.
Semalam aku balik ke kampung. Ada kes emergency. Dan seperti biasa, kalau ada rezeki, aku akan dapat minum ini:
1/7 cawan sudah cukup untuk kepekatan 1.25 Molar atau lebih kurang 3.45g/mol/L seperti foto tersebut. Kalau lebih, takut ke sungai perginya. Dalam apa-apa pun, kesederhanaan adalah penting. Air ketum itu tersebut adalah asli, bukannya jenis yang weng-wong-weng-wong tu. Air ketum yang ini direbus bersama-sama tongkat ali dan bunga misai kucing. Kalau jenis yang sengal nak wong-weng tu biasanya dicampurkan dengan ubat nyamuk, ubat batuk dan kadang-kadang pil Panadol. Ramuan yang racun macam itulah yang membuatkan kepala jadi senget dan sewel.
Air di dalamnya mungkin boleh dikategorikan sebagai Tropicana tetapi ini bukan jenis Twister. Kalau nak twister, kenalah masukkan ramuan racun tadi...
Oh ya, sayugia diingatkan bahawa salah guna Air Daun Ketum dan menjualnya adalah salah di sisi undang-undang. Meminum secara sediaan asli dan tradisi serta tidak menjualnya mungkin boleh diharuskan.
.
13 comments:
pernah try, berkesan untuk pemanduan jarak jauh melalui highway utara-selatan.
nampak gaya boleh dikomersilkan, lawan 100plus.
SM,
tu la... berkesan sungguh tapi macam mana mekanisme ia bertindak, tak diketahui pulak....
nak sikitttt...
eh?
.
nak tanya. daun ketum boleh buat ulam, tak?!
Baru baru ni, kenduri di Ulu Bernam. Selain sirap, ada juga disediakan air ni. CkZahan dah terteguk...mujur ada orang tegur. Kalau tak......
Karma...what's goes around comes around http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/karma.html
rasanya khasiat air ketumni dah ramai yang tahu.
tapi aku kurang faham
sebab ada dikatakan ia membuat orang lebih lali,,,,tak mudah letih...kalau etakat serelung sawah celah gigije dia kerjakan
bila tak mudah lelah...lamalah tempoh buat kerja
kalau buat mugging untuk exampun bagus ni...
TM,
org pompuan kalau nak minum satu penutup botol je....
sepa,
tak boleh. pahit.
kecuali untuk ulat daun./....
cklah,
kalau tidak..???
satu malam tak boleh tidur...
PPP,
karma sentiasa bentuk bulat?
ada karma empat segi tak? hahaha
Azani,
haah... ia cuma booster sahaja. kalau perut kosong, tak maunya gigih kerja. kalau perut berisi barulah dia tukarkan gula karbo lemak segala ke bentuk tenaga...
tapi kalau yg jenis lali-lali ni, itu kena campur ubat batuk dan panadol agaknya.... hahaha
Boleh ke minum air ni? Ari tu husband ada dpt daripada org kampung masa dia pegi outstation. Saya beriya tak kasi dia minum. Takut berdosa.
LydSunshine,
ada 2 jawapan:
1. Boleh dik...ia air akar kayu dan rebusan daun, petua tradisional sejak dulu lagi, sebelum wujudnya panadol, ubat batuk keluaran farmaseutikal dan ubat nyamuk....
2. Tak boleh minum dik, berdosa... kalau minum air yang dicampur bahan2 lain untuk tujuan lalok atau mabok-mabok...
weng wong weng wong tu nama Cina ke aper?
.
.
.
.
kikikiki
ASH,
Ha ah, cina mualaf... hahaha
Post a Comment