Tuesday, July 21, 2009

Pesan orang tua-tua ada sebabnya...

.

Pemuda segak itu menjemput aku duduk di meja oval itu. Bersama-sama dengannya, ada tiga lagi manusia yang tampan dan cantik berseri. Manakala, bersama-sama dengan aku adalah seorang manusia dari spesis kompeni aku dan juga seekor nafsu lapar yang bertenggek dalam kantong perut aku.


Pemuda itu, kini menjadi pengurusi meja oval itu, membelek-belek beberapa keping kertas berlamina plastik sambil menunjuk itu dan ini. Sesekali, pemuda segak itu bertanya kepada aku, aku cuma kata, terserah kepadanya. Apa apa pun jadi tetapi perlu ada lengkap gizi-gizinya: protein darat, protein laut, protein sayur-sayuran dan beberapa jenis vitamin dan mineral yang perlu untuk hidup seharian. Karbohidrat pun perlu juga sebagai tenaga. Oh, ya. pelincir juga perlu kerana setiap gizi perlukan cecair untuk diproses, kata aku lagi.



Selang beberapa lama, gizi-gizi lengkap yang aku sebut tadi terhidang di depan mata (di atas meja oval itu sebenarnya). Masing-masing lipat lengan.

'You know that... bla.. bla..bla...'
Hmmm...

'I didn't know they would... bla.. bla.. bla...'
Hmmm...

'Bla.. bla.. bla......'
Hmmm... entah.....hmmm.

'Kalau you, apa you buat?'
Aku angkat kening dan bahu...



Selang beberapa lama kemudian, gizi-gizi yang terhidang hampir lupus. Pemuda-pemudi segak dan tampan dan cantik itu menyelak-nyelak daunan salad mencari protein-protein yang masih ada, kalau pun ada kerana tadi aku telah tinggalkan kalsium dan fosforus sahaja untuk mereka. Aku sendawa 2-3 kali sedangkan karbohidrat di dalam pinggan mereka masih ada separuh lagi.


Itulah, orang tua-tua dah pesan, tak elok bercakap semasa makan. Mereka degil, tak nak dengar pesan orang tua-tua atas alasan modenisasi.
Ceh!






.

16 comments:

xiiinam said...

Bla....bla....bla....


Ya..ya...aku faham amat apa yang mereka bualkan ..

He..he..


Nizam,
Ada budak hingus dari Sungai manik ciplak entri ckLah bulat-bulat di http://tokdon.blogspot.com/2009/07/meh-baca-meh.html

SHILAKAK!!!

Pyanhabib said...

pesan orang tua-tua...

Insyirah said...

Tu la, lain kali kalau sedang makan...kena jaga adab dan etika. Ni kalau duk bersembang, gamaknya makan nasi putih jelah nanti. Kehkehkeh.

Nasib baik bro bijak :p

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku dah tengok. Nasib baik dia tak kasi kita komen. Kalau tak, aku nak sergah dia tu... buat malu orang kampung aku je... ceh!

Pyanhabib,
Itu pesan ada gunanya... hehehe

Isnyirah,
Kita makan guna akal juga... hahaha

tasikmerah said...

tiba2 rasa lapar. aku puasa tau bang. ha ha.


:p

Anonymous said...

Aiseh...bla..bla in English ka?
Ya la,BM bukan bahasa ekonomi perniagaan. Nak buat camne kan.

aik kak Lah,jap saya pi check.awat lagu tu. tak reti nak tulis sendiri kut?


Water Lily

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak pe, tambah sikit pahala dek kesabaran terhadap ujian ini... hahha

Waterlily,
Orang dia yang pegang ekonomi, kita ikut je la, tu sebab aku tak jawab, aku respek saranan kerajaan yang terbaru ni.

ashley said...

Konsentrasi ko mesti ditepukan dengan perisa perisa yang terhidang itu..dan segala bla bla bla itu sekadar air sejuk tanpa rasa....

"Berpppppp alhamdulillah..errr kat mana kita tadi?"

Alina said...

itulah tu. kalau ada meeting, saya mesti capai makanan dulu. huhuhuh.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Betul tu. Betul macam tu.. hahahha


Alina,
Kita ikut orang tua-tua, tak elok bersembang depan makanan. Kita kena habiskan makanan dulu baru boleh sembang...

addyaholix said...

memang nyata kau kuat makan bang. diet la sikit bang. kata nak jadi pramugara.

aku pon kuat makan. makan apa saja. senang bela mak aku kata. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Mak aku pun ada kata gitu kat aku...
ntah-ntah kita ni adik beradik tak..?
hahahaa

addyaholix said...

beradik pon ok bang. duit belanja bulan ni apasal belum masuk? aku adik, ko kan abang. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
kasi la no akaun..
kasi paswed skali...
hahaha

addyaholix said...

kasik paswed apa jadahnya bang haha!
nak ke no akaun maybank aku? tak payah masuk banyak. tiga rat pon dah lebih dari cukup. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
nanti aku kumpulkan syiling baki beli rokok... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com