.
Sejak petang semalam, kepala gua punya la sakit. Gua ingat nak kena selsema. Gua pun belek-belek gua punya 'gua'... tersumbat.
Malam tadi, gua tidur senget kanan.... lobang hidung kiri terbuka, yang kanan tertutup.
gua pusing senget kiri... lobang hidung kanan terbuka, yang kiri tertutup.
gua terlentang... dua dua lobang tertutup.
Jadi, gua syak kalau gua meniarap sembam muka, pasti dua -dua lobang hidup terbuka.
Silap.... gua lemas sebab lobang hidung tertutup dengan bantal kekabu import dari mak mertua gua.
Pagi ni, gua singgah klinik jumpa doktor yang biasa-biasa gua jumpa nak mengadu. Dia kata sinus.
Gua kata kepala sakit, dahi macam nak meletop, tulang hidung bengkak, mata macam nak terjojol keluar. Okey, memang gua exejeret kat doktor tu.
Tup-tup, dia pun buat surprise kat gua. Dia paksa gua masuk spital buat x-ray. Gua kata gua sebok seminggu ni.
Dia tak kasi chan, dia bagi surat rujukan, dia paksa gua pergi hari selasa buat x-ray. Dia nak tengok keputusan x-ray.
Hmm... malam ni, gua rasa nak tidor menongging... tengok lubang apa pulak yang terbuka...
.
12 comments:
cuba tidur gini plak.
lu tidur telentang macam biasa tapi kepala kasi dongak sikit macam orang buat CPR tu.
tau tak buat CPR cemana...?
hah! macam tu la...
silalah cuba ye.
gua ni mmg dh sinus seumur hidup..
.
Sekarang ni sensitif sikit bab2 sakit ni.. Kena check betul2 takut ada sakit yg serius..
Moga kau cepat sembuh.. Bini aku pun dah mula selsema pagi tadi..
try jangan menggoreng, no to sambal, no to ikan masin,no to lada serbok.
...kesiannya dieee....
Moga baik2 sahaja. Harap tak serius.
TM,
Gua boleh cuba tapi gua tak jamin kekal posisi tu sampai pagi. Gua syak, 5 minit dah berubah...
M.Attholib,
Esok kalau tak jalan gak aku masuk spital...
Azani,
Alamak... semalam gua makan bihun taruk lada sulah banyak... mungkin itu kut..
Cklah,
..ehek..ehek.... atit ni...
Waterlily,
Amin... harap-harap pun gitulah jua. Malas nak masuk spital...
cuba ekau tido tegak je. mesti hingus tu meleleh.
ko try tidur bediri bang.
insyaallah tak tidur.
membantu tak, tips aku nih?
Kalau ko tak tido langsung pun ok....
Hehe.
Ko janganla masuk spital weh, jangan niaya aku...huhu
kenapa bkd?
apa yang zam aniayakan tu?
moshkel?
Salam azani,
Niaya bab keje...hehe
kakpah,
Tidor tegak air liur la yg meleleh kak...
Ros,
baik tak yah tido... buat blog misalnya...
b.kedondong,
aku cuba... aku cuba... ish isk..
Azani,
Doa org teraniaya...
b.kedondong,
ko standby je la...
Post a Comment