Monday, October 24, 2011

Antara scene yang aku tak ceritakan dalam mimpi jerangkung tu...

.

Ada beberapa scene yang aku tak tulis dalam entri mimpi jerangkung tu. Sebabnya? Aku tak mahu entri tu panjang melalut, nanti ada yang malas nak baca. Antara scene yang aku tak tulis:


Satu:

Semasa aku mula-mula masuk ke dalam bilik simpanan / bilik tidur 'pesakit' itu, aku terlihat ada seorang pekerja lelaki sedang bercakap-cakap dengan seorang 'pesakit'. Aku rasa lelaki itu sedang memberi arahan-arahan tertentu. Sementara itu di belakangnya ada seorang 'pesakit' lelaki yang lain sedang berjalan terheret-heret kakinya sambil tangannya dijulurkan ke depan seperti mahu mencekik pekerja lelaki itu.


Aku ternganga. Aku angkat tangan ke arah 'pesakit' yang seperti zombi di belakang pekerja lelaki itu dnegan harapan dia menoleh dan sedar yang dirinya dalam bahaya. Terlambat. 'pesakit' ala-ala zombi itu terus memegang tengkuk pekerja lelaki itu sambil mulutnya dingangakan dengan luas seolah-olah mahu membaham. Pekerja lelaki itu terkejut!

Belum sempat aku menjerit, 'pesakit'  ala-ala zombi itu ketawa, diikuti oleh pekerja lelaki itu. Aku hairan. Gadis yang menemani aku turut ketawa sambil terus menarik tangan aku. Ketika aku berselisih dengan 'pesakit' lelaki yang tadi seperti zombi itu, dia tersenyum sambil berkata:

"... apa? Kamu ingat aku ni zombi nak hisap darah ?... hahaha.." dia terus ketawa !



Dua:

Semasa aku memandang ke luar dinding kaca itu, ketika aku berhenti di koridor untuk melihat ribut pasir dan langit yang kelam, aku terlihat beberapa trak tentera dan di belakang trak-trak itu ada sebuah treler yang panjang berwarna putih. Apabila treler itu berhenti, aku terlihat ada beberapa manusia berpakaian serba putih menutupi seluruh tubuh, seperti pekerja makmal bio-hazard atau pekerja reaktor nuklear.


Tiga:

Semasa aku berjalan di koridor aku ada berselisih dengan beberapa 'pesakit' yang sedang rancak bersembang dengan pekerja-pekerja yang menemani mereka. Anehnya, para pekerja itu khusyuk mendengar celoteh 'pesakit' masing-masing sambil mencatatkan sesuatu di dalam buku nota.

Apa yang mereka bincangkan? Teori-teori sains yang aku sendiri tak faham, hal-hal falsafah dan politik. Apa yang tak ada? Para cendikiawan agama. Aku tak nampak mereka pun. Mungkin mereka tak mahu tubuh mereka dijadikan arkib milik negara.


Empat:

Mungkin pada zahirnya para 'pesakit' itu seperti mayat hidup atau lebih tepat sekali, seperti zombi. Sebenarnya tidak!

Mereka bersembang dan bersyarah, termasuk berhujah seperti professor-professor agung. Ada yang turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.

Maknanya, mereka itu memang dijadikan sumber rujukan malah masih mampu memberikan pendapat danhujah. Malah, aku rasa mereka juga mampu untuk teruskan kajian-kajian yang tertangguh apabila mereka mati dahulu.


Entahlah... aku pun naik pening.

kalaulah benda-benda ini benar-benar dilakukan di masa hadapan, aku tak tahu nak cakap apa-apa. Aku tak pasti sama ada ia menyalahi etika atau tidak. Perkara ini perlu didebatkan.






.

7 comments:

ckLah said...

Kata aruah embah ckLah, masa kita tidur roh kita keluar...dan kadang-kadang tempat yang roh kita pergi tu tergambar dlm mimpi.

Merata juga roh kau pergi Jam. Ini memang roh yang bijak ni...

Aku said...

cklah,
bangun pagi tu bantal aku basah dengan peluh...

itu mimpi kedua malam itu sebenarnya. ada mimpi yang pertama sebelum tu. mimpi pergi melawat ke kebuh kurma dan delima.. tapi di USA.. hahaha. Dan yg tak logiknya, kawasan kebun di USA tu sebenarnya macam di sebuah dusun di rumah jiran kampung aku.. cuma pemilik kebun tu adalah mat saleh USA... bayangkan mat saleh US pakai topi terendak...! hahaha...

tasekM said...

baca mimpi ko nih.
aku plak yg rasa penat.

heh.


.

ibundo said...

ko banyak sangat tengok cerita hantu aper....

Aku said...

TM,
pass sikit mimpi kat ko ... aku penat la mimpi pesen terkejut jantung nih...




Kakpah,
tak juga. tak suka tengok cerita hantu. suka tengok cerita fiksyen sains. mungkin tertengok sedutan filem In Time tu kot.

sepa said...

brader, cube ko tgk criter2 pemimpin plak. aku syak mimpi ko mcm kisah dak saddam&gaddafi... kahkah kah...

brutallll... :P

Aku said...

Sepa,
ala-ala german nazi pun ada... kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com