Thursday, September 8, 2011

Menanti tanggal 12 September.... debaran memoncah-moncah !

.






Menjalani kehidupan yang indah dan penuh dengan romans, juga berdepan dengan tetek-bengek yang bersifat agak duniawi; tanggal 12 Sept setiap tahun adalah sesuatu yang membuatkan aku dan kami tersenyuummmmmm...



Satu waktu dulu, tanggal keramat itu bersamaan dengan pelancaran sukom. Malam itu, acara sukom sungguh meriah dengan ucapan, potong-potong riben dan pertunjukkan bunga api. Sungguh cantik bunga-bunga api yang meluncur terang ke udara yang kemudiannya meletup, pecah berderai dan semestinya disambut dengan sorak-sorai. Sungguh simbolik. Mereka yang menikmati pertunjukkan bunga api itu pasti merasa puas.



Beberapa ratus kilometer dari situ, ada bunga api melunsur laju ke sempadan langit sebelum meletup dan menghamburkan percikan-percikan yang berwarna-warni. Sungguh simbolik dan mereka yang menikmati kecantikan percikan bunga api itu pasti terkapar puas.







.

23 comments:

tasekM said...

aku sambut 30 september.
tapi.
manusia semacam aku...
segala2nya terasa biasa sahaja.

heh.



.

tasekM said...

beb.
aku dah tau dh cemana nk tukor nama tu...


.

tasekM said...

komen kedua tu aku tarik balik.
dah tukor tapi dia tak appear nama yg telah ditukor tu eh...?



.

Linda said...

20.05.2005
bersamaan 15 rejab 1426
sama dengan birthday aku dalam bulan islam

dulu aku target 20.08.2008, terawal plak...hehe

anyway, selamat ulang tahun yang ke xx

kucingorengemok said...

apa benda tas merepek? tolong balut dia dengan daun kelapa...

tasekM said...

kog,
abang ko tu la...
dia nk tukor nama ke nama artis.
tapi tak bleh.
aku plak yg semak kepala nk tolong dia.

haha.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku pun biasa-biasa sahaja.. cuma kenangan manis itu perlu dikongsikan dgn si dia selalu... agar sentiasa segar berdarah romans tu...

Itu la... nama Aeron tak keluar.. sedey nih. Nak glam pun payah... hahaha




BK,
jap ... jap...
ada dua tarikh tu.. satu 2005 satu lagi 2008.. mana satu nih? hahaha



KOG,
kalau nak balut dengan daun kelapa, mau 3 mayang diperlukan... tu pun nath cukup ke tak.. hahahaa

Nih, kami tgh nak belajar nak tukar nama kad pengenalan....

Nizam.Ariff said...

TM,
dah la tu... tak payah nak pening2.
kita ditakdirkan untuk hidup di belakang tabir jer...

Acik said...

terkapar puas ..
wow, hebad frasa ni! mesti cikgu BM ni! :)

Nizam.Ariff said...

Acik,
takde la... aku orang kilang jer... bukan cikgu... hahaha

sepa said...

ko masih nak guna nama Aeron N...! udah2 le tu...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
hahaha.....
takut nama glamer tu mengundang hal-hal duniawi...

Linda said...

ops ops ops...
aku silap tarikh!!!
tarikh sebenar 20.08.2005
aiyoo...mati aku kalau laki aku baca..huahuahua

Nizam.Ariff said...

BK,
Safwannn...!!!
Wife ko lupa tarikh...!
hahahaa.....

eh, nama laki ko Safwan?

Linda said...

safwan????????

suka-suka ati ko jer!!!

hampeh!
setelah mengulang baca entri ko adalah tersangat lucah!!!

(itupun lepas kena explain)

tak sangka otak aku sunggu suci bersih ari nih...

cis!

Nizam.Ariff said...

BK,
hehehehe.... masing2 suci jer arini... Acik jer yg dapat tangkap...

aza ni said...

salam ulangtahun zam

walau apa yang iulangtahunkan...perkahwinan, kelahiran, aku mngaku aku kelabu..lagi

secangkir madu merah said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 13 tahun... eh eh memandai mandai je.. betol ke 13 tahun? selamat menempuh ke gerbang seterusnya... semoga berbahagia hingga ke alam syurga...

Nizam.Ariff said...

Azani,
biarkanlah ianya terus menjadi .. misteriiiii... hahaha



SMM,
Amin. terima kasih atas doa itu.
Mari kita doakan juga kepada semua kapel-kapel termasuk akak....

aza ni said...

zam
setiap kali....toot...pastikan fire extinguisher berhampran...hi hi
selamat ulangtahun perkahwinan

Nizam.Ariff said...

Azani,
terima kasih.. nah, sekarang bukan lagi misteri... hahaha

hairul392 said...

dah tau dah..hehe

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
bila nak blanje kek? Suh Dak Su buat.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com