Monday, December 6, 2010

Pantai Puteri, Melaka.

.
Hujung minggu. Pergi menenangkan diri di Pantai Puteri. Melihat alunan laut yang tak henti-henti memukul pasir pantai. Semoga ia mengerti, begitu juga hidup ini.

Angin kuat petang itu. Tapi, menurut abang yang berniaga cendawan goreng di situ, angin sebegitu belum cukup kuat. Itu angin biasa-biasa sahaja. Kalau angin yang cukup kuatnya, payung niaganya juga pasti tak mampu berdiri dengan sendirinya. Pasti perlu ditopangkan atau ditambat.

Aku tegakkan khemah untuk kami. Dan aku keluarkan 2 batang joran. Salah satunya baru aku belikan untuk Ariff tengah harinya. Pintu khemah tidak aku halakan ke laut. Angin terlalu kuat dan aku tak mahu khemah aku menjadi layang-layang tak bertali. Lagi pun, cahaya matahari condong yang mahu membenamkan diri di laut juga menyilaukan mata nanti.

Aku hamparkan sebidang tikar plastik di atas pasir pantai yang putih. Itu dikira sebagai veranda untuk 'rumah' khemah kami yang sentiasa mengelembung dipuput angin pantai. Rumah khemah yang terbuai-buai ditiup angin. Nasib baik aku pancangkan empat penjuru khemah itu dengan pasak besi. Bila goyangan khemah itu agak menggila di akhir-akhir matahari mahu terbenam, aku ikat 2 penjuru lagi dengan tali dan aku tambatkan pada 2 batang pokok rhu. Itu sahaja usaha yang aku boleh buat. Selain itu, aku hanya tawakkal agar khemah itu dapat bertahan.


Aku labuhkan joran ke laut, menguji rezeki yang berenang di dalam laut gelora di depan sana. Sehingga azan maghrib berkumandang dari corong masjid yang tidak jauh dari khemah, joran masih belum mengena. Tapi, umpannya sentiasa diragut dan habis. Tak apa, aku sedekahkan umpan itu kepada laut.

Malam itu, aku katakan kepada Mama, inilah pertama kali aku berbaring di depan ombak sambil melihat kerlipan bintang dan sekali sekala kerlipan lampu sorot pesawat terbang yang mungkin juga UFO. Kita mana tahu semua itu.

Sekitar jam 8 malam, angin laut bertukar arah. Kalau petang tadi angin laut menghambat pantai, kali ini angin darat menolak ke laut. Waktu antara keduanya, angin menjadi tenang setenang-tenangnya. Kalaulah hidup ini  juga bisa setenang itu....

Serentak dengan angin bertukar arah itu juga, aras air laut bertukar rentaknya. Namun, joran masih belum juga dihenjut rezeki laut. Aku tak kisah. Aku puas kerana setidak-tidaknya aku telah cuba. Selebihnya, bukan kerja aku lagi.

Lewat malam itu. Kami tinggalkan pantai itu. Ombak laut masih memukul pantai. Aku rasa, tiba masanya aku tak perlu memikirkan semua itu. Biarkanlah. Aku dah berusaha dengan khemah yang tertambat menampan angin dan joran yang menguji rezeki laut. Selebihnya, bukan kerja aku lagi.





.

8 comments:

Aku said...

first!
Selamat Tahun Baru

Mohd Hairul said...

tak apa...
balik singgah din coner...
next time boleh pg lagi...

sue said...

bukan dapat ikan linang ker?

Aku said...

DakAi,
Next tu jom le kita lak. Kita mancing kat Putrajaya.

DakSue,
Ikan Linang bukan spesis yang sanggup dimakan. Tak leh kira la...

tasekM said...

kalau memancing tepi pantai tu, aku syak niat memancing tu tak de sgt sbb ada ke ikan kat gigi air tu. yg lebih utamanya nk rehatkan kepala. tak gitu?

selamat berehat.

:)



.

Aku said...

TM,
Betul tu... Bila lagi nak baring tepi pantai betul-betul depan ombak malam-malam tanpa ada orang ganggu? Ko patut buat sesekali. Baring atas tikar plastik sambil renung bintang.

tasekM said...

tapi pantai melaka ni tak berapa sedap la. aku mengidam pantai belah pantai timur sana.

lagi satu. aku rindu nak panjat gunung. dapat bukit pun jadi la.



.

Aku said...

TM,
Belah timur pun ok gak. On the way tu ko boleh singgah kat Genting. Ko pegi la panjat gunung situ...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com