Monday, July 6, 2009

Ikon berenda merah dan bintang-bintang milik Bimasakti

.


Ikon berenda merah itu turun dari langit ke tujuh. Berputar seperti bilah-bilah kipas, kalau tak pun, seperti bunga-bunga Angsana yang turun sambil memangkas angin-angin panas lewat Julai ini. Ikon berenda merah itu berputar amat ligat, terlalu ligat hingga Yoda sendiri kebingungan untuk menggunakan kuasa jedi-nya bagi menangkap bilah-bilah renda. Meskipun ligat, ia turun dari satu langit ke satu langit dengan perlahan sebenarnya. Seperti bunga Angsana itu.


Ikon berenda merah itu turun betul-betul di atas serobong kaca-laut biru gunung Merapi yang berbolos dan berasap sengak belerang dan asam. Gelembung-gelembung nusa memijar dari lahar menggelegak merah delima, meletup dan terpercik ke tebing berbatu kuartz tajam.


Mujur, Ikon berenda merah itu sempat menyisih ke sisi, lalu jatuh di atas debu duli panas. Angin panas lewat Julai ini menerbangkan debu-debu duli ke atas, memagari luncuran panah-panah dari Arjuna yang bertengkreng atas mentari lusuh.



Seekor kuda Semberani berlari dari kaki pelangi, tiba-tiba berhenti, mendengus melihat ikon berenda merah itu. Lalu ia tunduk, memungut ikon itu dengan gigi suasa merah. Kini, ikon berenda merah itu dibawa berlari ke tengah-tengah padang rumput yang hijau. Dan di padang itu ada sungai perak, dengan emas urai menjadi pasir-pasirnya.



Ikon berenda merah yang turun dari langit ke tujuh itu terbuai-buai dek angin panas lewat Julai. Tapi, kini ia berdebu dan kotor. Meski pun ada sungai, airnya tidak sesuai untuk membasuh kotoran itu.


Semenjak itu, ikon berenda merah itu tidak putus-putus memohon agar ada kaki hujan menjejaki padang itu. Sehingga cerita ini ditulis, doa si ikon berenda merah itu belum bersahut. Tinggallah ianya tetap berdebu dan kotor.


Di dada langit malam, setiap malam, bintang-bintang milik Bimasakti bersusun-susun membentuk lambang-lambang rindu dan cinta. Malam ini juga.






.

14 comments:

Water Lily said...

erk..erk..tak faham. Kejap nanti baca semula. Tangan galak nak komen hahaha!

xiiinam said...

ckLah pong.....
Nak tinggal jejak dulu baru baca..

xiiinam said...

Lepas buka puasa karanglah baru komen...tak tercapai akalku tengah laperrrrrr banget ni...

addyaholix said...

aku tak faham bang. kau guna bahasa tinggi sangat kot ni. kisah sendiri ke bang nizam? kau kuda sembarani dengan gigi suasa merahkah bang?

addyaholix said...

owh ya aku lupa.
balik rumah nanti aku khatam lagi sekali untuk cuba fahamkan maksud kau bang!

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Ok.Ok. Aku tunggu...


CkLah,
Elok jugak tu. Selamat berbuka puasa. Lepas terawikh nanti boleh komen, aku tunggu...

Addy,
Tak tinggi la. Pucuk mengkuang je. Aku bukan kuda semberani. Aku kuda kepang!


(Sebenarnya, aku tulis merapu je... hahahaha)

xiiinam said...

Banyaklah kau punya terawikh...

He..he..

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Hahahaah...;)

AZANI said...

kalau macam ni soalan temuduga Bakun hidro,alamatlah kandas aku...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Lu dah ketar ke?
Biasak la tu... hahaha
Anyway, kena ingat satu bende sebelum g temuduga: Depa tak tahu nak buat keje tu, tu sebab depa cari orang yang tahu untuk keje dengan depa. Hang dah tau, apa lagi, goreng je la depa semua tu. Depa bukan pandai pun...

kakpah said...

kakpah garu kepala gak ni. Ko berimaginasi ker..

Insyirah said...

Tak ter-digest kata-katamu. Huhhh...BM tak pass lagi ni.

tasikmerah said...

jadah apakah ikon berwarna merah itu...? sila kabor.

:p

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Imaginasi liar namanya..


Insyirah,
Takpe, lepas ni bleh pass... hahaha


TM,
Ikon.. ala majalah macam Mangga tu... hahahah

Ikon tu ikon le...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com