Thursday, April 29, 2010

Teras kayu .. sekeras aku

.



Sebatang kayu ini memang aku ingat asal usulnya.


Ia telah tertanam berpuluh-puluh tahun di dalam tanah sawah di belakang rumah (arwah) Bapak. Berpuluh-puluh tahun telah terbenam dan terendam di dalam air sawah. Ia adalah empulur akar. Ia adalah teras banir sebatang pokok yang besar, yang aku sendiri belum pernah lihatnya. Bukan. Ia telah tumbang ditebang Bapak sebelum aku lahir lagi. dan memang ia tertanam lama.


Sehinggalah pada tahun 90-an apabila Bapak meminta kami mengeluarkan akar itu dari dalam tanah sawah kerana ia mengganggu kerja-kerja membajak. Sebelum itu, kerja-kerja dilakukan menggunakan pembajak berenjin Kubota, senang untuk cilok kanan-kiri. Zaman berlalu. Traktor yang lebih besar dan laju digunakan. Dan akar itu sering mematahkan mata rotor kerana kerja membajak menggunakan traktor secara diupah, mereka sering hentam keromo.



Aku dan abang-abang aku mencangkul hampir sepagi untuk mengeluarkan akar tersebut yang sebenarnya lebih panjang dan besar daripada yang disangka. Kami gunakan beberapa batang kayu panjang sebagai tuas untuk mencungkil akar tersebut. Kemudian, kami angkut ia ke tepi batas.






Selang beberapa bulan selepas itu, aku terfikir untuk mengambilnya sedikit sebagai hiasan rumah. Aku pilih raut dan rawan yang elok. yang paling keras. Ya, kayu yang terendam selama itu dan masih kukuh... tentulah hanya teras kayu yang mampu bertahan sebegitu lama. Bapak berikan beberapa petua berupa arahan untuk mencantikkan teras kayu itu supaya layak dijadikan hiasan rumah.



Setiap kali aku lihat kayu itu, aku pasti akan teringatkan cerita-cerita Bapak semasa aku memotong kayu itu, dan akan terkenangkan jerih-perih Bapak menumbangkan pokok sebesar dan bersawah untuk keluarganya...






Aku tak lupa asal usul aku. Seperti teras kayu yang keras dan masih utuh itu, aku pasti ingat semua itu...




.

8 comments:

AZANI said...

salam nizam
kenangan mengusik jiwa....

ashley said...

cantik!!!!
kalau ada yang nak beli, berapa hang nak juaiii..

xiiinam said...

Abstrak.....
Punya maksud tersirat pada setiap lekuk....lubang dan bonggol!


....tunggul tu kan?

Anonymous said...

Paman,

bukan ke kakek buat bongzai ke kayu tu? 1 pun dah tak nampak kat umah..mane pegi erkh..dulu byk je

Nizam.Ariff said...

Azani,
Usik baik-baik, jangan salah usik.. hahaha

Ashley,
Dalam 1 juta ringgit ok gak... nak?

CkLah,
Memang tunggul tapi yang ni bahagian akar. Aku terbalikkan, tu sebab tegak.

Pojie,
Dah dibuat kayu api masa kenduri kut... yang bonsai byk2 tu bukan dari akar ni tapi kita org ambik dari hutan, pokok melilit tu...

kakpah said...

pandai ko jadikan dia nilai artistik

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dari yang terbuang kepada yang terbilang... hahaha

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com