.
Tadi aku ke pasar tani.
Aku beli macam-macam barang makanan mentah untuk seninggu.
Dan aku juga beli ikan bilis.
Ada 2 pilihan, ikan bilis berkopek atau ikan bilis yang belum ada kopek.
Penjual itu kata, ikan bilis yang menjadi pilihan aku itu sebenarnya jenis yang sama, bukan bermata biru.
Tapi yang berkopek itu harganya RM4 /100g, manakala yang belum berkopek lagi RM2.80 / 100g.
Jauh sangat beza harganya! Demi menjaga ekonomi keluarga, biarlah aku kopek sendiri.
Aku pun beli ikan bilis yang belum lagi berkopek.
Apabila menemani Mama-muah-muah memasak di dapur, aku pun kopek ikan bilis tadi.
Baru aku tahu kenapa berbeza sangat harganya.
Aku dapati kepala + isi perut + tulang belakang lebih kurang 1/3 berat ikan bilis itu sendiri.
Itu belum lagi masukkan upah mengopek ikan bilis itu.
Kemudian aku terfikir.
Dulu, kalau makan nasi berlaukan ikan bilis sudah dikira ekonomi keluarga tercerut ketat.
Sudah dikira tak ada duit untuk beli lauk ayam atau daging.
Tapi sekarang, aku rasa siapa yang makan ikan bilis adalah orang yang mampu, yang kaya.
Bayangkan, sekilo bilis harganya RM28 ~ RM40.
Manakala ikan termenung sekilo RM12
Dan ayam hanyalah RM7.50.
Sekarang ini kalau beli lauk ayam bermakna ekonomi keluarga adalah mencerut-cerut.
Tadi, aku beli seekor ayam daging....
Oh ya, tadi juga aku ternampak ada gerai yang menjual ikan Kerai.
Ikan Kerai ini bentuknya seperti Ikan Lampam Jawa tetapi sisiknya lebih kasar.
Ia sejenis ikan sungai dan tergolong di dalam ikan spesis eksotik untuk di makan.
Harganya? Sekilo ikan Kerai RM35!
Namun tak mampu menandingi Ikan Bilis Mata Biru Pangkor yang harganya boleh mencecah RM60 sekilo.
.
20 comments:
kopek ikan bilis kena mahirm takut jadi kirai
macam tu jugak dgn makan megi sekarang ni.Dulu makan megi sebab takde duit. Tapi sekarang, megi pun mahal bro
dulu tengok ikan tenggiri atau ikan merah aje boleh buat pembeli termenung, sekarang ikan termenung pun termenung.
Assalam.
Kang Temuk sudah mula rajin beli ayam tanpa segala-galanya - tulang, kulit, lemak, isi perut. Lebih harga, tapi tak payah kopek apa-apa macam mengopek bilis. Nampaknya, cara memasak pun kena ubahsuai. Hihi, bila bilis naik harga, mungkin boleh kita masak kurma bilis pula.
bilis pangkor segar n cantik sbb tu mahal..dah jd mknan org kaya2 =)
azani,
Kerai pun sedap... takpe..
Daddy Ziyyad,
Megi sebungkus dalam 90 sen tapi bila suruh mamak gorengkan alih-alih jadi RM3.50! untung gilerr...
Dr. Sam,
Betul.. betul!
Dua mingu lepas aku beli 3 ekor ikan temenung harganya RM10.50!
Harga seekor lebih drpd RM3
Temuk,
Kang, aku pun dah lama beli ayam tanpa kulit, kepala dan kaki... tapi mula2 tu rasa masakan agak berlainan sebab 'perasa' ayam tu banyak pada lemak di kulitnya... hahaha
Kak Nah,
Ya... bilis bermata biru sesuai untuk orang2 yang bermata biru gak kut...
Mak datukkk namploh hengget sekilo? Baiklah aku beli salmon atau trout giteww...aku buat stok kat peti es dengan salmon. Sekeping salmon harga lebih kurang RM15 ikut saiz, aku boleh makan 3 kali campur salad, kalau beli kembung, 2 ekor dah lapan ringgit, aku rasa campur tolak lebih kurang sama...baik salmon lagi sbb tulang tak banyak dan kaya omega 3..
LW,
Aku pernah simpan stok Salmon bila harganya bawah RM30/kg.
Tapi sekarang aku beli sardin dah la...
ko ada tanya tokeh ikan, ikan jerung braper sekilo / sekor.?!
sepa,
anak jerung aku ada jumpa kat pasar.
orang india suka beli.
aku pernah tanya, dia orang kata masak kari pun sedap...
lepas tu aku terfikir, memang dia orang masak kari je kegemarannya... hahhaha
salam..boleh saya tahu kedai jual ikan kerai tu dimana..saya tgh cari ikan kerai..dharap awak dapat mbantu..terima kasih..
Salam..sy nak cari ikan kerai..bleh x tlg bgtaw inf0 kat mna kdai jual ikan kerai tu..thank u..
salam..sy nak cari ikan kerai..sy nak mnta maklumat kat mna kedai tu boleh..thank u..
white_violet,
Ikan Kerai tu sejenis ikan sungai.
Kalau di Shah Alam ni, ada dua tempat yang aku tahu:
1. Ikan Kerai ada di jual di Pasar Ahad, di kawasan letak kereta Stadium Shah Alam. Salah satu gerai di barisan tepi, gerai itu juga menjual ikan patin dan talapia sangkar sungai Pahang.
2. Di dataran otomobil, seksyen 15 Shah Alam. Di restoran Temerloh Catering, ikan Kerai yang siap di masak... aku ada buat entri tentang Temerloh Catering ini..
sekian.
owh..thank u..ingt kan ad jmpa ikan nie kat perak..sy nak cari ikan nie yg sumber die dr perak..btw, thanx again 4 d inf0..
white_violet,
Ooo.. awak kat Perak.
Cuba singgah kalau ada nelayan sungai / gerai2 payung di tepi sungai perak dan sungai2 yg besar2 tu... cuba tanya Ikan Kerai atau Ikan Karai.... atau mungkin namanya lain sikit.
Kalau kat Pahang ada, kat perak pun ada sungai juga, kan?
Kalau dekat kg gajah, ada sebuah titi merentangi Sg., Kinta... kalau dari T.I masuk ikut Pt. 9 menuju ke Kg., Gajah akan jumpa jambatan batu ini. Biasanya kalau dalam tengahri atau petang2 sikit tu ada orang berjual ikan di hujung jambatan tu... cubalah tanya kalau ada ikan ni. Kalau baung, patin, lampam tu memang sah ada lah..
lagi satu, Ikan Kerai ni boleh dianggap ikan eksotik. Kalau pemancing atau nelayan sungai tangkap, jarang dijual. mereka lebi hsuka makan sendiri...
di kltan. harga ikan bilis cuma rm10-rm18/kg bergantung pada gred
ShahKB,
Hah?!
Siam mari kut...
salam... ikan bilis bulat dr sabah, dkt kl rm18/kg, rangup...n...sedap hehehe
Linda Zul,
Tapi aku jauh di rantau sini...
Dgr kata kat sana ikan bilis memang sedap dan rangup...
Post a Comment