Wednesday, December 22, 2010

Pendedahan berani mati - AKU BUKAN GAY, AKU MASIH OK

Mungkin ini adalah pendedahan paling berani aku: Aku pernah dipujuk untuk 'menyerahkan' mahkota aku. Ahhh..!


Ketika itu aku masih bujang dan baru sahaja bekerja. Dengan ketinggian dan ketegapan badan aku ini, aku sering disalah ertikan oleh mereka-mereka yang bernafsu songsang, kadang-kadang juga oleh mereka-mereka yang bernafsu lurus bendul. Satu hari itu, hari bekerja tetapi aku ambil cuti. Saja-saja cuti sorang-sorang. Aku lepak sorang-sorang di Subang Parade, tak jauh dari rumah sewa. Aku berbaju kemeja kain kasar lipat lengan dan memakai seluar jeans biru. Baju dilepas keluar. Aku tak masukkan baju ke dalam seluar. Rimas. Bukan sifat aku.


Dari satu tingkat, aku naik ke satu tingkat lagi sambil jalan perlahan-lahan dan berlagak macho. Oleh kerana aku lelaki, aku tak buat window shopping di kedai-kedai kain-baju atau alat-solek wanita. Aku tak buat semua itu. Subang Parade ketika itu bukan sesak seperti hujung minggu lepas. Lebih-lebih lagi pada hari bekerja.


Ketika berjalan-jalan itu, aku terperasankan satu lelaki berbangsa Cina yang lebih tua daripada aku. Aku rasa dia dalam lingkungan umur akhir 30-an. Tingginya lebih kurang separas bahu atau leher aku. Asyik memerhatikan aku dan mengekori aku dari satu tingkat ke satu tingkat. Mula-mula aku biarkan tetapi oleh kerana tak selesa, aku berhenti dan aku birkan dia menghampiri aku. Ketika itu kami dah berada ditingkat paling atas dan tak ada orang lain di situ.


Dia tegur aku. Aku balas balik. Aku tanya dia, dia 'salesman' ke? Sebab asyik ikut aku macam nak jual 'something'. Dia pun ada pegang satu fail plastik. Dia kata, dia jual 'lagi special'. Aku hairan. Aku tak faham.

Ketika itulah dia kata dia tertarik kepada aku dan ingin 'berbuat' sesuatu dengan aku. Aku cakap, 'not interested' dengan lelaki. Aku kata aku 'interested' dengan perempuan. Dia terus memujuk aku. Dia tanya aku, aku pernah cuba dengan lelaki? Aku kata tak pernah dan tak sanggup. Dia kata, dia boleh 'layan' aku lebih baik daripada perempuan sebab 'hanya lelaki yang tahu apa yang lelaki mahu'...

'I can s-uck better than women..' katanya tanpa segan silu.

Aku hanya tersenyum dan terus-terusan menolak walau ada terdetik bagaimanalah agaknya kalau di**** oleh si dia ni. Selepas 30 minit dia 'mengurat' aku, akhirnya aku tinggalkan dia dengan kata-kata ' No, thanks. Aku masih berminat dengan perempuan'.


Dalam perjalan turun itu, aku terfikir. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki yang ada di situ, aku juga yang terpilih? Aku abadikan kisah ini dalam salah satu puisi aku yang tak sanggup aku kongsikan.





.

10 comments:

tasekM said...

ni nak kabor dia macho le nih....





peace!

:p



.

baincardin said...

Jom layan 'Part 4' plak. ngeeee....^_^

Aku said...

TM,
Macho dan jari runcing.. hahaha

baincardin,
Jom...

kucingorengemok said...

30 minit? lama tu membiarkan diri diurat! kah kah :)

Aku said...

KOG,
Takpe, dia yang berusaha bukan aku. Dia yang penat...

Anonymous said...

paman.

awatnya jadi smpi lagu tu..haritu igt2 balik ada pakai lipstik tak?haha

Aku said...

Pojie,
Dia yg pakai kut...

ckLah@xiiinam said...

Nak kata kau jambu.......




Atau kau macho ni!


:D

ashley said...

Err..macamana le gamaknya brader tu punya feeling kalau nengok kamu sekarang...kan?

Aku said...

Cklah,
Dulu dan sekarang dah berlain, cikgu...

Ashley,
Dia lari kut... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com