Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya dari kami bertiga (dgn foto)

.

Sempena hari raya yang tak lama lagi bertandang mengikut takwim musimnya, setelah diperkenankan oleh pemegang mohor besar raja-raja Melayu, InsyaAllah.

Orang kata, nak minta maaf zahir dan batin, kena lah kenal rupa, baru afdhal. Maka untuk meleraikan rasa rindu terhadap kami, maka untuk selama beberapa waktu ini, aku kepilkan di sini siapa kami di balik alam maya ini.

Kami sekeluarga memohon maaf zahir dan batin sekiranya terlebih mengata dan mengutuk secara terang atau terahsia atau sengaja atau kurang sengaja atau secara langsung atau tidak langsung; sama ada terniat atau tanpa niat; sama ada dalam ruang maya ini atau ruang maya di pihak kalian atau melalui YM atau SMS.
Sesungguhnya, niat kami sekadar bergurau atau pun menambahkan kemesraan, mengeratkan silaturrahim adanya...

Salam hormat dari kami bertiga: Nizam, Yatie dan Ariff.






Foto Ariff : sila lihat di sebelah -->
.

18 comments:

ibundo said...

akak mintak maap jugak sebab selalu mengata kau dan mengutuk kau. Raya ni balik mana..

err.. apasal gambar korang blur je. Akak tengok paku payung tu sebijik macam kau.

Anonymous said...

brader, apsal scan gambar lama?... boleh le gambar baru... apa2 hal wa nak ucapkan salam raya gak...

ASH said...

Apasal aku tengok muka ko macam muka YOB ( pak sedara) aku?
..
..
..
..
ialah..
dah kawasan kawasan sana juga..
ape nak buat kannnn..

selamat raya!
maaappp...tak kisah le..zahir ke batin ke ..
semuanyer le.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Sama-sama lah kita...
Tu ambik dari foto album, snap balik pakai hphone je.


Sepa,
Abih gambar tu je yang serasi dengan imaginasi tubuh aku.. hahaha


Ashley,
Weeii... aku muda lagi kak, tengok la gambar terbaru tu...
hahaha

Cikgooden said...

ha ha ha...zaman battle of the bands tu yob..

selamat hari raya...

ckLah @xiiinam said...

Patutlah ckLah terasa-rasa sangat nak keluar dari meditasi ckLah...rupa-rupanya ada orang letak gambar dia...



Selamat hari Raya...
Selamat pulang wahai perantau....ku tunggumu di tali air Labu Kubong...

Insyirah said...

Selamat Hari Raya. Mohon ampun & maaf kalau ada salah & silap.

Lepas ni letak gambar yg latest. Hehe.

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Weeiii.. itu pasca battle of the bands la bro...kalau zaman tu, aku lebih hip lagi... hahaha


CkLah,
Alamak! Aku dah ganggu pertapaan patigeni cikgu...
Ya, aku rindukan Labu Kubong... ahahaha


Insyirah,
Eh, tu le gambau terbaru... cuma shoot balik dari album. Tu yang blur tu, ada plastic cover... ngape, tak caya aku hensem? hahaha

kucingorengemok said...

tambah umur paku payung dalam 20 tahun jadi la gambar ayah dia atas tu, hehe... selamat hari raya + maaf zahir batin

Nizam.Ariff said...

KOG,
Dgn kata lain, aku cute macam Paku Payung le tu...
Atau Paku Payung akan hensem macam aku... hehehe

tasekM said...

macam gambor time tingkatan 5 je tu bang. tak aci. bg gambor lain. keeeeeeeee.... nk aku tayangkan. hehehehe...

:p

addyaholix said...

akhirnya kan. kau konon misteri je kan bang. apa kau mimpi malam tadi sampai kau terdetik nak letak gambar bang nizam? tapi aku syak nih gambar yang dah berkurun lamanya kan bang? haha!

baru aku tahu mana paku payung dapat rupa comel tu. dari ayah dia yang konon gempak tu. haha!

dan mama cantiklah bang. boleh nak ambik jadi kakak angkat ke bang? haha~

Nizam.Ariff said...

TM,
Itu gambar aku terbaru dari album la... baru 10 thn lepas dan maintain sampai sekarang.
Berani la ko letak... aku C4 blog ko kang! hahaha


Addy,
Aku masih elusif seperti biasa.
Aku menten.. tak caya tanya Tasek Merah.
Mana boleh jadi adik angkat dia... ko lebih hensem dari aku, ko rival aku nih... hahaha

addyaholix said...

risau sangat. aku takkan potong jalan ko bang. boleh laaa. pls!!!

haha~

ASH said...

TM,
ko ada gambar Nizam?
aku ada gambar ko..
he he he..
kira kenal belaka laa....

SHIMI said...

bro, lain kali lu bubuh tarikh kemaskini gambar tu sekali. Senang gua nak buat kawat cam....

Yana Ismail said...

singgah ni..ucap slmt hari raya..maaf zahir batin :D

Nizam.Ariff said...

Addy,
Tak leh caya nih... nanti kasih Mama berbelah bagi. Sekarang ni pun aku nampak dia manjakan Jagad lebih-lebih pulak... hahaha

Ashley,
Aku nak C4 la si Tasek ni...


Shimi,
Tu kira gambar terbaru tu... kira baru re-shot malam semalam.. masih panas lagi tu. Kira-kira tarikhnya Sept 2009 la...


Princess,
Hai puteriku.... lama tak singgah... Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com