Saturday, February 26, 2011

Jengkaut bergesel jengkaut....

.
Melaka Maju, Merlimau Maju


Jaapor bangga bila baca kain rentang yang diikatkan pada pokok kelapa dan pokok mempelam air. Di bawah kain rentang itu ialah jalan bertar kecil yang biasa dilaluinya. Dia pelik. Dulu jalan bertar tu sempit. Selebar kereta kancil, nak berselisih pun macam tak lepas. Kena undur masuk laman orang.

" Betul ke ini jalan masuk kampung kite ? "
" Eh, betul lee... " Jidin menepuk-nepuk bahu Jaapor.

" Apa pasal aku tengok lebau benau...?"
" Dia orang dah tebas semak. Habis semua ulau melompat keluau...lebau le jadinye"


Jaapor bangga bila jalan bertar sempitnya jadi lebau!
Dia bangga bila lampu jalan tersangkut setiap tiang letrik, hatta kalau boleh, atas pucuk kelapa sekalipun.

Dia bangga bila ramai orang tekan hon kereta sambil angkat tangan, walau entah siapa-siapa. Tak kenal pun. Orang luau, kata Jidin.

Jaapor juga bangga, sebulan ini pekan kecilnya meriah dengan entah siapa-siapa. Helikopter berlegar sana-sini. Projek itu, projek ini. Korek sana, kambus sini.


" sampaikan buldoza dengan buldoza pun boleh eksiden..."  kata Jidin.


Punya le sibuk sebulan ni...





.

4 comments:

hairul392 said...

Maklumlah nak mengundi ni... hehe..

AZANI said...

salam zam

ngundi kat merlimau tak?

tasekM said...

makanya.
agak2 jalan kampung dah teruk tak repair2.
pergi la racun YB yg berkenaan.
tak lama lepas tu.
dapat la jalan baru...




.

Aku said...

hairul,
aku tak ngundi...

Azani,
aku orang perak... dan aku tak daftar pun... malas... hahahah

TM,
memang dia orang tengah 'tutuh' giler-giler tu... terfikir gak, mana datang nye duit byk2 tu? kalau mmg dah ada peruntukkan, pesal apa nak disekat-sekat sampai tunggu orang dah meninggal baru nak buat semua tu? ish...ish...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com