Wednesday, February 29, 2012

Tentang Toyol yang aku tahu...

.

Apabila aku belek-belek entri lama-lama yang berunsurkan mistik, aku teringatkan satu entri tentang Orang Bunian yang ini. Aku dapati ada senarai di situ dan aku hanya ceritakan yang nombor 3 sahaja. Nombor 1 dan 2 aku belum ceritakan lagi. Jadi, aku nak bayar hutang itu sekarang ini...


Aku nak ceritakan yang nombor 2 dulu. Yang nombor 1 nanti-nantilah...

"Pengalaman bersembang dengan arwah Kiyai Hamzah tentang Toyol", itu tajuk yang sesuai kut.

Aku tak ada pengalaman tentang / dengan Toyol. Aku mengaku awal-awal. Cerita ini adalah apa yang diceritakan oleh arwah Kiyai Hamzah terus kepada aku semasa menemani arwah bapak minum dengannya di sebuah watung kopi di Langkap, lewat tahun 80-an.



Katanya, dia pernah tangkap beberapa ekor Toyol yang berkeliaran dan yang sedang menjalankan tugas-tugas suruhan tuannya. Katanya Toyol itu seperti budak kecil berusia 5 tahun  tetapi sifat jin/syaitan yang berasaskan api, ia boleh kecil dan boleh jadi besar budak 5 tahun; dan Toyol bergigi tajam. Aku tak pasti sama ada aku pernah bertanyakan warna kulit Toyol itu tetapi seingat aku dia tak ceritakan pun pasal warna kulit. Mungkin sebab racist... hahaha


Dia ceritakan bahawa Toyol ini paling efektif kalau sepasang. Kelebihan Toyol yang Tuhan anugerahkan ialah ia mampu melipat duit kertas sehingga cukup kecil untuk melepasi lubang kunci yang terkecil. Apabila telah lepas, pasangannya akan sambut dan masukkan ke dalam beg selimpang.


Aku tanya dia, macam mana Toyol boleh masuk ke dalam laci berkunci? Dia kata, Toyol akan masuk menggunakan bontotnya dahulu. Toyol itu akan gonyoh-gonyoh bontotnya pada lubang kunci (apa barang gonyoh kat lubang kunci, ye dak?). Lubang kunci itu akan membesar seperti diperbuat daripada getah. Aku tak dapat bayangkan pada masa itu bagaimana tetapi itulah yang diceritakan kepada aku. Aku syak, bontot Toyol itu yang mengecil sehingga muat lubang kunci itu.


Apabila bontotnya telah bolos, ia terus masukkan kepala dan kakinya kemudian akan mengerjakan duit si mangsa. Toyol tak akan habiskan duit. Dia akan tinggalkan sedikit konon-kononnya si mangsa tak akan perasan. Heh! Bab duit siapa yang tak boeh perasan, kan?



Cerita yang nombor 1 nanti-nantilah aku ceritakan....




.

7 comments:

kucingorengemok said...

pungkoq lalu dulu? kira toyol songsang la eh...?

AZANI said...

aku teringat katun mingguan berita mungguan , toyol jaji dawam...

AZANI said...

ralat ...haji

tasekM said...

aku nk bela la sekor.

kah kah.


.

Water Lily said...

Kalau tak dosa, kita bela barang 10 ekor ye Tas. ha ha.

cepat sikit jd jutawan.

sepa said...

toyol boleh hijack Ferrari merah tak, brader.?

Aku said...

KOG,
nak kata songsang, ada pasangannya tapi...




Azani,
pesal toyol selalu dikaitkan dgn haji ek?



TM,
dah memang ada kot... cer tgk kat celah2 dapur tu... alaa.. kat bekas bawang kat tingkat bawah tu, sebelah lesung batu... ada botol kan? hah, dalam botol tu... cer tengok jap...




Waterlily,
cer tengok kat pokok besar tu, 20 ekor pun ada tu... hahaha



Sepa,
toyol tak pandang benda-benda duniawi atau keduniaan macam tu... dia curi duit pun bukan dia nak pakai duit tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com