Saturday, September 12, 2009

Sabtu, 12 September, sebelas tahun seperti hari ini

.


12 September,
Hari ini, sebelas tahun nan lalu, aku sedang bersiap-siap dengan baju melayu dan sampin dan beberapa buah kereta dan sebuah van. Menjelang tengahari, aku bertolak dari tempat persinggahan di Kem Terendak, Melaka menuju ke Nyalas, juga Melaka. Tengahari itu, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik orang. Aku telah sah disuntingi oleh Mama.
12 September 1998,
Ketika itu, SUKOM 98 sedang rancak berlangsung di sekitar ibu negara. Manakala, aku pula rancak di Melaka dengan kenduri-kendara. Para athlet SUKOM sedang lelah berlari di ibu negara, aku pula penat melayan kerenah mak andam dan jurukamera yang minta 'possing' itu ini. Nasib baik tak minta aku buat posisi terlarang, kalau tidak, aku hentak kepala dia. Kalau dia nak sangat tengok aku possing maut, skodeng la tengah malam.
Dan malam itu, perasmian SUKOM 98 di langsungkan di ibu negara. Dengan perarakan manusia dan bunga-bunga api yang bermacam-macam ragam.
Duss....... DUM!
Dusssss........ *senyap jap* ...... DUMMMM!! Fuiyoooo! tinggi....
Mercun roket yang besar itu meluncur dari tengah padang, menuju ke langit malam yang gelap dan apabila sampai ketikanya, ia pun meletuskan pelbagai rantaian api berwarna-warni.... DUM!
Manakala malam itu di Melaka, pertunjukan bunga api SUKOM 98 itu menjadi 'visual metaphora' aku...
.
.
Mama, ..............................Terima kasih
kerana bersama-sama aku melayari kehidupan
ini selama 11 tahun dan masih tetap utuh kasih kita.
Syukur kepada Allah. Masa menjadi statik bila
kita bersama dan 11 tahun itu umpama
baru kelmarin. Kemesraan itu tidak
pernah berubah, malahan
bertambah. Sayang
Mama...
.
.
.
.
.
.
Ya, hari ini aku berubah menjadi purple dan sedikit pinky...
Transformasi setiap tahun...

20 comments:

tasikmerah said...

happy anniversary. aku bakal menyambutnya utk kali ke-8 30hb. ini...

banyak betul persamaan kita nih...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tahniah juga untuk kamu, in advance
Ada mercun-mercun juga ke?

Kita memang ada banyak persamaan, Tasek....

Insyirah said...

Tahniah kepada bro and mama. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yg ke-11. Semoga kekal bahagia di dunia dan akhirat...Amin.

Alahai...sweet aje kata-kata purple tu. Siap bentuk love plak tu. Bro ni bleh tahan gak jiwang karatnya ek. Hehehe.

ashley said...

SELAMAT HARI RAYA!!
HA HA HA..

METAPURA....??
ishhhh..

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Terima kasih.
Bab-bab gini kena salin kulit pink... hahaha


Ashley,
Kak, salah majlis ni.
Ya, secara metaforanya begitu dan akak boleh bayangkan mana yang patut, tapi jangan lebih2, Puasa ni kak.. hahaha

xiiinam said...

tahniah.....tahniah.....
Moga kasih sayang semakin menggebu


Pada tarikh itu....aku berada di KL menguruskan 'pembelian rumah aku' dan anak sulung aku hilang selama 45 minit di celah2 org ramai di taman KLCC. Nasib baik jumpa semula....

Pss;kalau tasik 30 hb ni...aku 30 hb depan....ke17 tawon...

addyaholix said...

happy anniversary yang ke-11 tahun untuk kamu dan mama bang!

paku payung bila lagi nak dapat adik? dah lama tunggu nih heheheh

tasikmerah said...

addy, soalan tu sentitip tau. aku pun sensitip juga kalau di tanya. he he.

.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
12 Sept memang banyak kenangan yek..
17 tahun, tahniah kerana masih intim dan manja-manja gitu... hahaha

Addy,
Terima kasih.
Adik paku payung masih di syurga, tak nak turun-turun ke dunia. Mungkin dunia ini terlalu kotor dan semakin biol, dia pun tak nak nak turun...


TM,
Hmm... banyak betul persamaan kita ye Tasek...

SHIMI said...

Salam bro,
tahniah atas ulangtahun perkahwinan ke 11. Sekali pandang mcm baru 1 tahun jer kan...

Moga kekal, moga damai, moga aman dan moga segala yang baik2 untuk kamu dan keluarga

ashley said...

nizam, TM..
belajar pasal minyak kasturi tak?
tanya Dr Sam..

yuyee cap limau said...

bgus blog yang bes..seperti blog TM,kak ASH,kak TIJ dan kak insyirah..
saya suka blog anda..hehe

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Terima kasih.
Ya, seperti baru semalam nikah je... sesuatu yang indah.

Ashley,
Minyak kasturi? Mende tu?
Ada kene mengena dgn power ke?


Yuyee,
Terima kasih. Rajin-rajin la bersantai kat sini ya.

AZANI said...

selamat ulangtahun perkahwinan buat nizam.A dan mama, juga buat tasek , advance, juga buat cklah advance juga..
semoga perjalanan bahtera perkahwinan meluncur lancar ke destinasi...betambah makmur dan bahagia....juga kepada semua pasangan suami isteri di luar sana yang sedang, akan dan telah menyambut ulangtahun perkahwinan....

teringat deraan pertama jadi raja sehari...periuk belanga,dan alatan yang dicuci, sental,pulangkan balik.....

Hasri bin Hasfa said...

tahniah brader... syabas... wa pun 11 gak tapi lg 3 bulan... cuma formula jeh tak sama... wa punya formula >> [11/(xx+xy)]=4...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Terima kasih.
Ya, rasa macam masih hitam lagi tangan ni dek sental belanga..


Sepa,
Itu xx dan xy tak termasuk lu dan wife, kan?
So, lu ada 2 + 7 bln dalam perut la ni... emm.. boleh tahan gak tu...
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan in advance...

addyaholix said...

bawak dia turun bang. lepas ugas kau dtu tan mama lah nak corakkan dia macam mana. itu kan tugas ibubapa. kau yang tentukan samada nak kotorkan dia. atau kau pilih jalan bersih untuk dia bang. haha!

aku cakap pandai kan? haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Bukan dia yg akan kotor...
Tapi dunia ni dah terlalu kotor baginya, jijik baginya. Dia mungkin geli nak sentuh hatta bau dunia... dunia dah terlalu tua dan kotor...

Nantilah, aku cuba pujuk ia supaya pakai sarung tangan dan topeng muka...

"...mungkin Tuhan mulai enggan melihat tingkah kita yang terlalu bangga dengan dosa-dosa, atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita..." itu petikan puisi Ebiet .G. Ade

zanna said...

alamak... nyalas tuh umah pak ngah aku ah.....

Nizam.Ariff said...

Zanna,
ye ke? bulih le tumpang balik sana... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com