Antara barang kenang-kenangan yang dibeli sempena tanggal 12 June 09 ialah ini:
Dan yang paling penting ialah ini:
Sekeping surat kuning yang berlogo cantik, menyusup masuk ke dalam peti surat, aku rasa, pagi semalam. Aku tak letak harapan tinggi pun sebab permohonan aku hantar akhir bulan April sedangkan tarikh tutup permohonan bulan February! Dan lagi, kakak tu suruh tunggu untuk interview awal pertengahan bulan May, bila lewat tarikh itu, tiada panggilan untuk interview pun. Jadi, aku lupakan hasrat aku nak berguru di gua saguntang tu.
Tup tup, ada pulak surat tu...
Aku tengah fikir ni, nak beli kasut Bata ke kasut Pallas?
Beg pulak, nak gambar doraemon atau otromen?
Beg pulak, nak gambar doraemon atau otromen?
Haih!
.
13 comments:
Sambung belajar? Nampak words "Universiti Teknologi Mara". Muehehe. Bagus la kalau sambung. Belajar kan tak ada noktah.. ;)
Ko nak sambung belajar balik ke. Tahniah le. Daripada ko jadi dreba aku lebih baik ko blaja balik. Err.. ko terlambat sikit je. Kok tak aku boleh belikan beg doremon kat padang besar haritu. banyak saiz ada.
nak sambong blaja?..tak payah la..buat penin kepala jae..
nanti bubuh la ..kepala tuh...tengok gitar, teringat lama tak jammming!..
jom sesekali jammmming, bang.
Insyirah,
Tapi, yuran dia mahal la... baru 3 subject dah ribu-ribu... Kalau cikgu ajar aku tak faham gak, aku saman balik...
Kakpah,
Nak blaja kena pakai duit. Kena cari keje part time.
Kalau tak ada beg tak pe la. Aku pakai beg plastik bungkus bawang putih pun tak pe la...
Cikgooden,
Tu tak payah risau. Macam biasak la... kalau pening-pening, lari la keluar pagar. Alaaa.. macam masa kat asrama dulu... hahaha
Cikgu, gitar tong tak syok jamming. Sedap main kat tepi simpang jalan sambil kacau aweks-aweks lalu, baru ngam... hehehe
Cikgooden,
Eleh, bukan ke lu pun tengah sambung blaja??? Ooooo... tak nak kasi aku pandai le tu... hahaha
Good..sila belajar rajin rajin!
sambung belajar ke bang? aku selalu dengar ayah tanya bila nak sambung belajar. tapi hati aku degil bila dah pegang duit sendiri. semua dah jadi liat.
nasihat la kat aku sikit bang. bagi kesedaran tu ada.
belajar tu bagus,tapi nanti ada ke mas kau nak layan blogging dengan kita orang?ah...sepi lagi dunia blog aku dari karyawan muda sorang ni...
Ashley,
Time kasih sebab bagi dorongan. Kalau aku senak kepala nanti, akak tolong nasihatkan aku ok?
Addy,
Aku pun macam ko jugak dulu. Akan sampai masanya nanti, bila gaya hidup dah agak stabil dan ada kawan-kawan yang dorong, kamu akan terfikir macam aku gak. Tapi, habis ke tak habis belajar tu belakang kira...
Azani,
InsyaAllah, aku akan teruskan. Tapi aku tak jamin ceritanya tak berubah. Mungkin nanti aku post kan entry soalan coursework aku kat blog dan mintak korang semua tolong kasi isi untuk jawab... amacam? Aku tau, kamu suka cari itu ini dalam internet.. boleh tolong googlekan.. hehehe
tahniah... tahniah... :)
aku ni asik tangguh... tangguh... tak payah sambung lah senang! ha ha.
.
TM,
Kat situ bukan ke banyak kolej... daftar je la...
jangan tak habis bang. alang-alang makan pekasam, biar rasa sampai anak tekak.
nanti aku kasik teddy bear masa ko konvo bang. haha!
Addy,
Ok. Aku dah semangat balik ni... hahaha.
Post a Comment