Sunday, September 13, 2009

Toyol semasa pertukaran monsoon angin lintang pukang

.


Terlalu selalu begitu, bila buka peti surat, yang ada cuma 3-4 pucuk surat bermohor perniagaan menandakan bil-bil bulanan, juga 2 helai kertas bil utiliti (cuma satu yang aku bayar, satu lagi tak pernah bayar sebab kerajaan negeri bayarkan).


Selebihnya adalah sampah! Iklan itu ini. Dan kebanyakkannya adalah sampah-sampah dari iklan mengajak ke sessi penerangan perniagaan yang boleh menjana pendapatan 5 angka mingguan, kononnya!


Kadang-kadang, mereka selit pada pengelap cermin kereta. Aku akan campak ke bawah, biarkan ia menjadi sampah. Jangan marah aku, bukan aku yang mahu, mereka yang letak. Satu kerja pula aku nak pergi berjalan ke tong sampah nak buang 'fliers' tu, ceh! Pihak berwajib jangan marah aku tetapi marahlah mereka.




Kertas sekeping yang hanya banyak bercakap dan sedikit testimoni orang-orang berjaya yang bergaya dengan kenderaan masing-masing. Malangnya, ia tak pernah bercerita apa jenis perniagaan pun! Yang dipaparkan cuma 'input' yang berupa perlunya motivasi dan keyakinan boleh berjaya; dan 'output' yang hanya berupa testimoni orang lain yang telah berjaya.

What is the transforming process ????
(Input >> transformation process >> output)

Dia tak bagi tau pun. Itu rahsia. Kalau nak tau, kena datang ceramahnya, dan anda mungkin akan terperangkap dengan janji manisnya dan mungkin kena sembur dengan segala pukau, maka kita pun setuju keluarkan modal. Dan rahsia yang akan dikongsi itu biasanya datang dengan tag harga... bukan percuma.



Kita akan dihenyak dengan segala jenis 'structured information' yang telah direkabina khas untuk membuatkan kita lupa untuk berfikir dan menilai sama ada 'perniagaan' itu feasible or not, dan doable or not; atau manageable or not dengan kemampuan yang kita ada. Mereka tak mahu kita fikir perkara-perkara yang kita mahu tahu, mereka cuma berikan maklumat yang mereka ingin kita tahu supaya bersetuju dengan konsep perniagaan mereka. All the time, they don't reveal the true business scenario. Mereka cuma reveal business plan je. Jahat!




Dan masih menggunakan tarikan klasik dengan mengaitkan kejayaan dengan kereta mewah. Dan 'input' dari kita? Hanya kecekalan dan ketabahan untuk terus berjaya (dan wang pendahuluan untuk mereka kebas, yang ini mereka tak cakap)!


Kenapalah aku tak pernah terjumpa mereka yang letakkan 'fliers' perniagaan macam ni? Kalau aku jumpa orang upahan mereka ini, aku akan suruh telan kertas tu! Menyusahkan aku nak buang je.

Kalau nak bagi pun, bagi la sekali dengan suratkhabar percuma, baru la promosi perniagaan namanya. Barulah menunjukkan mereka dah benar-benar kaya dalam perniagaan mereka sehingga boleh sponsor suratkhabar percuma hari-hari.








.

9 comments:

aza ni said...

hehehe...pernah dapat flyers dari toksami ke?

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wa sokong luh brader > bo layan <... n wa setuju one thing RESOURCES >> RELATIONSHIP >> RESULT...

ASH said...

Orang yang betul betul kaya..dia senyap senyap jer.
.
.
.
EMPUNYA ASTRO yang kaya raya tu nak kongsi rahsia kejayaan JUTA JUTA ngan kita?

Insyirah said...

Relax bro. Jangan geram-geram.

Saya faham, sebab saya pun selalu kena. Tak pernah baca pun iklan-iklan mcm tu. Terus masuk tong sampah aje. Hikkss..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Belum lagi la..

Sepa,
Dia org berahsia sangat, padahal bukan ada mende pun.. jual burger lagi untung...

Ashley,
Ada yang kaya dengan menjual 'rahsia' kejayaan... buat buku pasal kejayaan...

Insyirah,
Aku tak suka membazir kertas, tu yang aku geram tu... buat le blog atau website sendiri ke... zaman teknologi maklumat, mana main kertas-kertas lagi...

tasekM said...

ni mesti business n d lala tu kan. tak koserkah aku.

kucingorengemok said...

ada lagi satu, jutawan internet tu... mende apa dia niaga kat internet, tak pernah cerita pun (kalau nak tau kena pegi 'talk' dia buat), musykil sungguh

Nizam.Ariff said...

TM,
Bukan la... ni business atas business, ntah mende tah, dia bukan nak cerita pun dalam fliers tu...

KOG,
Tu pun satu gak. Aku musykil, dia jadi jutawan dapat duit dari mana agaknya...?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com