Friday, September 9, 2011

Play dumb or play smart ?

.


Ini situasinya. Aku dapat rasakan minggu depan aku perlu berdepan dengan segugus manusia yang akan mempertikaikan apa yang telah aku buat. Segugus manusia yang memegang teguh atas kepercayaan bahawa 'no bending rules is allowed'


Ok. Aku perlukan strategi. Bottom line, aku perlu teruskan dan bereskan segalanya.



Aku boleh menjadi seorang yang pintar (playing smart).




Aku boleh kaji terma-terma dan prosedur dengan harapan aku dapat jumpa 'lubang' kelemahannya. Aku juga boleh dapatkan maklumat dari pihak ketiga tentang 'precedent' yang pernah berlaku dan apa penyelesaiannya.

Aku juga mungkin boleh bayangkan apa isi-isi hujah mereka dan aku cari hujah balas, dan mungkin aku terpaksa memanggil beberapa kepala manusia lagi untuk menolong.


Mencari atau memindahkan kesalahan kepada orang lain sungguh bukan aku (so not me).


Atau...


Aku boleh menjadi seorang yang dungu (playing dumb). 




 Di depan mereka itu, aku seorang yang tak tahu tentang polisi, prosedur yang telah aku langgar dan apa-apa akibat darinya. Yang aku cuba dapatkan dari mereka ialah apakah yang perlu dilakukan untuk selesaikannya (moving forward plan).

Aku boleh biarkan mereka membebel tetapi sebaik mereka berhenti sebentar untuk mengambil nafas, aku cuma perlu tanya, ' so...? what shall I do next ?'. Ulang dan ulang.


Biarkan mereka penat sedangkan aku tak perlu buat apa-apa persedian kecuali kekuatan emosi dan mental. Kekuatan untuk membiarkan ego aku dilapah-lapah dan menahan diri dari menyumpah seranah mereka semula atau dengan kata lain, perlu banyak bersabar.





Kalaulah aku boleh buka peti undi kepada kamu semua, aku minta kamu semua tolong aku pilih strategi yang mana satu patut aku ambil. Tolongin aku deh...!





(Nota: jangan pula ada yang komen, ' u should play dumb becoz u're already dumb ', aku seligi karang... ).



.

16 comments:

tasekM said...

aku kira begini.
segala persiapan untuk bermain secara pintar ko perlu siapkan.
segala2 yg ko sebut tu lah.
kaji terma dan prosedur.
cari lubang kelemahan.
isi hujah yg bakal ko dengari.
hujah balas.
juga.
simpan idea dr mereka yg dirasakan mampu membantu.
juga solusi ttgnya.

kemudian.
apabila tiba masa dihentam oleh manusia2 itu.
buat2 dungu.

minta mereka selesaikan.
minta beri cadangan.

kemudian.
bandingkan dengan segala persediaan yg telah kamu buat.

jika perlu.
utarakan.
beri cadangan balas.

dan kala itu.
ko akan tahu.
mereka bijak.
atau ko lebih bijak.




.

Aku said...

TM,
Dia mesti marah aku sebab buat tak ikut prosedur... tapi sebenarnya, kalau ikut prosedur, aku gak yang kena buat... huhuhuhu.

buah kedondong said...

mak aih...
tas punye komen betul-betul membina la.

aku punya komen...
play dumb...
pastu baru play smart...

:)

Aku said...

BK,
kalau baca betul2 TM punya komen pun macam tu gak... play dumb. less energy required. tu sebab patrick tu tembam kut.

play dumb = play patrick.

jeb said...

gua rasa taktik kedua lebih bagus..ini taktik yang diamalkan oleh tsun zu dalam perang..

tsun zu akan mengacah pihak lawan agar melakukan serangan dulu..tarik pihak lawan masuk ke dalam teritori dia..dia hanya perlu menunggu..pihak lawan akan kehilangan tenaga kerana perjalanan yang jauh..

seterusnya, tsun zu dengan mudah menewaskan askar pihak lawan yang kepenatan..

lu patut cari buku tsun zu: the art of war untuk menambahkan lagi strategi peperangan..

Aku said...

Jeb,
termasuk lu, dah 3 org pilih play dumb ni. Thanks.
aku ada baca buku tu dulu tapi tak hafal.

secangkir madu merah said...

u should play dumb becoz u're already dumb....

buah kedondong said...

play dumb = play patrick

play patrick = play trick!

Aku said...

SMM,
Akakkk...... !

Aku said...

BK,
apsal semua pakat pilih play dumb nih?

AZANI said...

result zam result
capai tak desired result?
kalau sini kena buat sampai boleh...

Aku said...

Azani,
keje dah siap dah pun.. dah delivered...
ni kisah tak ikut salah satu prosedur... internal audit macam tak lepas je nih...

sepa said...

aku cadangkan cam neh:

ko beli;
1 kilo anggur. bagi kat dia.
1 batang pen shaeffer fountain. bagi kat dia.
1 keping iPad2. pun bagi kat dia.

(rasuahkan dia...! mewahkan dia...!)

kawan aku pernah kata;
kalau orang dah sided kita. hatta, masa makan - sepinggan kari tertumpah kat diapun, dia hanya tersenyum. sikit je.
kalau orang not on ur side. ko pegang sudu senget sikitpun dia maki hamun. lu tolol.

nak buat ape play smart. play dumb nih. play with the game.

sori dino. saja komen panjang2. nak celen TM. sbb TM biasanya komen 1 titik atau seperkataan jeh. tetiba dia komen panjang2. aku ikut je la...

'satu lagi, azam aka lebai (sebelah bilik ko dulu) pernah kata: di hadapan musuh, tampilkan kelemahan ko sebagai kekuatan dan kekuatan sebagai kelemahan. pabila dia nak serang - biasanya kelemahan ko, sebenarnya dia serang kekuatan ko. lebai kata lagi, dia baca dari buku sun tzu tuh le jugak.

apa la aku merepek nih. sori arr
:)

tasekM said...

dah pandai nk bergaduh dgn aku juga sepa nih...

:p




.

sepa said...

hai TM, tumpang lalu...
:)

Aku said...

Sepa,
Dia orang tu pun kawan-kawan aku gak. Selalu lunch, merokok sama-sama. Sebab kawan-kawan tu la yang berdesing telinga nanti sebab sengaja cari lubang nak kutuk aku perabih... kalau tak kenal, lebih professional..

Aku rasa dulu Lebai tu lebih khatam buku Art of War daripada thermodynamic II... hahaha




TM,
dia suku-sakat aku, mestilah gaduh-gaduh punya.. hahaha



Sepa,
ko jangan gentar dengan dia bro... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com