Tuesday, September 20, 2011

Ini tentang gergasi Gergadoyle....

.


Cerita tentang si ketam cilik membuat kubu pasir sebenarnya bercerita tentang isu Palestine dan Amerika.



imej: topnews



Palestine, melalui pemimpin kerajaannya, mahukan kebebasan. Mahukan Palestine yang merdeka. Lobi-melobi giat dilakukan tapi Amerika dah awal-awal bagi amaran akan gunakan kuasa veto untuk menolak Palestine merdeka.


Sekali imbas, kita akan dapat lihat wajah sebenar negara-negara dunia ini. Sokong atau tak.


Tapi, ada isu sebalik itu.



Kalaulah Palestine telah merdeka, bermakna Palestine akan berpuas hati dengan jumlah luas tanah dan sempadan negara yang sedia ada. Dengan kata lain, objektif asal perjuangan Palestine untuk mendapatkan semula negara Palestine yang utuh seperti asal akan berakhir. Perjuangan mereka pun berakhir.


Dan Israel akan berjaya mendapatkan tanah Palestine secara percuma tanpa perlu berusaha meminta persetujuan dunia, kerana Palestine telah usahakan untuk mereka.


Dan mereka akan terus berperang di sempadan dan dunia payah nak masuk campur kerana itu perperangan antara dua negara. Tiada lagi tuduhan Genocide atau Hak Asasi ke atas Israel.

Dan alasan Israel yang mengatakan tanah Palestine adalah 'promised land' yang ingin dituntut sejak zaman '40 tahun terbuang di padang pasir' akan terlaksana...


Dan Kiamat pun semakin menampakkan wajahnya ....


Dan sekarang, patutkah Amerika dianggap hero dunia kerana cuba menghalang ?




.

11 comments:

tasekM said...

isu gergadol ni ada 2 maksud tersirat, kan...?

cerita bab satu lagi tu pulak.

hiks.



.

AZANI said...

kenapa pandangan kau luas, aku sempit, ron,,

aku cuma nampak sepit ketam menyepit baulu ikan.....

Aku said...

TM,
tak yah la cerita... biar jadi misteri yang dicari-cari. Kalau aku nak bagi tau terus terang, aku tulis entry straight forward je la... hehehe



Azani,
ko tak abis lagi dengan bahulu ke? Tersepit karangggg.. aku tak taw.
aku tumpang gelak je.. kakaka.

AZANI said...

ni aku tengah cuba , tapi magnetic tul.

L said...

hurrrmm,, ak cube memahami..

dah sembahyang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

wos said...

emememeeememmeemmmm...

keliru..
keliruu...

Aku said...

Azani,
macam tajuk album Metallica jer... hahaha


L,
jom cari maklumat...
jom cuba selami apa hasrat sebenar puak yang menentang,
jom solat.



Ros,
keriru... keriru....
ko sebut 7 kali, dengan aku sekali jadi keriru nanti...

♥ manje ♥ said...

dan siapa sebenarnya yang menggelar amerika itu hero? melainkan mereka dan konco2 mereka sendiri... um

moga ALLAH membantu Palestin ~

Aku said...

Manje,
bila tengok dari sudut yang lebih besar, tidakkah bumi Palaestine itu adalah salah satu musabab untuk kiamat berlaku? Akhir zaman nanti banyak perkara berlaku di situ. DAn akhir zaman itu adalah sekarang. Mungkin ada satu pihak yang cuba menangguh musabab itu?

sepa said...

budak tuh semangat betulla... cacak bendera di runtuhan bangunan.

Aku said...

Sepa,
dia beraksi depan kamera jer kut... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com