Tuesday, September 15, 2009

Kunci kebebasan diri...

.


All I need is freedom...

Please define your 'freedom'

I can do whatever I want, freedom of speech, I can talk whatever I want with no worries...
I can write whatever I want, I can express my opinions on issues, on others...


So, you can talk about me with no worries?
Hmm... that's not freedom. That is YOUR version of freedom! What about my freedom, can I talk about you? Can I express my opinion on yours? Can I comment that you're a filthy stinky human (I think you are) and you'd still feel alright?


Benarkah ada kebebasan mutlak di dunia?



Kebebasan menjadi salah satu propaganda para freemason dan zion untuk meranapkan institusi sesebuah negara. Liberisasi menjadi nama lain bagi kebebasan. Kini, hak asasi kemanusian juga menjadi nama lain bagi liberisasi. Sedangkan hak asasi ini telah pun termaktub al Kitab. Tetapi aneh, perjuangan mereka terlau jauh hingga sampai kepada penghapusan budaya dan agama.


Kini, mereka mengatakan bertudung itu menafikan hak asasi manusia, satu prejudis kepada kaum wanita. Padahal, wanita yang memakai tudung itu tak pernah berfikir begitu pun. Orang yang tak pakai tudung pula yang sibuk-sibuk. Mereka kata, ibu bapa terlalu memaksa anak-anak perempuan menutup aurat sehingga membelakangkan hak asasi anak itu untuk memilih. Melampau! Agama anak-anak pun tak boleh ditentukan sehingga 18 tahun. Alangkah mendalamnya definisi kebebasan mereka ini... ceh!



Kebebasan menjadi satu agenda sejagat. Di agung-agungkan, di luap-luapkan sehingga ke dasar marhain. Para pendokong masyarakat memperjuangkan kebebasan. Para ahli politik pula memperjuangkan liberisasi dan kemanusiaan. Padahal, tujuannya untuk menjatuhkan sesuatu institusi, bila dah jatuh, mereka akan datang menjajah dengan cara baru. Penjajahan fikiran. Itu yang termaktub dalam doktrin mereka, salah satunya dalam doktrin zion.



I can only get my freedom in the heaven...

Betulkah? Setahu aku, syurga itu sendiri bertingkat-tingkat. Kebebasan hanya wujud dalam tingkat yang kita huni. Malah, neraka juga bertingkat-tingkat dan seseorang tak boleh memilih untuk berhijrah ke tingkat lain yang 'kurang' seksaannya.


Jadi, di dunia dan akhirat, tiada kebebasan mutlak sebenarnya.
Habis tu, kebebasan apa yang mereka laung-laungkan selama ini?
Mereka tahu tetapi mereka tetap laungkannya, kerana tujuan mereka is not to install freedom in the society.

Mereka ada agenda lain, yang tersembunyi.... hati-hati.




.

13 comments:

tasikmerah said...

cuba cek surat beranak paku payung. agama apa? tak ada agama ok. islam sgt msia ni tau!


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Dia punya surat beranak masih ada agama lagi...

tasikmerah said...

ooo.. ye ke... surat beranak MC kolum agama tak ada ok. pejabat pendaftaran sengaja buang kolum tu. tu kita kebebasan le tu. haih...

tasikmerah said...

*kira

kucingorengemok said...

saya pernah cuba pakai purdah... in a word: BEBAS! rasa sangat best. cuma tak berani pakai terus-terusan, mungkin takut dengan society, mungkin takut dengan diri sendiri...

ashley said...

Burung terbang bebas..
Bebas?..
ada LIMIT gakkk..
tak le pi sampai mentari jingga...
panassss..
terbakooo!

Kita bebas untuk memilih AGAMA..
.
.

tapi kalau dah pilih ISLAM, biarlah kita BEBAS untuk ikut cara hidup ISLAM, kan kan kan?

ashley said...

hmmmm..
APASAL kalau masuk sini, aku kena MUTE kan speaker?
.
.
.
hmmmmm

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku pun tak check. Tapi aku rasa dia ada letak... atau itu aku punya agama... ahaha

KOG,
Tak yah takut. Itu kebebasan namanya... Mana ada org gigit tengkuk org pakai purdah? hehehe


Ashley,
Islam membebaskan kita dari belengu kejahilan. Namun, kebebasan ISlam itu ada batasannya, untuk membezakan kita dari org yang jahil juga...
Semacam protokol sang raja yang membezakan daripada orang kebanyakkan, walau pun protokol itu kelihatan macam tak bebas..

Ashley,
Ye ke? Hahaha... aku pun kadang-kadang pause kan jugak... asalnya nak ikut CkLah dan Isnyirah, ada muzik latar belakang konon... hahaha

Insyirah said...

Hari ni aje saya dah separuh mati nak uruskan tentang permohonan wali hakim.

Dan skrg ni saya merasakan UNDANG-UNDANG MANUSIA memang betul-betul menyusahkan.

Bila orang Islam nak buat benda baik, semuanya disusahkan. Even, bila orang bukan Islam nak revert to Islam...prosedur nak dapatkan kad Islam pun banyak syaratnya. Sampaikan org yg revert tu rasa pening dan beban.

Tapi, bila org Islam nak murtad...kemain lagi mudah aje nak bagi. Inikah yg dinamakan KEBEBASAN??!! Ni yg rasa nak marah ni.

Ok, puasa..puasa...sabar. Hari ni mmg penat gila duk tersadai kat mahkamah syariah.

Sekian.

SHIMI said...

salam. aku nak tunggu bila diaorang nak cadangkan kebebasan tengok orang lain punya.. Macam zaman flinstone.

Memang manusia semakin gila bro

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Aiik..?
Hari tu aku yang bising-bising. Kali ni Syirah pulak... Sabar dik, sabar... hahaha aku dah cakap. birokrasi banyak sangat. Ntah mende ntah yg dia orang risau sangat. Padahal berdegar-degar kata Malaysia negara ISLAM...


Shimi,
Salam bro, aku pun tunggu jugak... sambil bawak digital camera... hehehe

Hasri bin Hasfa said...

... dan kebebasan nih untuk org yg jiwa kacau... hahaha... satu jeh yg wa boleh terima hal kebebasan nih > bila supermarket gantung iklan buy 1 free 1...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tu kebebasan bagi pihak isteri.. haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com