Saturday, June 18, 2011

Makan shashimi sambil goyang-goyang....

.


Ini satu percubaan untuk mengepilkan klip video. Aku tak pernah buat sebelum ini.




video




Klip video ni aku ambil masa makan malam di sebuah restoran bersebelahan dengan pelabuhan pendaratan hasil laut kedua terbesar di Jepun.



Kawan aku cabar suruh aku rasa semua jenis ikan-ikan dan hasil laut yang ada di depan kaunter kaca itu... termasuklah telur ikan mentah, udang mentah dan landak laut yang kelat, pahit, masin.. ye-yeekk..!



Tapi aku telan juga...


Aku suka ikan tuna yang merah tu, manis dagingnya. Cicah dengan kicap dan semestinya... wasabi. Makan terus tanpa nasi kepal. Ikan mentah gaya gitu dipanggil shashimi kut.


Aku juga hirup miso soup yang ada kepah di dalamnya. Sampai sekarang aku suka sup tu. Aku harap dia tak rebus dengan kaki babi sudahlah. Orang tu kata semuanya hasil laut, tak ada binatang yang berjalan di darat.



Dah kenyang, aku jalan-jalan ke kota rayanya yang banyak lampu neon.. banyak sangat.









Sambil-sambil itu, aku raba-raba gigi taring aku. Mana tau tetiba tumbuh panjang. Ye la... dah makan ikan mentah. Takut jadi pontianak pulak....









.

20 comments:

tasekM said...

lama ko dok jepun?


.

Aku said...

TM,
tak... sekejap-sekejap pegi, sekejap-sekejap pegi...

Cikgooden said...

ni ko kat jepun ke kat mesia ?..

Aku said...

cikgooden,
masa tu kat jepun... ada hal kerja.

SHIMI said...

bro,
soklan aku lain sikit je dr tas

ko ada kenal ke awek jepang..?
asik sekejap-sekejap pegi je

hahahaha

Cikgooden said...

zam....aku nak beli buku hang...camna cara?..

Aku said...

Shimi,
... aku pegi sana bila aku teringatkan shu-shi... hahaha



cikgooden,
Bak mai alamat pos hang... aku nak pos esok gak ni, kalau pejabat pos bukak...

bulih email alamat tu kat: nizam.ariff@yahoo.com

Hang punya tu yang last copy... lepaih ni tak ada dah... rezeki hang tu. hahaha..

Cikgooden said...

zam:..sah laaaa.esok ahad..mana bukak pej pos...

aku dah email alamat aku..

Aku said...

cikgooden,
kat giant / tesco bukak.. tapi pos ekspress isnin baru tak jalan.

ok... nanti gua pos.

Hasri bin Hasfa said...

tetiba jeh jepun ada kaitannya... mgkn toknenek kita dulu org jepun kot... apa2 hal wa minat gila shashimi dan kekadang rasa macam kucing pulak - sbb makan ikan mentah2...

AZANI said...

sop yang ada kaki dipanggil ramen kalau tak silap..ke ramen tu namaa masakan mee...nthla dah lama aku tak ke sana...

hani@debumelukut said...

Best tak gi jepun? Salah satu negeri yg saya mimpi nak kunjungi...

Aku said...

Sepa,
kalau suka sup tulang >>> hanjeng.

aku pun suka shashimi giler2, biarlah org nak kata aku kuceng pun tak pa.. sebab KOG pun kuceng gak... hahaha



Azani,
Ramen tu kalau tak silap adalah mee. Kuah dia yang berjenis dan ada kaki tu... sama macam Ba kut teh kat sini... tak semestinya ada Ba tapi selalunya memang ada...




Hani@debumelukut,
ikut musim gak kak. kalau tak kena gayanya, menyampah pun ada.. musim sejuk dan musim gempa bumi, misalnya... seksa woo... tapi lebih selesa daripada kebanyakkan negara sebab selamat, makanan seafood banyak kalau payah nak makan daging.. cuma bahasa jer yg kureng...

Hasri bin Hasfa said...

Dino,
sup tulang >>> hanjeng tuh dari tulang2 ikan ke?... atau tulang2 lembu...?
nanti, kalau aku jumpa benda tuh dlm menu restoren jepun boleh la try... tp, gaji bulan depan la kot - sbb rega petrol RON97 turun seposen je...

secangkir madu merah said...

dan dan je sampai ke negara matahari naik tu kau nak jadi pontianak pulak..

AZANI said...

salam hari bapa bro...dapat hadiah apa?

buah kedondong said...

Zam
Minggu ni jadi melantak sushi n sashimi?

Aku said...

Sepa,
Kat sana tak yah la makan shashimi tu. Bukan ke kat ada ada versi 'shashimi' yang jenis pakai isi ikan laut digaul dgn air limau dan bawang ? Aku tak pernah try la... ada kawan kata sedap, dia bawak yg sejuk beku dari tapi aku tak berani cuba sebab takut tak fresh...



SMM,
mana tak nyer.. kat sana banyak leher-leher jinjang yang menggamit taring aku ... hahaha


Azani,
Salam hari bapa gak untuk ko. Aku tak ada apa-apa... tak biasa ... tak de sambut-sambut ni... cuma mama doakan jer...



BK,
Aku dah sebat la Khamis lepas.. nak tunggu korang lambat. Lagi pun, gegurls boleh la keluar hari jumaat, boboy tak bleh.... nak solat.... ahaks!

ibundo said...

kalau aku makan mesti termuntah balik...

Aku said...

ibundo,
alaaa... anggap macam makan ulam je kak... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com