Monday, June 15, 2009

Kelaparan tengah-tengah malam...

.

Jika seorang blogger runcit-runcit kelaparan waktu malam, apa agaknya yang dia buat untuk jinakkan kelaparannya?


Takkan nak makan nasi lemak tengah malam. Takkan nak turun kedai mamak wifi 24 jam. Aku malas nak keluar. Kuda api aku pun dah tidur malam-malam macam itu. Kalau dapat pizza pun kira ok. Sebelah tangan pegang tetikus, sebelah lagi suapkan pizza ke mulut.

Tapi, mana nak cari pizza tengah malam buta suruh hantar ke rumah? Kalau ada, aku nak suruh awek yang hantar. Kalau tak ada, aku kena buat sendiri. Payah-payah, aku buat banjo telur je la tapi aku improvise sikit macam ni:

Minyak zaitun dipanaskan
Hirisan tomato (ganti tomato paste)
tabur garam bukit halalgel sikit atas setiap tomato


Matikan api
Pecahkan sebiji telur
taburkan kicap cair (atau seasoning)
Taburkan serbu lada putih
Kalau suka, taburkan daun oregano


Roti ramuan Uncle Slocum 3 keping dipotong
Susun roti atas telur yang masih cair (supaya melekat)
Baru hidupkan api semula.
Pastikan roti menutupi permukaan, supaya
haba terperangkap dan masakkan telur.


Agak-agak dah gareng, goyang-goyangkan roti guna jari,
pastikan tak melekat (guna teflon pan)
Kemudian, terbalikkan dalam piring yang cukup besar
(fikir sendiri macam mana nak buat)
Letakkan sos cili dan mayonis.



Dan hasilnya....



Cepat dan murah, dan janji ia boleh lalu tekak aku tanpa termuntah.




.

13 comments:

Basuh Baju said...

pergh... jgn ckp lu yg masak benda ni..haha

Insyirah said...

Chef Nizam, kalau letak sosej sekali...sure lagi menyelerakan.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tak sakit perut ka makan ni?..saja la tanya.

tasikmerah said...

kalau aku makan megi je.... ha ha.



.

ashley said...

Tu bukan pizza cik adik.
Tu roti telur bertatahkan tomato masam.

Apasal tetiba aku rasa perut aku memulas balik..

Nizam.Ariff said...

Basuh Baju,
Ya, aku yang buat tengah-tengah malam...

Insyirah,
Betul tu. Tapi, itu dah jadi macam pizza pulak. Aku masak ni improvisasi egg benjo...

Cikgooden,
Emm..errr... takde lak rasanya. Keluar macam biasa je... hehehe

TM,
Megi??? Kurang khasiat, walau megi kata dan kurang lemak dan garam...

Ashley,
Memang bukan pizza pun. Itu improvisasi dari egg banjo. Alang-alang makan biar sepinggan egg banjo tu...
Tu bukan sakit perut. Tu namanya perut dah minta makan resepi aku tu... hehehe

addyaholix said...

hebat ko bang. serius aku tak pandai langsung bab-bab masak. kalau kat rumah dulu, nak makan je aku bagi arahan kak adik-adik. sebab ramai pompuan. bila dah duduk sendiri, aku jadi mati kutu bab makan.

semalam aku cuba buat mushroom soup. yang dalam tin. dah ikut arahan pon masih tak sedap. aku makan sikit dan lebih aku simpan dalam peti ais. balik nanti buang.

alahaii!!

xiiinam said...

ckLah selalu keluar berduaan naik motor dgn abang ke Ghulam Rasul tgh malam....he..he..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Mushroom soup dalam tin tu, aku buat pun tak sesedap kat restoran. Aku syak, ada ingredient yang dia tak letak...

CkLah,
ROmantik tew.... jangan rempit-rempit lak... hahaha

Alina said...

ni pizza vegi nih!

nanti nak try buat tapi buat penambahbaikan dnegan letak salami chicken.

:P

Nizam.Ariff said...

Alina,

Boleh... apa salahnye. Letak daging burger lagi sedap.

AZANI said...

aku tengok je pizza kau aku pun rasa lapar,jap mana quaker oats dan kopi jantan aku?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Oats dgn kopi jantan memang tak masyuk!

Kopi jantan dgn telur separa masak baru masyuk... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com