Friday, November 19, 2010

Harvester of Sorrow

.

Aku perasan, perkara yang paling berat untuk dipikul adalah rasa bersalah, dan perkara yang paling mudah untuk dilemparkan ialah persalahkan orang lain.


Rasa bersalah, sudahlah berat, kalau dibuai dengan imajinasi mengukuti runtun hati walang akan jelmakan satu perasaan seperti dunia ini adalah tanah dan langit yang punyai mulut-mulut. Setapak sahaja kaki melangkah, tak kira arah mana pun, terasa seperti mulut-mulut alam itu berkata-kata. Kita yang mendengarnya seperti mahu membenamkan diri ke dalam liang lahad. Dikuburkan dengan segala rasa salah dan dibiar mereput bersama-sama perasaan itu, dan mereput bersama-sama waktu. Biarlah yang tinggal cuma batu nesan yang tercatat nama watak kita ketika kita hidup. Watak dan peranan kita sebagai manusia.


Atau kita cuba memujuk jiwa walang dan lara ini dengan meletakkan musabab kesalahan pada yang selain dari diri ini. Menyalahkan orang lain adalah jalan mudah untuk menyembuh jiwa tetapi ubat penyembuh sebegitu sudah tentu palsu. Ia adalah pseudo. Ianya sekadar plasebo kepada kepercayaan terhadap musabab yang sengaja dibuat-buat, bertujuan untuk menyeka air mata daripada terus menitis. Sedangkan air mata itu yang menitis ketika sujud pada malam hari adalah sebenarnya dosa-dosa yang mengalir keluar dari kelopak mata hati yang telah hitam. Hitam dari jelaga  yang terkumpul sedikit demi sedikit sejak dulu lagi, ketika malam masih diterangi lampu minyak tanah. Ketika api pelita itu masih melintuk-liuk di tengah-tengah ruang tamu rumah papan dua tingkat.



Senja pun menjelang. Biarkanlah gelap gelita ruang tamu hati ini. Aku kehabisan minyak untuk pelita itu. Tengah malam nanti, jika terlalu gelap, akan aku buka papan-papan dinding agar cahaya bulan bisa meresap masuk perlahan-lahan. Dan papan-papan itu pula nanti akan dipaku menjadi keranda dan sekeping lagi akan aku buat menjadi penutup liang lahad.



 Salam semua


.

6 comments:

Cikgooden said...

selamat ghaya haji , saudara aku.

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Selamat raye jua buatmu, sahabatku... aaauuuww!!

tasekM said...

.





hanya doa yg baik2 buat kamu.

Nizam.Ariff said...

TM,
Timacih...

ckLah @xiiinam said...

Selamatlah wahai adik lanangku...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Thank you, kakak wedok ku...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com