Friday, July 13, 2012

Akibat hijrah...

.

Kampung aku, dulu-dulu, sungguh makmur dengan manusia dan aktiviti-aktivitinya, juga aktiviti-aktiviti haiwan ternakan dan segala jenis jin pelesit langsuir... cakap sahaja, kecuali pontianak. Aku belum dengar lagi ada pontianak di kampung aku. Kalau drakula tu memang ada, hantu manusia yang suka sedut-sedut leher anak dara sampai terbit darah.


Dalam tahun-tahun 70an dan 80an, itu mungkin kemuncak kemeriahan di kampung aku kerana waktu itu rata-rata anak-anak sulong penduduk di situ baru mula berkerja (balik kampung bila hari raya) dan adik-adik mereka masih belajar di sekolah menengah dan rendah. Ketika itu, kepadatan penduduk kampung aku mencapai kemuncaknya, aku rasalah. Apabila penduduk masih padat, macam-macam aktiviti kampung ada. Walau hanya bermain gasing, kalau ada 10 anak muda yang bermain, ia akan menjadi meriah. Tambahan pula bapak-bapak pula masih kuat bertenaga, mereka akan turut serta.


Kemelut penghijrahan mula berlaku apabila anak-anak mula berkahwin dan menetap di luar kampung. Itu keperluan dan bukan satu perancangan untuk mem'bunuh' kampung itu. Bayangkanlah, satu lot tanah sawah hanyalah 3 ekar. Tanah seluas itu memang cukup untuk satu keluarga yang sederhana besar. Tetapi tanah itu tak cukup luas untuk pertambahan keluarga yakni anak-anak yang telah berkahwin. Jadi, mahu tidak mahu, anak-anak yang berkahwin perlu berhijrah ke tempat lain.


Begitulah seterusnya, akhirnya yang tinggal hanyalah orang-orang tua yang masih berkhidmat dengan tanah 3 ekar itu. Manakala anak cucu hanya pulang sekali sekala pada hari lebaran. Itu masih ok kerana apabila beraya masih boleh berkumpul dan kampung menjadi meriah.


Seterusnya, apabila orang tua sudah meninggal dunia, anak masing-masing pun memilih untuk memeriahkan surau atau masjid  di kariah perumahan masing-masing daripada memilih untuk pulang ke kampung. Itu bukan salah mereka kerana mereka juga perlu membina kariah dan masyarakat di tempat mereka tinggal. Ianya sama seperti arwah orang-orang tua dulu yang berhijrah dari entah mana-mana ke kampung aku untuk membukanya. Ianya hanyalah satu pusingan hidup dan bermasyarakat.


Kecuali, jika kampung aku itu ada aktiviti ekonomi yang mampu menampung ramai keluarga, aku rasa kampung aku akan kembali padat. Silap-silap, aku pun balik ke kampung juga untuk turut sama merasai kemeriahannya.


Bagaimana mahu membangunkan akitiviti ekonomi? Apa caranya hasil tanah 3 ekar itu dapat digandakan hasilnya sehingga seperti tanah 30 ekar?


Kalau dahulu aktiviti ekonomi utama ialah sawah padi, kalau diunitkan kepada RM/kakipersegi mungkin RM3/kakipersegi sebulan, bagaimanakah caranya untuk ia menjadi RM30/kakipersegi?

Tanam pokok Ganja, Pokok Popi, Pokok Biak (Ketum) dan seangkatannya tidak termasuk dalam senarai, sila ambil perhatian.






.

6 comments:

sepa said...

nasib kampung ko samala dengan nasib kampung mak aku... tinggal orangorang tua dan sepasang anak yg setia menunggu mereka... yang lebihlebih berhijrah ke tempat lain samada ke kota besar, bandar atau kampung pasangan mereka... aku. aku cityboy...!!!

oya... tuk tambahkan hasil. mungkin bulih ko buat added value. kalau dulu diaorg jual padi. mgkn boleh jual beras, atau nasi atau re-pack... atau ko buat pondok tuk dak mat saleh homestay, sampai musim menuai, diaorg yg tuai... hehehe
untuk orang cam ko, yg edukated yg teknikal, ko mgkn bulih buat backyard industri... contohnya, buat kreta dalam niche market... seperti yg dak Ferrari buat. tak pun macam dak Aprilia...
aku pulak, sesuainya glass maker, atau glass blower, buat candelier...

eh eh eh... cergasnya aku membebel...

hahaha...

Nizam.Ariff said...

sepa,
abanng aku bekas engineer skrg duduk di situ buat keje-keje kampung. Nak engineer pemikiran org kampung lebih payah daripada mesin...

satu lagi, org kampung tak ada modal. Kalau nak buat homestay memang bulih tapi kena hidupkan balik suasana kampung macam tahun-tahun 70an-80an... banyak aktiviti.

aku rasa kalau nak buat pun ialah backyard industry/cottage industry related to agro la. tapi tu la, kena ada modal....

Kesuma Angsana said...

seb KA masih tinggal di kampung walau kerja dibandar besar hehe !

Nizam.Ariff said...

KA,
best la gitu.... orang kat bandar sanggup berhutang nak beli rumah dgn tanah besar2 sebab nak tanam itu ini... kalau kat kampung, semuanya dah ada tumbuh sendiri...

ASH said...

Tanam Ubi Kayu pun boleh...
.
.
.
.
Ubi kayu kat Putrajaya sekilo rm 2.70 tau!
Pucuk ubi secekak pun dah singgit.
.
.
Tapai ubi se 'tipu'ware dua hinggit setengah. Ada la dua ketul dalam tipuware tu.

Pastu ubi rebus panas panas...jual ngan kelapa parut kat pasar tani dah dua hinggit kut..


Ubi mentah tu kalau parut, aku boleh tolong masak Lapis Singkong...rasa??perghhh..
4 ketul 2 hinggit. sekotak 25 hinggit!! hahaha

Batang ubi leh recycle untuk tanam semula..

hehehehehe...

aku bagi idea jer..

SUSAH nak cari UBI KAYU kat Bangi..
Jenuh nak kena pesan!!

Nizam.Ariff said...

Ash,
betul tu... kalau tapai ubi dah expired, airnya boleh dibuat cuka kan? Aku rasa tak ada lagi jumpa Cuka ubi secara komersial...

Tapi, tanah sawah tak sesuai untuk ubi... terendam dan return per sqr-feet tak seberapa.

Kalau buat value-added downstream tahap cottage industry mungkin boleh kut...

kalau nak buat kerepek ubi, kat Banting dah berlambak

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com