Sunday, August 28, 2011

Snipet Raya # 4: Cerita di Hutan Gapis... Cerita 1

.
[ yang seperti dialami dan diceritakan oleh Dak Ai... ]


Ketika itu rezeki dia memang di sana, maka setiap hari dia akan lalu lalang di jalan itu dengan bermotosikal 135cc warna merah putih kebanggaannya. Kalau diikutkan hatinya, mau saja dia lalu ikut lain, ikut Jasin misalnya, tetapi oleh kerana kerjayanya berkembang di kawasan pekan sana, laluan durian tuggal dan selandar terpaksa ditempuhi. Itu tak mengapa kerana di kanan kiri masih ada banyak rumah orang.


Yang dia risaukan ialah jalan di sepanjang hutan simpan Gapis yang menghubungkan antara Selandar dan Nyalas. Kerap juga dia pulang waktu malam, sekitar jam 10pm ~ 11pm tetapi waktu-waktu begitu hampir tak ada kenderaan lain yang lalu di situ.


Kerap sekali dia ditemani unggas malam yang terbang dari tanah ke udara atau dari pokok ke pokok. Namun hati anak muda itu memang cekal. Demi rezeki yang halal, semua itu tak diendahkan, dianggap sebagai mainan duniawi.


Namun pada satu malam itu, risaunya memang lain macam. Dengung enjin motorsikal 2 lejang tak mampu mengubat rasa gundah dan serabainya. Ketika lalu di selekoh tajam yang menandakan sempadan Hutan Gapis  , hatinya tak keruan. Sejuk menjalar sampai ke hujung tumit (kenapa tumit? suka hati aku la, cerita aku). Bulan hanya terang separuh, bintang bersinar tapi jauh-jauh. Walau ada bulan dan bintang, cahayanya gagal menembusi daun-daun pokok besar yang bertaup diantara kanan dan kiri jalan. Bila dia masuk di kawasan Hutan Gapis, hanya lampu 12V dari motorsikalnya yang menyuluh jalan.


Jalan berliku-liku. Kalau diturutkan hatinya, mahu juga dia pecut laju-laju kerana malam itu malam Jumaat yang keramat. Tapi tak boleh kerana selain jalan yang berliku dan naik-turun bukit, jalan juga basah dan licin kerana embun atau air tanah yang merembes keluar dari tebing bukit.


Setiap selekoh yang dilalui, lampu motorsikalnya kerap kesasar keluar dari laluan jalan kerana cahaya bergerak lurus. Ia tak belok-belok.


Beberapa selekoh di lalui, di salah satu selekoh itu, lampu motorsikalnya sempat menyuluh satu lembaga kelabu yang besar. Seekor gajah yang besar dengan telinganya sebesar talam atau tampi, sedang mengibas-ngibas. Belalainya panjang sampai mencecah tanah. Dia sempat mengelak. Walau pun hatinya berdebar-debar, dia amat bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku.



Setibanya di rumah, diceritakan segala-galanya kepada emak...


" sejak bila Hutan Gapis ada gajah liar...? Tak pernah dengar pun... " tanya emaknya kembali...


Serta-merta darahnya menyirap ke kepala.... adakah 'gajah' yang dilihatnya itu satu 'jelmaan' akibat kawasannya telah diceroboh? Satu persoalan yang sampai sekarang menjadi tanda tanya.








Nota: Hutan Gapis, walau pun nampak seperti hutan simpan yang besar sebenarnya disebalik pokok-pokok itu, banyak batu-batu telah dikuari. Hutan simpan itu telah dicemari.

12 comments:

AZANI said...

confirm gajah?

lailatul datang dalam bentuk apa ya?

cheqna said...

betul ke gajah tu???
uikss misteri nih..

Aku said...

Azani,
tu bukan dalam pose..



Cheqna,
mana ada gajah kat hutan tu....

ada le makhluk mana yg tumpang muka gajah tu...

tasekM said...

ko buta gak n3 ni smlm eh...
bagus la ko bang.

:p

gajah?
ok.
tak pe lagi.
aku takut pesen terbang2 mata merah rambut panjang...




.

tasekM said...

buta?
haha.

buat la...

pebenda jari nih..



.

Aku said...

TM,
weh..... tu bukan gajah la..

itu 'g-a-j-a-h'... eeeuuoooo!!!!

Berani la lalu kawasan tu lagi...

ada satu lagi cerita.. jenis yang terbang mengekor dari belakang...

sepa said...

dino,
masa aku kat kerdau dulu. catchment adalah 2km dr belakang kilang. catchment tuh besar, mau ada 20 ekar. kat tebing hujung sana catchment ada satu bukit, yang menurut orang tempatan tak boleh dibuka. jadi dibiar kosong. bila hantar jeh jentera2. enjin mati. dan masih tertegak bukit tuh dikelilingi estet sawit.
yang paling drama, satu malam aku ngan foreman shahbudin ke catchment. dlm jam 9mlm dia kata, ada orang pernah nampak bangkai lembu kompeni kena heret. oleh pak belang. bergegar gak jantung aku balik dari catchment dengan kapcai ketika jam tunjuk pukul 10mlm.

.

Aku said...

Sepa,
setahu akulah, borneo salah satu kepulauan yang TAK ADA HARIMAU..!

itu aku dapat tau dari NatGEO...

Biar betul ....

sepa said...

dino,

criter tuh kat kerdau, pahang.
kerdau letaknya antara mentakab dan jerantut.
kalau dari karak, kena lewat lanchang, pas tuh masuk mentakab. ambik simpang songsang hala ke jerantut. bila ko sampai ke signboard kg paya taram, tak berapa jauh ada simpang ke pekan kerdau, belah kiri. estet tuh terus ke dalam. bersempadan dengan hutan simpan. kalau ko rajin redah hutan simpan tuh boleh sampai ke genting highland.
malam2, bila langit cerah, cahaya neon dari genting highland resort boleh nampak dari kilang kerdau.

Aku said...

Sepa,
Ooooo.. aku ingat Kerdau tu dekat2 Bakun sinun.... hahaha

sepa said...

kerdau tuh lama punya criter thn2002-03. skrg ye, tak jauh dr bakun. hehehe...

Aku said...

Sepa,
oo... konpius.. ko sekarnag dah balik la nih....

tak de cerita2 aneh ke bila gunung nak tenggelam nih?

misalnya: ada pulau tak nak tenggelam...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com