Saturday, July 25, 2009

Hobi kami menolak troli...

.


Mama tanya, nak buat air apa pagi tadi untuk bersarapan. Aku pun turut ke dapur, aku selak daun kabinet. Ada tengok ada macam-macam:Teh Hijau Boh, Teh Boh, Teh Misai Kucen, Horlick, Chocomalt Tesco 3-1, Capucino 3-1, Kopi O Hang Tuah, Teh Ginseng, Kopi Ginseng, Milo, Anlene Gold, Serpihan-serpihan kayu Tongkat Ali dari Kuala Kangsar, Serpihan-serpihan kayu Kacip Fatimah juga dari Kuala Kangsar, ada juga barli serbuk dan Jus-Mate 5!


Mak aii! Apa aku nak minum ni? Setelah pejap pendirian, aku pilih yang mudah-mudah je, 3-1 Capucino. Aku minta Mama rendamkan Teh Hijau Boh dalam teko juga. Aku nak bawak pergi ke kelas petang ni. Asyik minum air manis je. Aku bawa dalam botol air, bukan dengan teko-teko tu ke kelas!


Dan aku mula berfikir, kenapa begitu banyak sangat minuman? Slow moving items pulak tu sebab aku lebih suka minum air kosong di rumah. Bayangkan holding cost yang aku tanggung untuk inventori minuman tu. Tu belum cerita kalau minuman tu dah expired, dah tentu kena buang macam tu je dan kos itu kena la write -off. Kenapa yek?


Mama masukkan 2 uncang Teh Hijau Boh ke dalam teko. Aku bukak kotak tu, masih banyak lagi rupanya. Aku tambah lagi uncang tu. Lambat sangat pun habisnya. Tak sabar nak pegi beli lagi...

'Sabun basuh pun dah nak habis ni...' kata Mama.


Ya, kami tak sabar nak cari alasan untuk pergi shopping barang-barang dapur. Bukan kerana kami ni 'hantu' shopping. Bukan.


Entah kenapa, hobi kami ialah suka menolak troli-troli di Tesco atau Giant. Terasa macam terapi jiwa pulak, stress pun hilang .....






.

15 comments:

xiiinam said...

...aku nak duduk dalam troli tu...
Boleh?


Hiiii...hi....hiii..

Insyirah said...

Bro, tolak troli pun bleh kena jangkit dgn virus H1N1. Sebab pemegang troli tu banyak sgt bekas-bekas tangan orang lain. Then, nak tolak pakai chopstik ke? :p

tasikmerah said...

hahaha... selalunya shopping ni terapi org pompuan je. ko pun guna terapi yg sama? ha ha.



.

SHIMI said...

ko tolak troli pakai tangan ke pakai siku bro...

secangkir madu merah said...

hobi yg pelik tapi benar..
beli lah satu troli boleh tolak troli tu kemana sajer..

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Boleh3x.
Err.. muat ke? Hahahaha..

Insyirah,
Tak. Aku pakai siku.. hahaha. Betul!

TM,
Percayalah, ia adalah terapi untuk semua gender dan kaum... ONE MALAYSIA! hahaha

Shimi,
Pakai siku.
Kadang-kadang pakai lutut.
KAdang-kadang aku tarik ikut depan..

SecangkirMaduLebah,
Ye tak ye jugak!
Nanti aku cilok satu troley.
Nak pinjam Azani punya Citra, baru buleh muat trolley tu...

kakpah said...

trolley kat tesco dua tiga minggu lepas ada yang baru. Tadi aku pegi dah tak ada lagi. yang ada rodanya dah mengeleding jalan pun terhencot-hencot. Ada pulak yang terhangguk-hangguk bila kita tolak kita ikut terhangguk sama. Yang banyak, jalan mereng macam ketam tu lah.
Terapi hape macm ni. Lagi naik darah tinggi aku ada le.
.
.
koleksi minnuman kau tu masih kurang. Banyak lagi kat tesco atau giant tu yang kau belum beli.

DaliaLiyana said...

pelik tul hobi...dah tua cam ni..baru dalia dgr ade h obi yg cam ni...hikhikhik...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Lain kali kena bawak troley sendiri kut.. hahaha


DaliaLiyana,
Cuba la dulu, mesti jiwa akan tenang... bayangkan, sambil exercise menolak troley tu, mata pun melihat pelbagai warna dan rupa barangan dan manusia. Sedar tak sedar, kita dah berjalan beratus-ratus meter... tenang.

AZANI said...

nizam:aku kalau ke tesco, 3 trolley, satu trolley adam dan akmal,satu lagi barang yang nak dicapai, ibu bawa troli kosong untuk isi barang , aku bawa troli bermuatan adam dan akmal ronda ronda luar , bila ibu dah siap dia akan calling jumpa kat counter lane berapa.bahaya bawa adam dan akmal dalam tesco, nanti segala barang tak berkaitan pun dia hangkut sama.
kira stress relieve juga kot.

Bila nak pinjam Citra aku, set time.email aku.he he he.

ashley said...

Keter lembu aku ko tak nak tumpang boh troli ker?
he he he

Nizam.Ariff said...

Azani,
Cam tu ke? Sabar je la...
Sapa yang sorong troli yang ke-3?
Eh, dah macam teka-teki pulak...hahaha

Ashley,
Tak nak! Lembu kuat kentut. Aku pernah naik kete lembu kat Ayer Keroh, Melaka.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Cam tu ke? Sabar je la...
Sapa yang sorong troli yang ke-3?
Eh, dah macam teka-teki pulak...hahaha

Ashley,
Tak nak! Lembu kuat kentut. Aku pernah naik kete lembu kat Ayer Keroh, Melaka.

AZANI said...

troli ketiga biasanya along tolak, isi barang dapur yang maknya pilihkan.

Nizam.Ariff said...

Ooooo....(sambil melopong).

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com