Wednesday, October 7, 2009

Can Malican ... oi oi !

.


Mereka berkumpul di ruang tamu selepas menjamu nasi impit dan rendang dan 'honey lemonade with brown sugar' yang aku buat khas untuk tetamu. Mereka: Ayah dan ibu mertua, adik ipar (2 sekeluarga) dan abang ipar.


Aku sandarkan badan aku dalam sofa berkayu jati dan aku buka tingkap kaca. Angin menderu-deru masuk melalui bukaan sederhana luas itu. Sungguh mengasyikkan dan mata bisa layu, selayu-layunya... tapi sebaliknya, aku capai gitar akustika yang tersandar.


Aku lapik bantal sofa dan aku rebahkan badan dalam sofa berkayu jati itu dengan kaki-kaki terjulur lalu aku mula memetik tali-temali gitar itu dengan lagu-lagu pelbagai symphony, dengan mata separa pejam penuh menghayati:

Fade to black, nothing else matter, heavy chain, the day that never comes, the unforgiven III, Sleeping Sun ........ Katakan (oleh Yuna)...


'Kenapa main lagu yang mak tak faham. Cuba main lagu Can Malican ke, boleh la kami jerit sama-sama ' oi oi '!......"



Errr....???






.

11 comments:

secangkir madu merah said...

sedap ke air honey lemonade with brown sugar yg kau buat tu? tak pernah minum ar..resepi ada?
-
-
-
-
hai apalah kena dgn menantu aku ni?
tetamu dtg dia melalaklah pulak..
-
sedapke suara kau tu?

Nizam.Ariff said...

SMM,
Resepi untuk satu jag: Sebiji lemon, 3-4 sudu besar madu lebah, gula perang secukup rasa... dan secubit garam. Perah dan godak, letak kiub ais...

Kak, aku main instrumental je, aku tak nyanyi sebab suara aku halus macam Amy Search... segan lak. Hahaha

spider said...

oii..oii, what a nice song. love it to bits.
selamat hari raya

Nizam.Ariff said...

Spider,
Selamat Hari Raya, lama tak ke sini...

yuyee cap limau said...

haha..bes ape lagu tu
bisa membuatkan orang khayal..haha

ashley said...

Dua la tiga kucing berlari..
Mana nak sama si kucing belang..
Dua lah tiga boleh di cari..
Mana nak sama. HOI! budak Nizam sorang...

.
.
oi oi oi can ma li can
HOI HOI..
can mali can...
can mali can..
ketipung payung!!

Ini kalau buat persembahan, back ground petikan gitar engko dan gabungan paluan gendang cikgooden, mesti mantop nih!
he he he..

agak agak berapa ko charge Nizam?

Nizam.Ariff said...

Yuyee Cap Limau,
Boleh khayal ke..? Aku nak buat pukau orang le kalu gitu.. hahaha


Ashley,
Akak mesti suka nyanyi/pandai nyanyi sebab layan bebudak nyanyi kat sekolah, kan? Akak jadi lead singer la... Aku tak kenakan bayaran. Aku cuma nak pisang tanduk setandan je sebagai upah..

kucingorengemok said...

tak kira la lagu apa pun, kita berdebar² tunggu entri sadis... kih kih, nyanyi² lah dulu ye, calm before the storm :)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Hahaha.. ko perli aku yek.. malam esok... bukan malam ni...

tasikmerah said...

patut dondang sayang la weh... br mak mer gembira. he he.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tu ko boelh la.. aku tak main biola ok...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com