Tuesday, June 21, 2011

Jom shopping topeng..! Jualan murah........ (updated tapi awas! 18SX)

.
Bab 1






Hari ini, juga beberapa hari terpilih sebelum ini, gincu dan bedak bukan dikenakan pada muka-muka berkulit sawo matang tapi pada topeng-topeng kulit lembu dan kayu. Cantik. Ghairah nafsu melekat melekit-lekit. Oh..! Jelingannya saja sudah mampu membakar ego sang lelaki yang memandangnya.



Ada topeng anjal yang dilekapkan pada dada-dada, topeng-topeng yang lutsinar warnanya, membuai-buai, menggamit mata-mata agar menoleh pada celahan, pada rekahan, pada belahan.Topeng anjal yang lebih kerap ditanggalkan di bilik-bilik hotel atau mesyuarat, bukan di rumah kerana di rumah, topeng kepalsuan menjadi menu utama di meja makan.



Sayangnya, semua itu ditanggalkan di pintu pagar, dibiarkan bersama-sama sampah yang menunggu anjing-anjing datang mengobek, merobek. Masuk ke rumah, wajah sawo matang yang sama seperti 20 tahun dulu, itulah dia.





Bab 2 - Topeng aku





 


Jom kita shoping topeng.


Ada jualan murah untuk golongan murahan seperti aku. Aku ini sosej berbalut sos hipokrit, di makan dengan cara diapit roti lonjong bersama-sama sos berperisa gampang. Aku tak ada perisa tambahan, tak perlu penaik syahwat. Jika aku bisa menaikkan syahwatmu, terimalah. Jika aku pembunuh syahwatmu, buangkan ke longkang kerana aku mungkin boleh menjadi habuan tikus-tikus besar bermata merah dan biru.


Jangan lupa. Ada diantara kita yang mempunyai seribu satu dosa. Warna-warna dosa yang biru, hijau, merah... segala; ada terlukis di sebalik topeng muka.


Topeng-topeng yang siangnya berwajah ria tetapi malamnya berwajah duka. Topeng-topeng yang duduk dan mengesot di pasar-pasar malam yang berwajah miskin tetapi berwajah kaya di KL Sentral. Topeng-topeng dengan mimik muka penuh kasih sayang apabila berjumpa dengan si dia tetapi pudar mukanya bila membuka tudung isteri sendiri.


Atau isteri yang melihat topeng Aaron di wajah suaminya ketika dia membuka kancing bra, melembabkan bibir? Atau suami yang melihat topeng Rozita di wajah isterinya ketika dia melorotkan zip seluarnya, mencampakkan seluar dalamnya?



Topeng-topeng itu hidup. Mereka punyai kehidupan yang kita cipta. Perlukah aku buang atau aku biarkan sahaja kerana bertopeng atau tak, wajah aku tetap gampang.




Wajah anda bagaimana pula?
Sila pakai topeng jika tak sanggup melihat wajah anda di cermin.








(updated)
.

17 comments:

NM02 said...

muker ai dah comel, tak perlu topeng. akikikiki....

tasekM said...

alaaaaa... tak mao la beli topeng...



.

Cikgooden said...

aku sekarang amat memerlukan topeng...aduuu..

Aku said...

NM02,
serupa kita gak... baik/buruk itulah kita...



TM,
alaaa..... pakailah topeng, saja mencipta kelainan suasana... hahahaa



cikgooden,
topeng yang ada tisu paper ker..?
sabarlah bro... yang dah tinggi, biarlah tinggi. ada gunanya nanti... hahaha

ashley said...

Ini versi Melayu cerita the MASK ke?
.
.
.
hehe

Aku said...

ashley,
orang melayu pun ramai pakai mask gak kak... hahaha..

ashley said...

...bukan apa..aku tertarik dengan ayat nih..

"Topeng-topeng dengan mimik muka penuh kasih sayang apabila berjumpa dengan si dia tetapi pudar mukanya bila membuka tudung isteri sendiri."

.
.
.
waduhhhhh...macam sketsa drama Melayu sensasi.

ashley said...

BTW,
gambar AMOI mungkin KOREAN mungkin JAPANESE GIRL kat atas tu, kamu tangkap sendiri ke?

Cikgooden said...

ashley:..itu gambar aaaaa, semasa dia memakai topeng jugak..ahhahaha

Aku said...

AShley,
suka ayat tu ek? itu realiti kut.. hahaha

Pasal gambar tu, takkan lah aku tangkap sendiri... hik hik hik..




Cikgooden,
HAHAHAHAAHA...... itu gambar aaaa, gambar gua pakai topeng....betul tu... hahaaha

Aku said...

Cikgooden,
Azman email kat aku tadi dia kata dah dapat buku tu. Hang check tengok esok camna...

tasekM said...

Jika aku pembunuh syahwatmu, buangkan ke longkang.... <--- ada org komplen ke ni bang...?

hiks.


:p


.

Sang Kelembai said...

TM,
abis tu, ada yang kata muka aku muka longkang... hahaha

tasekM said...

kantoi.
jawab komen guna id kelembai.

hehehe...



.

Aku said...

TM,
saja je tu.... iklan .. har har har

ibundo said...

Ada orang pakai topeng yang lebih buruk dari wajah sendiri..

Aku said...

Kakpah,
itu kumpulan rock.. yeah rock!!!
hehehee.......

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com