Wednesday, June 3, 2009

Pu Sa Ka Pu Sa Ra ...

.


SATU

Hari itu, aku pulang bercuti semester. MRSM menggunakan sistem semester pada masa itu, sekarang tak tahulah. Aku pulang ke kampung naik bas ekspres dari Taiping ke Ipoh, lepas tu naik satu lagi bas menuju ke T.Intan. Aku sampai ke rumah dah nak petang.


Keesokkan harinya, aku pusing-pusing satu kampung naik basikal. Setiap rumah kawan-kawan yang aku singgah semuanya bercerita hal yang sama. Bercerita tentang kematian emak kepada jiran di seberang jalan sana tu (nama je seberang jalan, tapi lebih kurang memasak secerek air kalau berjalan lamanya). Tapi, bukan kematian yang menjadi topik cerita. Yang hangat diceritakan ialah peristiwa selepas kematiannya.


Pada petang selepas kematiannya, anaknya membuat kenduri arwah serba ringkas. Ada tahlil dan makan-makan. Kanak-kanak sibuk bermain di laman pasir rumah itu, kaum ibu pula sibuk menyediakan juadah. Manakala kaum bapa dan bujangnya sedang bertahlil.

Ketika berdoa, tiba-tiba cerek berisi air teh kelihatan bergoncang kuat. Air teh berkocak hebat. Masing-masing dah panik, dah menjauhkan diri. Mana yang tahu dah mula angkat kaki. Tak lama kemudian, cerek itu terangkat sendiri. Terawang-awang di udara tanpa tali.

Apa lagi, tuan rumah menyorok dan yang lainnya balik ke rumah. Tok Imam kelam-kabut start motor dan bergerak pulang. Tapi, cerek teh itu terbang mengejar Tok Imam sehingga ke titi jalan besar, lebih kurang sepelaung dari rumah yang kematian itu.

Jadi, hebohlah satu kampung pasal cerek terbang. Dipercayai akibat hantu raya belaan si mati yang kini tak bertuan.

Selama sebulan selepas itu, kedengaran cerita orang kampung terserempak keranda buluh terbang ke sana-sini pada waktu malam.




DUA

Selang beberapa lama selepas itu, seorang lagi orang tua meninggal dunia di kampung aku. Sadisnya, orang tua itu mati keseorangan dalam pondok buatan anak-menantunya sendiri. Bilik kecil itu bersambung dengan dapur rumah anaknya.


Aku pernah dengar cerita, nenek tua itu yang mahu tinggal sendirian. Ada juga versi lain, anak perempuannya dah tak sanggup membela emaknya di dalam rumahnya, jadi dibuatkannya bilik kecil yang terpisah, diperbuat dari papan. Dikatakan nenek tua itu punyai perangai yang pelik, kuat makan dan minta jamuan macam-macam bila dah tua dan dekat ajalnya. Semua makanannya di hantar ke biliknya.


Dikatakan juga, setiap maghrib ada bunyi seakan berkeruh kuat atau berderam dari dalam bilik nenek itu. Begitulah nenek tua itu dibela oleh anak-menantunya sehinggalah dia meninggal dunia.


Malam-malam selepas kematiannya, selama beberapa minggu, kedengaran cerita-cerita yang kurang elok. Antaranya, dari jiran bersebelahan rumah itu. Anak perempuan jirannya, ketika itu baru bersekolah rendah, sering mengadu terdengar bunyi cakaran pada dinding papannya. Semasa hayat nenek tua itu, budak perempuan itu sering dimanjakannya.


Mula-mula keluarganya ingat itu tentu cakaran kucing atau harimau akar sebab rumah mereka itu di kaki hutan dusun. Tapi, pada satu hari itu, cakaran itu disulami dengan suara memanggil-manggil nama budak itu dan budak itu kenal suara siapa. Sudah tentu suara arwah nenek itu.


Heboh satu kampung. Dan kesan cakaran itu memang terlihat pada sebelah luar dinding papan bilik budak itu, itu kata beberapa saksi.


Ceritanya, ia juga berkisar tentang belaan yang tidak bertuan bila si pembelanya mati. Dikatakan anak perempuannya tak sanggup mewarisi saka itu.




Lama juga aku tak berani keluar malam. Tapi, bila dah Form 4, aku berani keluar sorang-sorang, itu pun sebab nak tengok bintang sambil angan-angan kalau-kalau UFO terbang lintas kat sawah padi...



.

10 comments:

ashley said...

Yoooooohuuuuu..
ada suara memangil manggil namamu kat belakang ko sekarang..

kakpah said...

okay..okay.. nak tanya. Ni cerita betul-betul ke ataupun satu versi dari mimpi-mimpi ko. (garu-garu kepala nih..)

Insyirah said...

Saya pun sama dgn kak pah, konpius laaaa. Ni citer realiti atau rekaan semata²? Saya tengok semua citer bro versi seram² je. Musykil betul saya.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Apsal hantu tu kata yooohuuuu? itu serigala jadian la... hahaha


Kakpah,
Ni cerita betul-betul, bukan mimpi...


Insyirah,
Ni cerita betul-betul, bukan mimpi...

ashley said...

ngeh ngeh ngeh..

ko punya cerita tu aku baca around pukul satu lebih malam tadi..
kalau aku buat ketawa ngilai ngilai....nanti aku sendiri yang seram...
ha ha ha..
jadi aku buat la cam serigala jadian...serigala takde kat Malaysia kan?

aku tak heran sangat cerita ko Nizam..
ORANG PERAK yang duduk kawasan kampung ko tu memang RAJIN MEMBELA....
orang dolu dolu lerrr..

so cerita ko ni kat kampung opah sebelah mak pun, rajin aku dengor..

orang yang dah patut mati tapi tak mati mati lagi...
pelik kan?

ashley said...

psssttt..ko tengok BUNGA yang kakpah kepilkan tu..
kalau warnanya coklat gelap..
ada tak macam ghupa rangka tangan orang tengah menggamit??

hi hi hi..

kakpah said...

weh.. aku tak perasan plak bunga tu macam tangan. Ko ni pun imaginasi lebih la ashley. Sama ngan dak nizam ni.
nizam, ko malam malam tido baca doa tak ngeh..ngeh..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Setakat ni tak de plak xperient yg camtu sebab aku tak pernah tunggu org mati.

Pasal bunga tu, memang macam tangan alien la.. 3 jari je.. hahaha


Kakpah,
itu kalau malam-malam ada berangin, sahih dia lambai-lambai ajak masuk semak tu..
yoooooohuuuuuuuuu...!
(pinjam kak ashley)
Paku Payung baca doa secara berjamaah... hehehe

padelkopak said...

boleh tahan juga seramnya.kalau aku.sudah tentu tidak mahu keluar malam juga.

Nizam.Ariff said...

Padelkopak,
Sekarang dah ada skuad pemburu hantu. Lagi dicari...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com