Saturday, June 18, 2011

Ayat dengan satu noktah...

.


Berbelas-belas tahun lalu, aku didatangi oleh Sepa yang ketika itu menawarkan dirinya menjadi editor kepada satu majalah edaran dalaman untuk kawan-kawan. Dia minta aku tulis sesuatu untuk majalah itu. Oleh kerana kami semua akan berpisah mencari hala tuju hidup masing-masing, aku rasa aku mahu menulis kata-kata yang berkaitan dengan hidup kami di situ dan perpisahan, juga harapan.


Aku telah katakan kepadanya yang aku akan cuba tulis satu tulisan yang ringkas. Ringkas yang macam mana? Seringkas satu ayat, satu ayat yang punyai hanya satu noktah. Dan aku berikan dia ini ...





KITA SAMA-SAMA MENTAH, rapuh dan terkinja-kinja di atas hamparan ini dengan mata-mata yang sebahagiannya terpejam dan tangan yang jarang diam melapah watikah Qaromah yang diantaranya adalah setitis tinta Tuhan dinukilkan istimewa bersama-sama asakkan gelora yang menjadi ombak menghempas kolek fikiran yang separuh nafas untuk melawan arus songsang zaman dan menongkah peradaban ilmu, juga payahnya kita berlagu dalam diam bergurindamkan syair asli derita lara cetera daripada waris kepada waris yang tak putus kepada kita yang semakin pasrah mengenali dan menerima erti perpisahan duniawi walau pun kita masih mampu tersenyum dalam tangis yang menghiris Qalbu perih dan pedih pada hal di bahagian yang sana belum dilalui ada sesuatu sedang berselindung bersama-sama kemarau yang tak tertakwimkan usia datang musimnya dan kita yang semakin jauh telah merasai peritnya sepanjang laluan hidup ini, dan begitu jadinya dalam genggaman tangan semakin longgar namun urat-urat kasih tetap bernafas kepayahan di dalam kita yang sedih sesuatu pasti terpaut dengan ikatan yang tak terbayangkan tetapi pasti ada kerana kita  yakin  ada.


[1.10.95]







Seperti yang aku janjikan, aku guna hanya satu noktah... !








.

11 comments:

sepa said...

Dino, ko masih simpan "Kaleidoskop" tuh lagi ka...?

pembetulan : bukan aku la yg menawarkan diri. tp Yun datang kat aku, katanya semua grup editornya letak jawatan sbb nak fokus final exam. sbb aku nih macam Ijat Kamin - bila pompuan mintak tolong, tak menolak... hehehe...

seingat aku, printpun guna ko punya dot printer... karya2 dlm tuh pun dimonopoli oleh ko, mun n mat jept... memori woi...

Cikgooden said...

semput nak baca, bang.

tasekM said...

sepa.
ni yg aku rasa nk mintak tolong nih..

hehe.

;)




.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Aku masih simpan..! hahaha...
hari tu aku belek-belek balik terjumpa kata-kata keramat Mat Chut " at the end of solitaire journey, the game is no fun..."...
Ko dah buang ka majalah tu? ish...ish



Cikgooden,
Tu la.... aku semput gak nih... hahaha



TM,
jangan nak gatal...!
dia layan jantan je sekarang ni... HAHAHAHA



.

sepa said...

dino,
mat chut baru je abis main game solitaire masa dia tulis tuh... minat betul dia ngan game tuh, sampai bengkak mata...!

mem, final exam jugak ke...?

sepa said...

dino,
dah lapan kali aku pindah-randah... nanti le aku tgk kotak yg tak pernah bukak, mgkn masih ada kot... yg pasti manuskrip dah rabai...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ha ah... Tasek tgh final exam tu... dia budak sekolah lagi tu... hahaaha

ko kena cari sebab itu yang terakhir sebelum masing2 blah. hilang.. rugi wooo...

tasekM said...

sepa.
aku mana sekolah dah.
pepandai je dino nih...


pelik la aku panggil ko dino.

hehe.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
hahaha.... aku pun pelik gak ko panggil aku nama tu..

orang tertentu je bulih panggil nama tu. kalau orang lain aku tak toleh...

nama aku bertukar-tukar ikut musim. masa kecik nama lain, bila sekolah menengah nama lain, masa mengawan nama pun lain..

sekarang ni nama pun dah tukar-tukar..kejap nizam.ariff, kejap ayu jannah, kejap malim, kejap juliet... ikut mana yang muncul.

aku nih ada masalah split personality ke? ... ish!!!

aza ni said...

ingat tak dulu ada huruh kependekan yang terpanjangdi dunia,,,,,kependekakan syarikat melayu ....

Nizam.Ariff said...

Azani,
hah? ada ker... aku tak pernah dengar lak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com