Sunday, April 25, 2010

Sekuntum Mawar Merah.... sebuah puisi

.


Suatu pagi itu, Mama ada beritahu yang Paku Payung sedang mengorek sesuatu di dalam biliknya. Bila ditegur oleh Mama, cepat-cepat dia tutup pintu biliknya.


Sekembalinya dari sekolah, dia bawakan sesuatu untuk Mama.

"Ini untuk Hari Ibu... tapi maaf Mama, yang ni murah je..." katanya.

"Takpe, janji ... sayang Mama" balas Mama dengan setitis air mata.


Sekuntum bunga Mawar yang dibelinya di sekolah menggunakan duit dari tabungnya sendiri, secara diam-diam.



Keesokkan paginya, aku tak mahu mengalah dengan Paku Payung. Pagi itu, aku ajak Mama ke Pekan Sri Muda. Aku tahu Mama suka bunga Mawar. Lalu, aku pilih Mawar merah. Aku beli tiga kuntum dan salah satunya berwarna putih.

"Dua yang merah itu kita berdua, yang putih itu Paku Payung... yang masih suci dan murni, untuk kita corakkan warnanya nanti..." kata aku.







Hmm... ini baru bau-bau Hari Ibu je. Hari Ibu nanti, apa yang aku nak bagi Mama???




.

8 comments:

ckLah @xiiinam said...

Bunganya dah bagi...


Bagi puisinya pulak...





Oooooo...dh dkt hari ibu ya?

baincardin said...

Jom layan E Series...(tgh berangan nih..hehe) ^_^'

Anonymous said...

huhu....Bagi kiss je dah cukup..

Jangan lupe bagi kat nenek jugak...


hahaha;
your nepkin

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Puisinya nantilah masa hari ibu nanti.... aku bisik kat telinga dia je la yek... hahaha

Baincardin,
Panjang sangat mimpi tu... hahaha

Pojie,
kiss je mana cukup... bak kata org tak kenyang... weh, bila ko nak kawen ni? Dah keje boleh la pinang anak dara orang. Kawan-kawan blog sini pun ramai gak mak-mak dara... amacam?

Anonymous said...

Paman..

bagi kiss makrifat baru kenyang...haha..nnti la dulu...mak-mak dara sesuai jadi mertua je..haha..

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Memang la.. ko takel la anak dia org.. hahaha
cepat bagi resume post kat blog comment nih... hahaha

Anonymous said...

hahaha...

boleh2...

sue said...

bestnya dapat bunga...emmm kalu la dak ai bg bunga kt sya..sonok gak...DULU mase mula2 kawen jer tu pun mase bday....SKANG emmm tak tau la..bli susu anak lg bgus rasenya...heee.hee.haaa.haa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com