Sunday, August 23, 2009

Air batu dan serbuk kayu gergaji

.

Kedengaran sayup-sayup suara azan 'Asar dari tingkat 11 ini. Dan aku masih waras untuk tidak menganggap itu sebagai azan maghrib.


Dulu, masa aku kecik-kecik, waktu 'Asar adalah waktu yang paling sibuk di bulan puasa. Masa tu belum ada lagi LLN di kampung. Emak selalu buat air teh atau kopi panas sebab kami tak ada peti ais. Mana boleh ada sebab LLN tak masuk lagi.

Ada seorang pemuda kampung yang ambil inisiatif untuk berniaga ais ketul. Dia tempah lima enam 'takung' ais dari kilang ais. Dia masukkan dalam peti kayu dan ditabur serbuk kayu gergaji untuk elakkan ais dari cepat cair. Dia akan berbasikal, pusing satu kampung menjaja ais.



Biasanya, aku akan tempah 2 ketul ais, lebih kurang sejengkal lebarnya setiap satu, yang berharga 20 sen satu ketul. Dengan ais inilah aku buat air sirap atau cendul.

Dulu juga, bazaar Ramadhan belum lagi terkenal di kampung aku. Kalau ada pun ialah kedai-kedai makan yang tutup pada siang hari, jadi dia orang jual kuih pada sebelah petang. Kebanyakkannya, jiran-jiran akan bertukar-tukar juadah berbuka.

Kadang-kadang, makcik-makcik dah berpakat. Mereka berpakat masa lepak tengah hari sambil sembang-sembang.



Sekarang?

Huh! Karipap seketul pun 50sen. Itu kalau inti kentang. Kalau inti ayam atau daging, dah lain harga.






.

20 comments:

xiiinam said...

....dan kalau aku terlambat sikit sampai ke tempat orang berkumpul di simpang kampung aku, maka hanya tinggal serbuk kayu saja. Rasa nak ngamuk sebab kehabisan air batu!


....aku ambil sebotol oren berbotol hitam di kedai bapak aku. Aku ikat dengan tali rafia pada tangga kolam....rendam dalam kolam. Sampai waktu berbuka, sejuklah botol tu...

ashley said...

Bagi yang mungkin kurang tahu, LLN itu adalah nama ketot bagi Lembaga Letrik Negara..sebelum ianya di prebetkan kepada Tenaga Nasional Berhad..

Zaman 70an dulu letrik, TV (walaupun hitam putih)dan motokar adalah menda LUXURY!!
.
.
.
.
smile..
Nizam,
aku dapat bayangkan..

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Hahaha... betul tu. Kalu tinggal serbuk, habis tak meriah berbuka puasa jadinya.

Aku masih ingat lagi botol aren tu. Kami panggil 'oren bodoh' sebab murah. Kalau yang mahal, oren FnN tu. Itu kami panggil oren cerdik!
Aku suka aiskrim soda.


Ashley,
Kami dulu pakai dinamo, dijana oleh enjin Kubota diesel. Hanya hidup dari pukul 7pm sampai 11pm je.

Dapat bayangkan tak macam mana kami main police sentri malam-malam lepas terawikh? Masa tu mana takut hantu, hantu dah kena ikat, kata ustad, hehehe

addyaholix said...

zaman tu aku belum wujud kan bang? ke patut aku panggil ko pakcik? heheh!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Woooit.. ko panggil pakcik, aku tak nak kasi duit raya..

Bukan kisah lama, tapi kampung aku tu lambat sampai pembangunan. Bayangkan, telefon awam cuma wujud terpacak kat dewan orang ramai pada tahun 1990! Masa tu orang dah ada internet dah! Ceh...

AZANI said...

aku sempat rasa oren green spot,royal cola,cordial tin jooi siang,air batu balut habuk papan,tukar juadah dengan jiran,more kat surau,
rasa baru semalam melaui pengalaman manis.

addyaholix said...

tak panggil pakcik pon macam la aku dapat duit raya bang oiii.

Hasri bin Hasfa said...

brader, wa tak leh tahan bila luh sebut gak cendol... teringat cendol mamak kat stesen bas Kulim... terangkat!!!

Insyirah said...

Baca entri ni, terasa diri saya ni macam budak hingusan lagi. Mana tak nya, semua yg bro cerita ni, saya tak pernah lalui lagi. Wahhh...terasa saya ni muda gila. Muehehe.. :p

Mohd Hairul said...

wah.. rupenya serbuk kayu tu boleh melambatkan pencairan ais.. baru tau..

kucingorengemok said...

takde asap² ke ais tu mcm kat istana bunian? hehe... dah tak brp percaya la beli karipap ayam/daging/sardin... sudahnya isi kentang jugak

Nizam.Ariff said...

Azani,
Tu belum masuk bab meriam buluh tu... hahaha


Addy,
Aku pos duit raya... bak sini alamat rumahtangga, aku nak pos. emel kat: nizam.ariff01@gmail.

Sepa,
Aku ingat-ingat lupa cendol stesen bas kulim tu... yang aku ingat cendol kat Tepen, masa Ajai bawak aku ke situ... cendul memang terangkat bro...


Insyirah,
Ye dik, adik masih muda belia... hahaha. Pengalaman adik lain sikit dari kami, adik dah duduk di pekan. Kami duduk kampung kena improvise apa yang patut untuk survive... hehehe


Dak Ai,
Serbuk kayu menjadi penebat yang baik...


KOG,
Betul tu...beb. Bukan je karipap, murtabak pun dah sama macam tu. Nama je murtabak ayam, seketul ayam pun tak nampak. Yang banyak cuma bawang dan telur, boleh hangit ketiak makan bawang banyak2... hahaha

Khairulhak H. said...

Dynamo sampai pukul 11 pm saja. Dah bersahurnya macam mana?

Nizam.Ariff said...

Khairulhak H.;
Bersahur, kami pakai lampu minyak tanah je. Ada dua, satu hujung sini, satu lagi hujung sana meja...

kakpah said...

aku kena kayuh basikal pegi kedai sebab nak beli air batu tu. Penat wo..

ashley said...

errr..
Nizam, aku pesen eksyen sikit!!
Tahun 1974, rumah aku dah ada peti ais!!
aku boleh GOK GOK jer dari Botol kat dalam peti ais tu..
mana tau POSA..
he he he..
aku dok pekan,
PEKAN BATU GAJAH!
.
.
.
cuma kalau balik kampung opah aku jer..aku faham...sebab nak cari gula pun jenuh!
berbatu ke pekan PARIT tu.
ais??
macam tak pernah dengar je apa itu ais kat situ!

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
bila sampai kat rumah, ais dah kecik... hahaha

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ooo.. org bandar le akak ni yek...
Tahun 74 dah ada peti ais. Kami masihpakai pelita ayam je...

addyaholix said...

kalau aku emel tapi tak dapat jugak duit raya? aku taknak kad raya, yang aku nak duit raya bang! haha~

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku gam sekali la duit raya tu kat kad raya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com