Monday, August 10, 2009

Gejala-gejala dunia tanpa sempadan

.


Aku tengok berita pasal selsema al-bab ni dah macam-macam ceritanya. Bermula dari 1 kematian dalam sebulan, 1 kematian dalam seminggu, 1 kematian dalam 2 hari. Lepas tu 1 kematian setiap hari, naik ke 2 kematian sehari. Sekarang ni 6 kematian dalam sehari.

Kalau ikutkan trend, ia jenis jujukan arithmatic. Lebih tepatnya, ianya eksponensial! Mungkin dengan faktor 3 kalau seorang yang dijangkiti berjumpa 6 orang berlainan setiap hari dan kebarangkalian untuk 6 orang tu terjangkit adalah 50% dan setiap orang yang terjangkit ini pula akan bertemu dengan orang lain keesokkan harinya.

Aku biarkan orang lain fikirkan tentang itu.
Aku nak fikir benda lain.




Aku lihat semua ini sebagai petanda. Sebagai peringatan. Untuk itu, pada Ahad lepas aku, Mama dan Paku Payung pergi ke SACC Mall, S.Alam. Dengan berbekalkan topeng Zorro Melayu (topeng kat mulut, bukan kat mata), kami singgah ke MPH.

Masing-masing sambar buku: Mama dengan motivasi dirinya, Paku Payung dengan novellette kanak-kanaknya. Dan aku...?

Aku sambar satu buku tentang akhir zaman. Tentang 'Yakjuj-Makjuj'. Buku karangan seorang pemuda/pensyarah senibina di Indonesia yang menulis buku itu untuk mendapatkan ongkos bagi menjana yuran PhDnya. Bukunya setebal 2 ratus muka surat lebih, mungkin 3 ratus. Aku tertarik dengan teori yang dia cuba ketengahkan dengan dimulakan perbicaraan dari kitab-kitab Yahudi dan Kristian, termasuk The Dead Sea Scrolls. Lagi satu, cara penulisannya adalah akademik / ilmiah dengan setiap fakta disandarkan dengan notakaki dan rujukan silang, bukan seperti sesetengah penulis yang memberi teori tanpa sandaran.

Setakat ini, dia cuba katakan yang Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog) adalah keturunan Yapheit, salah seorang anak Nabi Nuh. Dan ramalan tentangnya, telah pun berlaku dengan serangan Barbar dan Mongol dulu.


Hipothesis aku pula:

Kalaulah ramalan itu telah pun terjadi, maknanya kita perlu strike-through checklist tanda-tanda akhir kiamat. Dan lihat pula apa 'menu' seterusnya. Selepas ini? Kemunculan Al- Mahdi...
(ada kawan cakap, Al-Mahdi dah lahir, umurnya dalam 30-an sekarang ni)

Atau, kalau itu 'Yakjuj-Makjuj' kecil, siapa pula 'Yakjuj-Makjuj' akhir zaman?




Aku baru baca separuh. Mungkin dia ada tulis dalam bab-bab akhir kut.
Nanti, aku bagi rumusan dan pandangan aku.

Aku tengah fikir benda ini sekarang ini...








.

9 comments:

xiiinam said...

Saya pun sedang membaca buku Yakjuj Dan Makjuj(Bencana di Sebalik Gunung) tulisan Muhammad Alexander yang Nabil Emir beli di MPH hari tu...

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Buku yang itu le...
Kita baca sama-sama yek...Nanti kita ulas secara ilmiah...

ashley said...

Aku lak beli buku cara cara nak buah kek tanpa gula!!

ada sesapa nak kongsi ilmu..

tasikmerah said...

ash, ko buat sikit sok bak aku sikit. he he.

30an?



.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Boleh ke buat kek tanpa gula?
Aku nak rasa. Akak pos kat aku nanti.


TM,
Dengar kata la...
Awak, minat jugak kat dia ke?
(nada jeles)

kakpah said...

nizam, aku tunggu rumusan,
ashley, buang terus gula dari menu harian.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Akak percaya tak dgn rumusan aku?
Rumusan aku mungkin bercampur dgn daun ketum...

DaliaLiyana said...

ok...dalia tunggu rumusan dia..dalia ni baru je berjinak2 ngn buku...adoii...nape la malas sgt baca buku...selalu buku yg baca dalia...hehehe...

Nizam.Ariff said...

DaliaLiyana,
Ooo.. kalau cam tu, meh aku bacakan buku untuk kamu sampai kamu tertidur... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com