Thursday, November 18, 2010

Lagu Rendang Tak Jadi

.

Ayam dan daging dah dibeli awal-awal. Cukup awal dan disimpan di dalam peti-beku.

Jadi, pagi raya nanti bolehlah makan nasi impit disalut rendang daging dan/atau ayam.

Malangnya, kurang percaya pesan orang tua-tua: Sediakan payung sebelum hujan.

Kononnya, dengan adanya Gi-ant, Tes-co dan Pasar Borong berhampiran, sumber bekalan pasti tak akan putus.

Salah! bekalan ikan sardin dalam tin memang tak putus tapi tiada jaminan untuk yang lainnya, terutamanya bahan-bahan tempatan. Lebih-lebih lagi jika tempat ini dikelilingi oleh melayu dan indon.

Tersilap kira, ramuan terpenting rendang bukan setakat daging dan/atau ayam.

Daging dan/atau ayam dinamakan rendang jika ada: Serai, daun kunyit.


Kalau tak ada, namanya dah jadi lain. Kari Daging atau Ayam Masak Kicap, misalannya.



Dan pagi raya itu, kami baluti nasi impit dengan kuah kari daging... bukannya rendang. Rendang tak jadi.





.

7 comments:

kakpah said...

haha.. aku melilau carik daun kunyit. selai pun takde. nasib baik belakang rumah aku ada tanam kunyit walaupun daunnnya dah togel sebab selalu kena pulas. dapatlah dua tiga helai yang cekeding. jadiklah. dapat juga aku masak rendang..hehe..

baincardin said...

wpun rendang x jadi tetapi masih sedap dimakan. ^_^ Salam aidiladha.:)

tasekM said...

tak balik kampung yek...?



.

kucingorengemok said...

kari la sedaaaap! hehe

Aku said...

kakpah,
Aku baru tanam kunyit semalam. Lagi 2 bulan baru ada daun kut...

baincardin,
Yup, janji ada juadah... salam aidiladha.

TM,
Balik. Mesti balik. Jgn tak balik...

KOG,
Kuah kari payah nak lekat pada nasi impit...rendang baru sodap.

addyaholix said...

aku banyak makan daging bang. pening kepala.

Aku said...

Addy,
Ko dah ada darah tinggi ke? Ko pekena buah tunjuk langit la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com