Friday, May 28, 2010

Once a prince ... dah lama tak bercerita ya akak-akak dan abang-abang

[Tetiba kepala gatal nak bercerita. Cerita ni bersiri-siri, yang aku jadualkan keluarannya...]
.

INTRO


Beberapa waktu telah berlalu, inilah cerita tentang darah keturunan yang gelap dan terlindung dari mata-mata murni dan bersih, cerita yang jijik. Cerita tentang dua keturunan berasingan darah, telah bertahun-tahun bersaing merebut tempat dan kuasa, berbunuhan, sengketa yang panjang telah meragut puluhan nyawa dari kedua-dua pihak. Namun akhirnya disatukan dengan ikatan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian setelah penat berbalah. Perkahwinan yang sepatutnya membawa satu era baru yang lebih aman.


Tapi sayang, aman itu tidak lama. Sengketa dua keturunan itu kembali semarak setelah dua anak lelaki dari pasangan itu membesar dan meningkat dewasa. Darah panas yang mengalir dalam tubuh mereka itu masih ada sisa-sia gelap yang tertanam dan terlindung. Si ibu yang terlalu sedih melihat kedua-dua puteranya itu telah membunuh diri, manakala si ayah, yang telah bersumpah tidak akan menumpahkan walau setitis darah lagi, telah berkelana jauh meninggalkan tempat yang penuh celaka itu. Sekurang-kurangnya, itulah cerita yang disebarkan dari mulut ke mulut.

Cerita itu hampir-hampir terkubur dengan debu-debu mungkar kejahatan kedua beradik itu, namun ada seorang tua diantara puak itu tetap menceritakan pengalaman lalu kepada semua agar menjadi iktibar, dia masih tetap berharap segala-galanya akan kembali aman seperti yang telah dirancang oleh datuk nenek mereka dulu.



[sambung...]

2 comments:

xiiinam said...

Main parang eik!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Parang kontot tak main... ni putus-putus kepala punya nih.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com