.
Kematian di litar lumba biasanya jarang-jarang kedengaran sebab banyak aspek keselamatan sama ada pasif atau aktif telah pun diambil kira. Biasanya, imej yang aku lihat apabila pemandu motorGP terjatuh ialah tergolek, terseret dan tak lama kemudian kibas-kibas bontot sebelum bangun terdengket-dengket. Itu sahaja.
Kematian Simoncelli di Litar Sepang hari minggu lalu adalah diluar jangkaan. Kematiannya pun bukan disebabkan terjatuh dari motornya tetapi akibat rempuhan dari 2 buah motor lain yang mengenai dada dan kepalanya. Aspek keselamatan dari rempuhan memang tak ada. Kalau kena rempuh, berdoa sahajalah sama ada yang merempuh itu gajah atau nyamuk.
Kematiannya boleh dikatakan secara serta merta walau secara rasminya dia dikatakan mati tak sampai sejam kemudian.
Dia seorang pelumba. Dalam fikirannya mungkin cuma ada strategi mengambil selekoh dan memecut. Dalam dadanya mungkin hanya ada satu tujuan... untuk menang.
Apabila dia jatuh dan mati sedangkan fikirannya masih memikirkan tentang perlumbaan, mungkinkah roh dia sedar bahawa perlumbaan sudah pun tamat? Atau dia enggan menerima kenyataan bahawa dia sudah mati dan tiada lagi perlumbaan selepas ini?
Janganlah pula ada jin atau setan yang ambil kesempatan untuk menyerupai Simoncelli dan bergentayangan di Litar Sepang.
Janganlah pula ada yang bawa colok, kemenyan dan limau nipis datang malam-malam ke Litar Sepang untuk meng'angkong' nombor ekor.
Walaupun motorGP ada kuasa kuda di dalam enjinnya, tak bermakna motorsikal Simoncelli itu seekor kuda lumba yang berlumba untuk nombor 4 digit. Motor dia tak ada nombor pendaftaran pun.
Err...errr... apa nombor chassis motor dia tu?
Ada sesiapa yang tahu tak?
.
10 comments:
no chasis 4 angka ke?
aku syak lebih!
.
TM,
lebih tak apa, boleh pusing-pusing nombor tu...
tak pun guna untuk toto 9 angka tu.. kakaka
cuba teka aku dimana?
Tijah,
ko kat starbuck seks 9?
hahaha....
kat seremban. adhock training. wakakakakaa...
Tijah,
Aku dah agak...
ko asyik la training... ke ko yang kasi training nih?
litar sepang ada hantu...!
Sepa,
dah sah kini, Simoncelli kena kacau dek hantu Litar pakai payung...
biasanya sekali dah mula pasti nak lagi....
Azani,
owh... menagih korban .. perghh.. kalau dapat dek Debit Tiyoh ni dah ada 3-4 ekor hantu cina melompat2 kat situ dalam filim terbaru dia nanti.....
Post a Comment