.
Sesampai di T.Intan, aku terus singgah di gerai Mastan Ghani (Abdullah) yang femes tu.
Di gerai ini, tak banyak menu yang ada. Cuma dua sahaja: Mee Rebus dan Rojak. Walau pun begitu, kedua-dua menu itu adalah resepi turun-temurun Mastan Ghani (Abdullah adalah anaknya). Aku rasa mungkin menjangkau 40 tahun!
Ada beberapa lagi retoran Mastan Ghani di sekitar pekan T.Intan. Kesemuanya dimiliki oleh anak-anak Mastan Ghani (kalau tak silap) setelah Mastan Ghani meninggal dunia (pun kalau tak silap). Tapi, aku lebih berminat dengan Abdullah Mastan Ghani sebab kuah rojaknya lebih mirip kepada kuah rojak yang asal.
Kenapa dengan rojaknya?
Kuah rojaknya special. Tak macam kuah rojak 'passemborg' yang biasa kita dapati di restoran-restoran mamak, yang kuah kacangnya terlalu berkacang dan minyak dekat seinci tebalnya. Kuah rojak mastan Ghani tak macam itu.
Aku dengar, dia campurkan biskut Merry dalam kuah rojaknya untuk memekat, melemak dan memaniskannya. Betul ke boleh buat macam tu?
.
8 comments:
resepi rahsia turun temurun..
sekali rasa pasti tak lupa...
Laaaa....
Pukul 2 semalam ckLah parking kejap kt situ masa balik dari sekolah.....ada urusan di Kedai Gambar Wah Kong kat belakang tu...
Kalau tau, ckLah masuk kedai tu, mintak nizam belanja ABC...
ckLah dah mengajar anak-anak dan cucu dia beberapa orang...
Sesekali pergi....kekadang dia orang bagi free. Ha..ha...
Satu lagi cawangan yang sedap di Hutan Melintang.
Tempat yang asal terkenal dengan nasi ayamnya yang banyak ayam...
kat Dolah Sani tu selalunya pukul dua lebih dah habis...
Azani,
Memang susah nak lupa kesedapannya. Tapi aku tak minat sangat dengan Mee Rebus di Mastan Ghani. Kalau Mee Rebus, aku suka Mee Rebus Pak Din di gerai MARA. Simple, murah dan sedap. Juga hampir 40 tahun berniaga!
Satu lagi yang memang dah terkenal ialah Ghulam Rasul. Kedai mamak tapi aku tak pernah makan situ.
Cklah,
Tu laaa... aku sebenarnya rindu nak jumpa cikgu. Entah kenapa. Semalam, aku makan dua sudu, aku panggung kepala tengok keliling sekali, baru sambung suap...
Aku dah budget RM50 ringgit kalau-kalau cikgu ada semalam, sebenarnya...
Cklah,
Restoran Abdullah Sani tu dulu terkenal sebab Ikan Kelisa harga RM30,000 kan? Masa tu ikan kelisa tak terkenal macam sekarang.
Lain kali kena set appointment la. Tapi, mungkin dah jarang balik T.Intan. Kelas aku mula 11July ni dan pada Sabtu dan Ahad...
makan tak hingat aku!
:p
TM,
Tu laaa... apsal aku teringat kat Ciklah je ha?
Oooo... sabtu ahad ko sibuk sangat sampai blog pun tak hapdet... hehehe
biskut merry? pulak dah!
dulu aku selalu dengar orang letak tisu dalam kuah laksa. haha!
mee rebus dia macam best je bang. tapau satu!
Addy,
Kawan-kawan kat sini pun mintak tapaw tapi aku rasa mesti basi...
Post a Comment