Friday, June 15, 2012

Matahari Merah di Ufuk Timur...

.

"Matahari sakit," katanya kepada lelaki yang masih bercelapak di atas basikal dengan pam racun tersangkut kemas di bahunya, "kalau matahari sakit, kita pun sakit juga musim ni..." tambahnya.





Begitulah kalau hidup di kampung yang dikelilingi sawah padi. Seperti ada pertalian diantara matahari dan pokok padi selain dari fotosintesis. Seperti ada kaitan diantara 'sihat' atau tak matahari itu dengan hasil tuaian padi. Secara saintifiknya, aku tak pula ketahui dan tak pula mencari kajian-kajian yang telah dibuat orang. Walau bagaimana pun, aku juga seperti lelaki itu, dapat membuat kesimpulan yang sama iaitu kalau matahari asyik 'sakit' yakni berwarna merah, aku dapati daun-daun padi menjadi tidak 'segar'. Musuh pula bertambah daripada biasa dan malam pula panas-rimas.

Sepertimana slogan 'Sayangilah Bumi Kita', kita juga patut membina slogan 'Sayangilah Matahari Kita'.

Cuma aku tak tahu kempen dan aktiviti 'hijau' yang bagaimana untuk matahari itu kerana seperti yang kita tahu, matahari panas membakar. Kita tak mampu tanam pokok di matahari. Kita tak dapat capai pun matahari. Bagaimana mahu 'menyayangi' matahari? salah satunya, dengan tidak membiarkan jerebu 'memisahkan' hidupan bumi dengan matahari kerana kasih sayang matahari yang tertumpah dalam bentuk cahaya dan pelangi pagi akan disambut oleh tumbuh-tumbuhan, karang-karangan dan juga manusia. Apabila kasih sayangnya berbalas, matahari akan tersenyum gembira.





.


18 comments:

Jahirah said...

kalau matahari sakit....manusia yg akan lebih merasa sakit...

Nizam.Ariff said...

Aishah Jahirah,
betul tu.... kita pun terasa macam tak bersemangat...

sepa said...

marilah kita ramairamai daftar ahli MNS - Malaysian Nature Society.

:)

gadisBunga™ said...

aku nak join Sepa.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ko baru cakap dah ada follower lah.... dasatla ko... hahaha


GB,
kalau ko masuk pun, takkannak tanam pokok kat matahari?
hahahaa

tasekM said...

GB dgn sepa ni pergi bercuti sama2 la nih..

hehehe...

:p



.

Temuk said...

As-salam
Dia gerhana mengikut kehendak dan jadual-Nya
Dia kabur dek kita mencemarinya
Kalau kita menghijaukan bumi, pun dengan apa gaya, pasti mentari ada cara menjadi pemangkinnya. Betul tak, agaknya?

Salina Mat Isa said...

Sayangi lah bumi kita..

Nizam.Ariff said...

TM,
ko lah petrol dalam BBQ... hahaha




Temuk,
Assalam, betul tu... mentari akan ada kaedahnya sendiri...
yang pastinya, ia akan membakar kita pada satu masa yang ditentukan...



Teratak Hati,
...juga sayangilah keluarga kita... hahaha

ibundo said...

harini aku terasa rindu suasana kampung....

ckLah @xiiinam said...

Cantik gambar srengenge tu...

Anonymous said...

betullah.. matahari memberikan kehidupan kan. sbb kalu gelap je susah nak buat koje.. :)

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
alaaa.... bukan jauh pun, balik je la kak...




cklah,
suasan cantik tapi matahari sakit... huhhuhuh



Zeera,
kalau gelap, berjelaga rumah sebab erpaksa guna kampu minyak tanah... hahaha

Kakzakie Purvit said...

Tanda-tanda bumi kian merangkak usia tua. Matahari kian malu-malu memancarkan cahaya dek sana-sini manusia meneroka alam tanpa menghirau akibatnya.

Terimalah secebis cahaya di sebalik jerebu itulah akibat dari tangan kita juga...

secangkir madu merah said...

Ialah, dah dua pagi aku tengok matahari yg warnanya merah marah...

secangkir madu merah said...

Ijam, Happy belated bufday.. sorry aku terlambat wish sbb sekarang ni jarang bukak blog.. nak hapdet pun rasa macam sakit... huhuhu.. aku doakan kau dan keluarga bahagia dunia akhirat dan cepat2 tambah ahli..

ASH said...

Annur dan Annar..
.
.
.
Annur adalah cahaya seumpama cahaya bulan..
yang lembut dan boleh dipandang.
.
.
Annar pula adalah cahaya seumpama cahaya mentari
yang perit, terik dan sukar untuk dipandang.
.
.
.
.
tu jer aku nak kabor pasal bulan dan mentari!
dua cahaya..
dua makhluk kepunyaan ILAHI.

Nizam.Ariff said...

Kakzakie,
kalau betul2 tangan kita tak apalah, pasrah. Ini tangan-tangan orang lain... huhuhuhu



SMM,
Terima kasih atas doa itu. Aminnnn....



Ash,
Oooo... baru tahu. thank you for sharing....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com