Friday, April 8, 2011

Yogurt buatan sendiri, cita rasa sendiri, bibir sendiri, lidah.. tekak

.


Demi menjaga perut agar kekal 'slim and slender', aku selalu beli minuman berasaskan yogurt. Perisa macam-macam. Harganya pun bermacam-macam. Maka timbul satu idea. Apa kata buat sendiri. Boleh pilih perisa apa yang dimahukan.



Lalu, aku beli 'natural yogurt'. Aku beli buah-buah apa yang aku nak. Pisang, misalnya.



Sekadar gambar hiasan





Kalau nak yogurt pekat:

Aku masukkan beberapa sudu besar 'natural yogurt' ke dalam botol 'shaker'.
Aku masukkan sesudu kecil gula.
Aku masukkan hirisan pisang, atau hirisan epal, atau buah-buah lain.
Kalau aku malas, aku masukkan jus buah-buahan.
Nak kasi 'kaw' aku masukkan beberapa titis lemon.
Aku masukkan sedikit garam untuk lawan rasa masam.
Aku masukkan beberapa ketul kiub ais.
Kemudian, aku panjat basikal senaman-kayuh-tak-gerak
Aku kayuh basikal tu sambil goncang botol 'shaker' sampai sebati.
(ok.. aku tipu, aku malas nak panjat basikal ...)
Terus minum.



Kalau nak minuman 'yogurt':

Sama seperti di atas cuma letak 3 sudu 'natural yogurt' je.
Dan aku masukkan 1/2 cawan air.
Kiub ais memang perlu untuk bantu sebatikan segalanya.
Terus minum.



Jimat. Baik buat sendiri. Sambil-sambil itu boleh kocak lemak-lemak di bawah lengan.




Oh, ya. Kalau nak kultur hidup itu banyak, sebelum minum biarkan di dalam peti sejuk dalam 30 minit. Kasi kultur tu membiak.


Ada siapa yang berani, boleh guna durian...





.

6 comments:

Fadhilah Maarif said...

durian lagi.....emmmm..

Aku said...

FadhilahM,
Citarasa malaysia...

AZANI said...

salam zam
kalau mix dgn air karbonat tak sedapkan?
tapi coke campur susu..aku dah try...

tasekM said...

aku nk cuba perisa jintan manis lah!




.

sord87 said...

Wow!@kat mana ada jual yogurt asli tu?pasaraya?

Aku said...

Azani
aku pun pernah try coke cmapur susu... memang orait. yogurt campur oren bodoh aku rasa jadi berketulketul kt


TM,
bulih. ko kena guna yogurt panas...


Sord,
Ada kat pasaraya... ada 2-3 jenama. pilih jer....



.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com