Tuesday, October 30, 2012

Pemerhatian terhadap kesesakan lalu lintas di musim perayaan serta syor kepada kerajaan...

.

Hari Ahad yang baru lepas adalah hari untuk aku pulang ke S.Alam dari arah selatan tanah Semenanjung. Seorang adik ipar yang bergerak dari arah Putrajaya ke selatan Semenanjung pada hari Ahad itu memberitahu, jalan sesak di lebuh raya PLUS dari Pedas ke Nilai dari arah selatan... itu pada pukul 1pm!

Hah!?

Kalau pukul 1pm dah sesak melekat macam itu, apa lagi kalau pukul 5-6pm, yakni waktu yang sedap-sedap redup matahari condong untuk memulakan perjalanan pulang? Mahu tidak mahu, aku terpaksa anjakkan pelan untuk pulang dari petang ke malam. Buat apa membuang masa dan bersesak-sesak sampai susah nak kencing berak di dalam kereta?

Jadi, mulai tengahari itu, aplikasi Wazer sentiasa dibuka. Benarlah, mereka bergerak 10km/j - 44km/j secara pukul-rata. Jadi, aku tunggu sahajalah. Buat apa mahu menambah kesesakkan. Sehingga jam 8pm, Wazer mengatakan kelajuan purata masih belum berubah banyak tetapi jalan dari Senawang ke Nilai sudah kurang sesaknya.

Pukul 9pm, masih begitu juga tetapi di Alor Gajah sudah kurang sesaknya. Mahu tidak mahu, pukul 10pm aku pun bertolak dan aku harapkan sebelum pukul 1am aku akan sampai di S.Alam.

Dan....

Setibanya aku di Pedas, jalan massih sesak! Jam sudah menunjukkan pukul 10.45pm tapi tanda-tanda kesesakan akan berkurangan seolah-olah sifar. Namun, aku berpegang kepada petua 'biar lambat asalkan selamat'. Jadi, aku menjadi konservatif... aku sentiasa pilih lorong yang kekiri sekali. Dan memang benar teori aku, lorong sebelah kiri biasanya akan sentiasa bergerak walau pun lambat, berbanding dengan lorong tengah dan kanan di mana kereta banyak yang laju tetapi lebih kerap berhenti dan membrek.

Aku dapati lorong di sebelah kiri lebih kepada 'steady flow' manakala lorong yang di sebelah kanan kerap bergerak dan berhenti (adakalanya mengejut). Jika berlaku kisah kesesakkan di lebuhraya seperti itu, ada 2 perkara aku nak utarkan:

  • Lorong di sebelah kanan, yang banyak bergerak-berhenti, akan menyebabkan kereta kita menggunakan lebih banyak minyak petrol dan aktiviti membrek. Menggerakkan kereta seberat 1.2 tan atau lebih dari keadaan pegun memerlukan kita membuka 'throtte' atau pendikit lebih besar dan kerap. Lebih kerap kereta  berhenti dan bergerak seperti itu, lebih banyak minyak di perlukan. Manakala brek pula akan menjadi lebih panas kerana digunakan dengan lebih kerap. Apabila brek menjadi panas (sedangkan kereta tidak bergerak cukup laju untuk membenarkan ventilasi cakera brek beroperasi dengan cekap), kemampuan daya geseran untuk mencengkam akan berkurangan. Faktor inilah yang sering menyebabkan kemalangan bontot-ke-bontot, selain daripada kaki yang lenguh untuk menekan pedal brek itu. Juga akibat lesu (fatigue) kesan dari tekan-lepas pedal brek teradun pula dengan badan dan mata yang telah penat dan bosan, masa bereaksi (reaction time) akan bertambah (maknanya, lebih lambat untuk memberikan reaksi) dan biasanya akan terlajak.
  • Lorong di sebelah kiri biasanya akan bergerak perlahan tetapi jarang berhenti 'melekat'. Aku tak pasti apa sebabnya tetapi aku rasa ini semua disebabkan adanya lori-lori atau bas-bas di lorong kiri. Secara psikologi, pemandu kereta tak suka memandu di belakang kenderaan berat seperti itu, jadi mereka akan ke kanan untuk memotong. Jadi, itu akan menciptakan 'void' atau ruang untuk aku maju ke depan. Manakala aksi itu juga akan menyebabkan kereta di lorong tengah atau kanan terpaksa memberi ruang untuk kereta itu masuk. Satu lagi sebabnya ialah lori dan bas yang berat-berat ini mempunyai momentum / inersia yang tinggi jadi mereka jarang berhenti secara mengejut. Oleh sebab itulah, mereka juga jarang memecut kerana kenderaan berat seperti itu perlukan 'lajak'. Jadi, lorong di sebelah kiri biasanya akan 'steady flow'. Kelebihan 'steady flow' ini ialah menjimatkan petrol serta kurang memberikan kesan panas pada cakera brek.  

Namun, aku dapati 2 perkara tersebut hanya benar jika ada lori atau bas di lorong kiri. Jika pada musim perayaan seperti Hari Raya Puasa atau Tahun Baru Cina di mana banyak jenis lori dan bas tidak dibenarkan beroperasi pada hari-hari tertentu, kesesakan di lorong kiri tidak jauh bezanya dengan di lorong kanan.


Jadi, aku syorkan kerajaan membenarkan lori dan bas berada di setiap lorong. Barulah setiap lorong akan bergerak secara 'steady flow'. Memanglah lambat tetapi risiko untuk kemalangan akan berkurangan.





.

17 comments:

sudipVSsenduk said...

berlaku pd kakak saya di malam raya, perjalanan yg biasa mengambil masa 3 1/2jam dari Ampang ke Batu Pahat bertukar ke 8 jam!! bertolak pukul 10malam dan sampai 6pagi...Pengsan

tasekM said...

aku tak balik kampung tapi kat bandor melaka la pulak jem.
heh~


.

Anonymous said...

hari yang sama macam aku balik ke sini.

1. dari pedas linggi ke senawang makan masa lebih sejam. aku terpaksa cucuk rapat bas ekspress kat depan sebab tak nak bagi kereta yang guna emergency lane mencelah. memang diorang ni salah satu punca jalan bertambah sesak.

2. tiba tol senawang (aku nak leri ke LEKAS) pun sama. masing2 berasak masuk/keluar tol. habiskan masa lebih kurang sejam lagi. mujur laluan seremban-kajang kat LEKAS tu lancar.

kesimpulannya, mungkin ramai antara kita yang dah habis annual leave. tu yang terpaksa balik hari ahad.

Nizam.Ariff said...

Sudip,
aku rela berehat di bawah pokok daripada terperangkap dalam kereta tengah2 panas macam tu...




TM,
Melaka kecik no...
letak beca 20 biji pun boleh sesak bandar hilir tu... hahahaa


SM,
aku pun perasan yg kat senawang tu ramai yg exit. Kat Wazer pun tunjuk 5km/j purata. Aku dah agak, mesti ramai yg nak keluar masuk LEKAS. Jadi, masa aku dekat situ, aku ambik lorong kanan siap-siap... lepas dengan jayanya walau pun terkemut-kemut...

FITRAH JAMIL said...

biasa la tu musim perayaan

Nizam.Ariff said...

Fitrah Jamil,
namun peritnya tetap terasa sungguh... hahaha

jeb said...

keluar tol pedas ok gak bro..ikut jalan lama pergi senawang..jalan pun dah cantik..

dari senawang boleh masuk LEKAS..

sepa said...

...aku tak mampu menjiwa keadaan kesesakkan jalanraya di negeri korang tuh... kat Swak nih, jarang benar ada jem untuk perjalanan yg jauh.! jem, kalau adapun, depan2 sekolah, masamasa dak JKR mengada2 repair jalan siang2 hari, atau kat market - sebab depa double park.!

*eh.! eh, entah kenapa, aku terasa sangat setuju ngan cadangan ko tuh.. lebih2 lg lori yg bulih usung banyak kereta...! sedang elok mereka kelesuan, lori tuh bulihla usung depa dengan kereta2 depa naik lori, iye dak.! :D


.

Nizam.Ariff said...

jeb,
aku tak biasa jalan dalam ni... takut tersesat... hahaha



sepa,
weh, ko boleh bukak kompeni tukang angkut kereta di lebuh raya la...
mana2 pemandu yang keletihan, bolehlah tahan ko kat jalan naik mintak ko usungkan kereta tu... charge la 50sen setiap km...

Anonymous said...

bagus2 !

Nizam.Ariff said...

KA,
lepas ni ikut bontot lori taw...
tapi jangan depan lori, takut kena sondol lak... hahaha

Temuk said...

As-salam
Kakang rasa Pak Ustaz yang selalu mengajar kita supaya sentiasa bersabar pun boleh hilang kesabaran dek angkara "kelam" (kesesakan lalulintas 1Malaysia) kita, kihkihkih.

Bila ingatkan kesesakan meluap-luap, teringin balik Bg Datoh naik keretapi. Tapi dah tak ada pula perkhidmatannya dari Tapah ke Teluk Intan, hehehe.

Nizam.Ariff said...

Temuk,
As-salam,
bila kakang cakap pasal keretapi Tapah-T.Intan, teringatkan pula landasannya. Tak ada sesiapa yang nak umpil besi landasan dan jual ke?
mesti mahal tu...hahaha

cheryna zamrinor said...

Ni mesti dah marah sangat sampai dah macam entry luahan perasaan Nizam pula. Tapi Sha faham...setiap hari Sha berada di jalan raya. Inilah masalah kita.

Masalah, walau dilontar macam mana pon ramai yg buat juga. Kalau masalah ni batu, patutnya dah mati.

Contoh:

Kereta rosak tepi jalan tak payah perlahankan tengok lah. Bukan pandai tukar tayar pon separuh tu:)

Tapi...sbb masalah ini bukan batu bata. Masalah hanya masalah yg tak selaju angin :(

Nizam.Ariff said...

cheryna,
betul tu...kadang2 kita ni terlalu prihatin sampai perlahan/berhenti nak tengok kemalangan.

prihatin???

huh... aku rasa lebih kepada busy body.. nak tahu sebab nanti nak buat cerita... kan?

LydSunshine said...

Kalau dari gaya citer ko ni, aku membuat kesimpulan yang pemandu PLUS menghala utara semuanya beradab dalam memandu. Kalo kat LPT, aku paling benci dok lane kiri sebab ramai manusia tak bersivik suka memandu kat lane kecemasan. Pastu bila ada keta rosak kat lane kecemasan mulalah meggelupur cilok masuk lane kiri. Biasanya aku akan sakit hati sorang2 bile tgk derang buat macam tu. So, baik aku dok lane kanan. Bukan 1 tau. Berlambak yg buat.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
kat PLUS pun sama je cuma mungkin jalannya lebar sikit dia org nak cilok...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com