Ini bukan resin anggur hitam....! |
Sekali imbas, memang macam taik katak puru lepas makan 'laron' (kelkatu): ia hitam berkilat dan sebesar kuku jari kelingking berinai. Tapi, takkanlah ada yang kutip taik katak puru dan disimpan di dalam balang plastik? Nak menyantet?
Bukan. Itu adalah salah satu 'delicacy' dari Pahang. Bini si Dak Ai yang punya.
Katanya, itu jeruk belimbing besi. Kenapa hitam?
Katanya, belimbing besi itu disusun berlapis-lapis dengan garam laut yang kasar di dalam tin. Dimasukkan air kira-kira separuh tin kemudian dibakar/direbus beberapa jam sehingga kecut dan hitam. Aku syak, hitam itu adalah hasil tindak balas asid belimbing dan garam, kalaulah bukan asid belimbing dengan 'coating' dalaman tin itu sendiri.
Belimbing yang telah dijeruk boleh bertahan sehingga setahun. Ianya digunakan sebagai perencah dalam masakan. Contohnya, sambal tumis 'hitam'. Resepi lanjut, sila tanya bini Dak Ai. Aku tak tau. Resepi aku:- pesan kat bini dia " aku nak makan sambal hitam... "
Ni kira-kira macam 'pickles' la kut.
.
11 comments:
bila smp part belimbing besi, tgk gambo tuh balik, meleleh air liur.
Sepa,
ko pernah makan bende-bende macam ni ek...
orang kata belimbing tak elok untuk buah pinggang.
reverse osmosis kot. sbb masam sgt.
tasek merah makan durian reverse osmosis...!
Sepa,
dia makan durian masam ke?
hahaha
aku rasa ada kimia yang boleh mereputkan penapis dalam buah pinggang kut...
Tajuk sungguh tak senonoh..dan mengecikkan hati si pembuat delicacy tu...
tak patut TAU!!
haha
Ashley,
hahaha... dah camtu rupa gayanya...
banyak lg yanh aku tk jumpa...
Azani,
aku pun...
takpe, kita selak selembar demi selembar.
becoz the correct spelling for 'life' is J. O. U. R. N. E. Y.
apasal aku tak berkenan tengok gambar tu aaa?
rasa macam..
uuuu'uukkkkk...
orang kata.
sambal hitam ni mmg menendang.
aku tak pernah mkn...
.
Ros,
jangan dikira penampilan yang buruk... taste and aftertaste yang penting... hahahaa
TM,
aku pernah 2 -3 kali.
tu sebab aku mintak dia buat bila g rumah dia...
Post a Comment