Sunday, February 26, 2012

Pelesit Kota

.


kepada yang tak tau, ini penyapu lidi namanya. Kenapa ia digantung?


Penyapu lidi digantung supaya tidak merosakkan lidinya, supaya tak bengkok. Sesetengah orang akan membaringkan penyapu lidinya untuk tujuan yang sama. Ada jua yang meletakkannya secara terbalik iaitu pangkal penyapu di bawah dan disandarkan kepada dinding atau di balik pintu.


Kepada mereka yang mengamalkan petua-petua lama, penyapu lidi akan digantungkan pada tali, atau disangkutkan pada paku di dinding seperti foto di atas itu. Menurut petuanya, penyapu lidi yang digantung amat ditakuti oleh sejenis setan bernama Pelesit.


Selama ini aku ingatkan belalang pelesit itu berbentuk panjang, tirus tetapi pipih dan agak besar, sama seperti yang digambarkan di dalam Buku Kecubung aku tu. Dan selama ini aku ingatkan belalang pelesit itulah pelesitnya.


Menurut abang aku, belalang pelesit adalah kecil dan seperti belalang beras atau belalang yang biasa kita jumpa di padang rumput dan dibuat umpan memancing. Cuma, muka belalang pelesit itu memang seperti hantu, wajahnya nampak ganas. Dan belalang pelesit itu bukanlah pelesit. Belalang pelesit itu bertindak seperti 'mata-mata' kepala setan Pelesit. Apabila belalang pelesit itu terjumpa rumah orang sakit, lemah atau rumah tinggal, ia akan berbunyi dan bunyi inilah yang akan memanggil Pelesit-Pelesit liar itu. Berpusu-pusu si Pelesit itu datang, itulah sebabnya orang kata 'lari laju macam pelesit'.


Jadi, kalau dapat belalang pelesit, orang akan bunuh atau halau cepat-cepat supaya ia tak sempat memanggil Pelesit-Pelesit liar. Dan bukannya membunuh belalang itu dengan harapan dapat membunuh Pelesit itu. Nak bunuh setan Pelesit bukan semudah mencabut kepala belalang itu, kawan. Kalau cabut kepala belalang itu dan setan Pelesit tu pun mati, tak payahlah nak berbomoh ber'ustaz' segala bagai...


Tentang penyapu tergantung itu tadi, ianya hanyalah petua orang tua-tua. Kalau setan Pelsit itu bertuan dan sengaja dihantar, setan itu akan menerjah masuk juga. Kalau setan itu tak dapat masuk ke rumah, ia akan tunggu di luar rumah pula... atau di pokok-pokok besar, atau dibalik pintu pagar, atau di dalam kereta atau di saku-saku manusia...






.

17 comments:

Wanpetunjuk said...

Ooooo...dulu waktu kecik2, sy pun ingat belalang hijau yang sayap besar tuh lah pelesit..hehehehe

sepa said...

Pelesit kota sembunyi dlm kasut kot... :p

ckLah @xiiinam said...

Lama dah tak meraut belarak...

Aku said...

Wan,
aku pun ingat macam tu.. lepas tu aku teringat satu novel seram tempatan yang menceritakan tentang pelesit yang mengambil bentuk seekor belalang dan masuk melalui lubang hidung..... kalaulah belalang daun hijau tu, mau rabak lubang hidung tu... hahaha



Sepa,
juga di dalam bush-bush jacket dan tali leher merah... hahaha




Cklah,
aku pun dah lama tak buat. cikgu tau tak, abu daun kelapa yang masih hijau digunakan untuk mengilatkan barangan kayu?

SM said...

aku pernah tengok arwah atuk aku bunuh belalang pelesit ni. caranya letakkan mulut belalang tu kat tepi langsir, dan sentap badannya. kepalanya akan tertanggal sebab belalang pelesit tu akan menggigit tepi langsir tu dengan kuat.

Aku said...

SM,
itu bukan belalang daun ke?
aku pernah gak buat macam tu dulu-dulu.. hahaha

SM said...

arwah atuk aku kata pelesit, kalau nampak kena bunuh cepat. entah la...

tasekM said...

arwah opah aku sandar kat balik pintu.
bila dah nk masuk tidur.
aku rasa.
gunanya.
kot2 ada org tolak pintu tu.
kita terjaga.


.

Aku said...

SM,
org tua2 mmg pesan gitu, jgn kasi kawan2 dia datang...

Aku said...

TM,
itu kiranya jadi penggera la ek,
aku selalu letak tongkat semambu balik pintu hahaha

SM said...

aku rasa petua penyendal yang dijadikan penggera tu tak berkesan kat aku, sebab aku kalau tidur macam orang meninggal...

Aku said...

SM,
hah... letak fius dinamit la kalau gitu..., sah dgn pencuri2 tu pun lebur... kakaka

kucingorengemok said...

ada kena mengena ke bomoh dengan ustaz?

Aku said...

KOG,
benda halus, kena tanya orang yang tahu pasal benda halus kut...

aku tak nampak. belalang aku pernah nampak la...

ASH said...

apasal pelesit nak singgah masuk dalam poket orang pulak?
.
.
.
ko ni merapu pun biarlah ada nas..

Aku said...

Ashley,
Itu lirik lagu la kak...metafora tentang manusia berperangai pelesit.

apa nak di nas-nas kan pulak... hahahaha

Fatimah Abdol Latif said...

Sbb tu org ckp manusia jahat mcm pelesit, kerja hisap darah org lemah..arwah tok pun buat petua ni dulu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com