Friday, October 15, 2010

Masakan yang berempahkan bayang-bayang rumah papan bertiang tinggi...

.
Satu malam itu, kami hapuskan keperluan perut kami di satu restoran yang menyediakan masakan Perak. Restoran ini terkenal dengan Kuew Teow Kerang versi Lenggong. Dan memang sebelum-sebelum ini pun kami makan kuew teow di sini, bukan menu lainnya.


Malam itu, kami terasa nak rasa masakan lain pula. Nak cuba asam pedasnya. Aku pesan nasi putih dan asam pedas ikan kembung. Nak cuba, aku kata, kat mana yang gahnya asam pedas Perak berbanding asam pedas berempah versi Melaka, atau asam pedas versi Utara atau pun Selatan seperti Johor.


Kemudian, aku toleh ke meja-meja lainnya. Aku lihat, majoriti orang makan sup tulang. Aku pun pesan semangkuk sup tulang. Nak cuba, aku kata, kat mana yang gahnya sup tulang Perak berbanding dengan sup Utara atau Selatan.


Kemudian, Mama pesan Kailan Ikan Masin satu piring. Dia pula kata, sayur baik untuk kesihatan. Ariff? Dia lebih suka masakan sempadan Pantai Timur. Dia pesan nasi goreng Pattaya, serta merta aku teringatkan semasa aku di Rayong, Thailand, aku ada singgah di pantainya yang terletak berberapa puluh kilometer dari situ. Kalau jalan-jalan pada jam 3-4 pm, kedai-kedai kopi belum bukak lagi. Sama macam kebanyakkan gerai-gerai Tom Yam di negara kita, dah nak maghrib baru boleh dengar kuali berkelahi dengan sudip.


Lain pula suasananya selepas matahari terbenam di pantai itu, kedai-kedai kopi dan makanan laut mula terang dengan lampu lap-lip-lip-lap. Bila lampu mula lip-lap-lap-lip, retina pun turut kecil-besar-besar-kecil. Mata pun turut pejam-celik-pejam-celik, bukan kerana kopi dan Tom Yam yang dihidangkan tetapi makanan-makanan ringan yang bergayutan pada tiang-tiang besi yang pandai bergerak dan berlengguk-tari. Memang tak masuk selera kalau minum kopi sambil mendengar dentuman guruh muzik bertenaga. Cepat-cepat seorang haji dalam rombongan kami itu ajak keluar dari lorong itu.


Akhirnya, kami pesan makan segera dan minuman dalam tin dari 7-11. Aku beli Coca-Cola dalam botol kaca comel dan kontot. Sambil-sambil itu, kami berborak di tepi pantai sehingga larut malam, sekali-sekala kami ditegur oleh penjaja satay bermotosikal. Selang beberapa kali dia lalu sebelah kami, aku jengah juga la, mana tau kalau-kalau ada satay yang berkenan di tekak. Aku tenung satay bermacam-macam jensi itu satu per satu, tak ada yang boleh menambat selera aku. Aku toleh kepada kawan aku yang masih duduk di atas batu jalan.

Mana tahu kot-kot dia nak, aku tanya dia " Ko nak makan satay kumbang, ke lipas air?" hahaha...

.......

Bila makanan pesanan kami sampai, aku tengok pinggan mangkuk semuanya tak sama jenis, macam pinggan mangkuk percuma beli sabun atau ubat gigi. Corak tak sama, bentuk tak sama, warna pun tak sama. Bila aku hirup sup dan masak asam itu, baru aku tahu kenapa. Serta merta aku rasa macam aku makan masakan kampung, masakan rumah. Aku terus terbayangkan rumah papan bertiang tinggi dan di kelilingi oleh pokok-pokok manggis, durian dan mangga yang besar-besar dan tinggi.





Memang pun, kalau di kampung, pinggan mangkuk harian adalah dari jenis yang percuma sebegitu, yang mahal-mahal hanya untuk tatapan tetamu dari dalam almari cermin. Semasa aku bayar harga makanan tu, aku cakap kat kakak di situ, aku terasa seperti makan di rumah kampung, bagus.



.

4 comments:

ckLah@xiiinam said...

....ckLah banyak pinggan cap Sabun Daya!



Daya! Lupakan yang laeennnn!!!

:)



(buat-buat tak nampak juadah yang tinggal sikit tu)

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Sorry.. lupa nak ngajak makan sekali pulak.. hahaha

buah kedondong said...

kat mana nih?
nampak cam sodapp jerr..

Aku said...

b.kedondong,
seksyen 20, shah alam... sebelah Pizza

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com