Manakala api pada suhu lampau-tinggi di gelar plasma.
Turutannya seperti ini: Pepejal - Cecair - Gas - Plasma.
Kalau dilihat sekali imbas, perbezaan itu tidak lain hanyalah enthalpy, hanyalah perbezaan kandungan haba. Maknanya, plasma merupakan yang terpanas dalam siri ini.
Warna api/plasma bergantung kepada bahan bakarnya (fuel). Ada macam-macam warna, dari merah, hijau, putih.... ke biru. Dan warnanya juga menunjukkan darjah kepanasan. Darjah kepanasan juga bermaksud kandungan tenaga haba yang terbebas terhasil dari bahan bakar itu. Bagaimana dengan api berwarna hitam?
'... yang bahan bakarnya terdiri daripada batu-batu dan manusia...'
Api: pemusnah terunggul di dunia, siksaan terunggul di neraka!
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
takde api, tak berasap la rokok...begitu pentingnya api, kan...kan.
'api..api.. mana api..' jerit anak perempuan aku bila pertama kali mendapat kereta baru. Tangannya menggapai2 mencari suis sebab hari dah mula nak gelap dan kereta yang lalu lalang semua dah pasang lampu.
wei..
tak berasap dapur kalau tak dak api!!
takkan hari hari nak makan ikan mentah, ayam mentah..atau salad jerrrr..
kecil kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan..
penambahan kepada cerita tentang api..
letrik kategori api gak kan? Sebab abah aku dulu selalu cakap nak pegi bayar bil api.
Saya pernah dgr org cakap...manusia pun ada unsur-unsur api, angin, tanah dan air. Tapi saya mmg tak percaya benda-benda ni.
Err...kalau orang yg berunsur api, sure pemarah kan? Hehe..
dalam setiap manusia ada api yang menyala , bila ia marah api itu kan marak sehingga membakar dirinya, bila kita marah ketika berdiri kita duduk bila kita marah ketika duduk kita baring,akhir sekali ambil wudhu dan berta'awuz.
Api,ciptaan berpekej - kawan dan lawan.
Cikgooden,
Betul tu. Entah macam mana, aku sokong kamu...
Kakpah,
Hahaha... mesti panik giler tu.
Ashley,
Ikan makan mentah-mentah sedap pe..? Cuba la...
Kakpah,
Ya, letrik tu berapi-api bil dia... hehehe
Insyirah,
Jangan terkejut. Mereka ambil sifat-sifat je, bukannya sesuatu yang fizikal. Kalau api tu memang ada perumpamaan macam Azani tulis, tapi yang lainnya aku belum jumpa lagi. Kalau sesiapa jumpa tolong cerita sikit kat aku.
Azani,
Betul tu. Api diredakan oleh air...dan sabar itu air sifatnya.
Waterlily,
Akak buat kesimpulan yang tepat! Ianya berpakej, seperti mana kita di hantar kedunia ini juga berpakej... naik haji pun ada pakej pe.. hehehe
Post a Comment