Saturday, February 11, 2012

Perrghh...... 'Twin Tower' yang tingginya menggunung ke awan..

.


Aku ingatkan itu cuma gimik restoran kurang ternama itu tetapi apabila aku lihat menu yang terpampang di dinding, memang sah ada.







Tingginya mencodak ke awan gemawan. Kalahkan piramid tingginya. Aku syak kalau nak makan tu kena naik guna tangga aluminium. Kena rengkuh dari puncak membawa ke bawah. Kalaulah tangga tu tergelincir dan bawah dagu terkena bucu Twin Tower tu, mahu tembus ke otak gamaknya.


Lepas tu, roti Twin Tower itu boleh dimakan dengan kuat otak + darah. Roti Otak Banjir namanya...

Hah, entri aku masih berkisah tentang ngeri dan seram ek...






.

10 comments:

tasekM said...

apa ko tak beli...
aku nk tgk yang sebenor.



.

Aku said...

TM,
tak nak.. aku takut dikata bermegah-megah dengan duniawi pulak... tak baik untuk jiwa.. hahaha

sepa said...

nak makan, kena guna tangga aluminium.
tentunya, nak buat kena guna kren.
:)

*kalau makan sekali ngap, tanpa dipotong, mau sama panjang ngan usus kecil.

Aku said...

Sepa,
huih... main usus-usus dah kira ngeri tu... ngam dengan tema entri aku minggu ni.. kakaka

sepa said...

ko jgn buat criter benda nih masuk dlm usus dan mengembang terus kembang, dan pop! pecah terburai usus dan segala isi perut menyembur serupa letusan lava gunung berapi.

:P

Aku said...

Sepa,
ko dah bagi aku satu idea la...

keh keh keh.... tema kali ini... geli geleman.

aku kena study sikit apa yang membuatkan orang geli geleman dan apa ciri-cirinya dan perkataan-perkataab dalam 4 perkara (dengar, lihat, sentuh, emosi) yang boleh menyebabkan perkataan itu tergambar dalam kepala hotak pembaca dan sekaligus kepala hotak mereka telah dikelirukan dan menterjemahkan 4 inputs tadi kepada sinaps dan impuls dan seterusnya memberi kesan kepada sensors dan otot (terutamanya otot muka)...

Hmmmm.. aku nak fikir kejap...



(kalau ko perasan, entri entri seram aku selalunya akan bercerita mengguna 4 jenis input ini... yg aku harapkan input itu ditukarkan kepada maklumat pseudo dalam otak mereka...keh keh keh. Apa kata ko pulak yg cuba?)

gadisBunga said...

aku masih stick dengan roti banjir je. syurga!

Aku said...

GB,
aku pun pekena roti banjir je tadi... tak tergamak nak makan roti tinggi2 macam tu...

sepa said...

bulih... nanti aku cuba.
nanti aku cuba buat yang jenis boleh bg efek surround-sound.

Aku said...

Sepa,
kakaka.... kalau gitu ko buat je la video...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com