Wednesday, June 16, 2010

Menggenggam awan.... cita-cita tak perlu setinggi awan

.

Dalam perjalanan turun dari puncak Brinchang ke Simpang Pulai, Ariff teruja dengan awan/kabus yang melayang dari puncak-puncak gunung melintasi jalan yang kami tempuhi.


Kami berhenti di beberapa tempat dimana awan-kabus itu boleh dipegang-pegang. Ariff yang berhajat untuk pegang awan. Dia pernah minta naik kapal terbang sebab nak capai awan, nak pegang awan. Aku cakap, kat atas sana tak ada R&R, kapal terbang tak boleh berhenti.


Di beberapa lokasi, aku berhenti di bahu jalan. Ariff yang teruja cuba menggenggam awan. Aku cakap, cita-cita jangan terlalu tinggi sampai ke awan sebab cita-cita yang ibarat 'digenggam pasti akan tiris', sama seperti awan. Aku snap beberapa gambar dia dan Mama.


Aku terhidu bau yang kurang enak di situ. Seperti sampah. Masam dan berbau sesuatu yang sedang mereput.



Dan dalam perjalanan turun seterusnya, aku berimaginasi yang berikut:

Desakan penduduk semakin keras supaya dipindahkan tapak pelupusan sampah ke tempat lain. Datuk Bandar semakin tertekan. Banyak kawasan perumahan dibangunkan menyebabkan tapak pelupusan sampah yang dulunya jauh dari kawasan perumahan kini hampir.

Seseorang mencadangkan tapak baru perlu dibuat jauh di kawasan hutan belantara, tempat dimana orang tidak akan tinggal. Tetapi, cadangan ini dibantah oleh pencinta alam sekitar. Maka, berlaku perdebatan hangat.

Akhirnya, atas sebab-sebab komersial, Datuk Bandar setuju untuk bina tapak baru jauh di tengah-tengah gunung-ganang. Pencinta alam sekitar tidak puas hati, maka ditugaskan seorang wartawan pergi menyiasat dan buat laporan tentang kesan tapak baru itu, bertujuan untuk mendedahkan kesan buruk tindakan itu keatas flora dan fauna di situ.


Wartawan muda itu pun pergi ke lembah yang agak jauh, terpaksa berjalan melalui denai dan anak sungai. Dia menemui bukti bahawa tapak baru itu sebenarnya berpenghuni. Ada perkampungan orang asli tidak jauh dari situ. Lantas, dia pergi menemui Tok Batin untuk meminta pandangannya.

Tok Batin menceritakan bahawa tapak pelupusan sampah itu telah mengganggu tanah suci mereka. Walaupun sampah-sampah itu di longgokkan di lembah yang dikelilingi gunung-ganang tinggi, bau busuk tetap tersebar. Bukan setakat itu, Tok Batin turut mendedahkan bahawa bau busuk itu menarik banyak haiwan-haiwan pembangkai dan pemangsa ke situ.

Wartawan itu diajak oleh beberapa pemuda untuk pergi ke lembah sampah itu. Pemuda-pemuda itu meminta wartawan itu berhati-hati dan tidak bising. Dia hairan. Setelah agak hampir, mereka semua memanjat sebatang balak yang condong. Sesampai di hujung balak itu, wartawan itu terkejut melihat suasana di bawah sana. Binatang-binatang buas berkeliaran menguis-nguis sampah yang dijatuhkan dari atas tebing tinggi dan saiz binatang-binatang itu berganda-ganda. Ada beberapa ekor biawak yang sebesar bas sekolah! Dan gigi-gigi yang tajam dan besar.

Sekembalinya ke kampung orang asli itu, dia menceritakan kepada Tok Batin. Tok Batin hanya tersenyum lalu mengatakan, itulah kesannya bila mengganggu tanah suci mereka. Bukan itu sahaja, semua haiwan yang kekenyangan di sana bersaiz besar-besar belaka.



(sambung nanti la.. aku nak makan jap....)

OK. Aku sambung kat sini je la...



Wartawan tu dedahkan kepada semua. Dada-dada akhbar penuh dengan temuramah dan gambar-gambar yang menjijikkan dan menakutkan. Datuk Bandar serba salah. Datuk Bandar minta bantuan kerajaaan pusat. Kerajaan pusat arahkan tentera untuk masuk campur.

Satu pusat kawalan dibina oleh tentera, dan satu helikopter berlegar-legar di lembah itu untuk memantau secara siar-langsung. Setelah bermesyuarat beberapa jam, pihak tentera mengusulkan untuk menggunakan senjata berkuasa tinggi yang baru dibangunkan oleh teknologi tempatan. Lembah itu akan digunakan sebagai tanah percubaan senjata prototaip. Pihak pemerintah bersetuju dan lampu hijau diberikan kepada pihak tentera.

Tiga pesawat MiG berlepas dari Ipoh membawa peluru berpandu prototaip itu. Sesampai di lembah itu, pesawat MiG itu melepaskan peluru berpandu kearah 3 puncak gunung di sekeliling lembah itu. Beberapa saat kemudian, ketiga-tiga puncak gunung itu meletup dan runtuh, menimbusi lembah itu menjadi rata.

Kesemua binatang yang ada di lembah itu tertimbus, bersama sampah sarap manusia. Namun, seperti Hollywood, masih ada seekor biawak gergasi terlepas dari tertimbus.

Selang beberapa hari, akibat kelaparan setelah timbunan sampah telah tiada, biawak gergasi itu merayau-rayau di dalam hutan mencari makanan. Tetapi, kalau setakat babi hutan dan tenuk, tak cukup membuatkannya kenyang. Ia merayau lagi sehingga pada satu malam, ia terhidu bau manusia yang tinggal di perkampungan orang asli itu.

Keesokkan harinya, habis orang asli di situ telah dibahamnya. Dan kini, biawak gergasi itu bergerak menuju ke arah ketemadunan manusia... menuju ke Bandaraya Ipoh.

Kini, Datuk Bandar pasti tidak tenang tidurnya kerana terpaksa memikul akibat perbuatannya... seperti kata Karam S.W... 'seperti memikul biawak yang hidup...'




.

10 comments:

kucingorengemok said...

menarik menarik... tak sabar nak tau sambungan, cepat sikit makan ye.

dah baca bahlut (faisal tehrani)?

Nizam.Ariff said...

KOG,
Tak baca... dah lama tak baca buku cerita... pasal apa tu?

secangkir madu merah said...

wah gi cameron highland...nyamannya...

sempat gak berangan dan mereka cerita..


penatnya nak baca...

kakpah said...

kau cerita pasal biawak gergasi bagai, penat kepala hotak aku nak baca. err.. petai ada tak. petai!!!!

kucingorengemok said...

pasal hidup orang asli yang dihimpit kemodenan, tapi takde biawak raksasa la, hehe

Nizam.Ariff said...

SMM,
Daripada bosan memandu, baik pasang angan-angan.. hahaha

Kakpah,
Petai ada kak, tapi Mama kata, kalau makan malamnya kena tidur luar... (sebab aku suka makan mentah-mentah) .. hahaha


KOG,
Ooo... aku lebih suka sains fiksyen.

ckLah said...

Sedara mara biawak yang mak ckLah bunuh tu kot....

:)

Nizam.Ariff said...

CKlah,
Tu la... ada bau-bau bacang kut... hhaha

tasekM said...

ko jgn sebut2 biawak. aku alergik!



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Biawk.. biawak.. biawak.. biawak...

Hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com