Thursday, July 12, 2012

Aku dikejar oleh 'secret service' dan mahu dibunuh..!

.

Huh..! Aku bermimpi lagi... itulah aku.


Pada satu malam diantara malam-malam dalam minggu ini, aku ada bermimpi. Kenapa baru sekarang aku tuliskan? Asalnya, tak ada niat aku untuk tuliskan tetapi peristiwa petang tadi menjadikan aku berniat untuk tuliskan mimpi itu; iaitu apabila aku terpandang akan sebuah telefon bimbit berjenama 'BeriHitam' kepunyaan seorang kawan berbangsa Cina, lalu terus aku ceritakan mimpi aku kepada dia. Ini mimpinya:


 


Adik ipar aku yang tinggal di Putrajaya telah datang lalu memberikan sebuah telefon bimbit yang dia jumpai di dalam tren KLIA-KLSentral. Telefon itu telah 'tertinggal' oleh pemiliknya, jadi dia berikan telefon itu kepadaku agar aku dapat cari pemiliknya dan serahkannya semula. Aku pun cuba mencari-cari maklumat yang ada di dalam telefon tersebut tetapi aku gagal. Tiba-tiba aku dapat satu idea. Aku buka beberapa SMS (BBM?) dan aku telefon seseorang. Aku katakan bahawa telefon itu telah tercicir dan minta dia beritahu pemiliknya untuk menelefon telefonnya sendiri (yang ada pada aku).


Memang benar, tidak sampai beberapa minit, telefon itu berbunyi dan aku terus jawab. Pemiliknya orang Sabah dan dia meminta aku pulangkan telefonnya. Aku kata, aku tak sanggup hendak terbang ke Sabah. Terus dia kata, dia akan ambil penerbangan ke KLIA semula sekarang itu juga. Suaranya agak panik dan seolah-olah telefon itu sangat bererti buatnya. Berkali-kali dia mengingatkan aku supaya pergi ke KLIA dalam masa beberapa jam lagi.

Dipendekkan cerita, sementara menunggu di KLIA, aku 'terbuka' beberapa foto. Foto-foto yang dikategorikan sebagai skandal. Foto 'geli-geleman' dia dan seorang wanita muda. Dan aku dapat lihat wajah pemilik telefon itu. Aku tak kenal siapa dia sehinggalah aku terpandang wajahnya di kaca TV. Dia itu seorang ahli politik dan juga ahli perniagaan yang kaya!

Serta-merta aku tahu yang aku di 'dalam tahi yang busuk' (in deep shit!). Arghh..! Niat mahu menolong orang tetapi aku yang dapat susah. Tiba-tiba telefon berbunyi lagi dan lelaki itu bertanya lokasi aku. Aku pun tertoleh-toleh melihat setiap tiang dan tanda-tanda zahir yang boleh aku gunakan sebagai panduan kepadanya. Sedang aku tertoleh-toleh itu, aku terlihat beberapa orang lelaki berbadan tegap dan berjaket hitam sedang berjalan pantas melintasi ruang menunggu di KLIA. Mata mereka seperti sedang tercari-cari seseorang.


Serta-merta darah aku menjadi dingin, seperti tahu yang malang bakal menimpa aku. Cepat-cepat aku matikan telefon bimbit itu dan nasib aku baik kerana aku belum sempat memberikan lokasi aku kepada pemilik telefon itu. Fuhh...! Lega sekejap.

Sekarang, aku perlu sembunyikan diri sebelum lelaki-lelaki tegap-ganas itu terjumpa aku. Aku pun cepat-cepat bersembunyi di balik tiang. Aku mahu buang telefon bimbit itu ke dalam tong sampah, itu yang terfikirkan pada masa itu. Tetapi tong sampah berada di tiang yang lain.

Lelaki-lelaki itu melintasi hampir dengan tiang tempat aku menyorok. Aku dapat 'cium' bau maut apabila mereka melintas. Seolah-olah hawa dingin berubah menjadi panas lahar berapi yang mampu memanggang nyawa aku hidup-hidup! Benar tekaan aku, ada sepucuk pistol terselit di pinggang masing-masing. Aku jadi tak keruan.

Sebaik sahaja mereka agak jauh dari aku, cepat-cepat aku berjalan ke arah tong sampah. Malang sungguh! Sedang aku lemparkan telefon itu, salah seorang daripada mereka terpandangkan aku. Cepat-cepat dia mencuit bahu kawannya dan tidak lama lepas itu mereka berpatah balik dan berjalan pantas ke arah aku. Sambil itu, salah seorang dari mereka membuat panggilan telefon.

Cepat-cepat aku beredar, dan aku berlari-lari anak ke arah pintu. Beberapa langkah dari pintu kaca itu, tiba-tiba ada dua orang lelaki berbadan sasa dan berjaket kulit sedang berdiri di luar pintu kaca. Aku telah terkepung!!!

Aku cuba mencari akal untuk lepaskan diri. Mahu menjerit meminta tolong orang ramai tetapi aku malu. Yalah, lelaki macho seperti aku tiba-tiba menjerit-jerit. Hilanglah seri wajah aku nanti.


Dan yang lebih penting, aku dah lupa jalan cerita seterusnya kerana mimpi itu terjadi pada hari ahad malam isnin yang lepas.... aku cuba ingatkan kesudahan mimpi itu tapi aku betul-betul tak ingat. Sori.... hahaha.







.

13 comments:

Kesuma Angsana said...

nice one... nak tlng sambungkan boleh ! he he

Nizam.Ariff said...

Kesuma Angsana,
hah.. cepatlah sambung... aku terlupa apa/bagaimana kesudahannya... ataukah aku terjaga? aku benar2 tak ingat la...

tasekM said...

mesti ko terkencing balik tiang tu kan..?




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Mana adaaaa....!!!!

Aku macho je.. tengok la gambor aku tu...

sepa said...

aku la yang sambung...!!!

...dan sebuah kereta Hummer merempuh masuk, berkecai dindingdinding kaca.! dan Hummer berhenti di sisi ko, ko pula di sisi kiri kereta...
seorang lelaki yang hensem-maco memanggil ko masuk ke dalam kereta yang pintu sebelah kiri terbuka secara oto. ko seperti itik kehilangan emak, melompat masuk...

...'jangan pedulikan mereka' kata lelaki hensem-maco berbaju kuningbelanghitam bercap merah... 'mereka itu... Langoliers...' dan Hummer meluncur laju... laju... laju... sampai ke Banting. Singgah di kedai mamak, dan lelaki yang hensem-maco mengajak ko pekena cendol dan rojak. tapi ko yang bayar...


.
ah...! kira ok la tuh. (*drp ko terkencing di pangkal tiang...)

hehehe...

sepa said...

eh. apsal mamat dlm gambo tuh irasiras aku...!!! :p

Nizam.Ariff said...

sepa,
... ok la aku sambung sikit lagi...

dah usai rojak di pinggan, lelaki hensem-macho terus mengajak ke Firefly dan terbang ke Sarawak. Di sana, aku diperkenalkan kepada puak-puak yang suka melihat awan-awan, anehnya yang dilihat awan itu seperti naga-naga yang menghamburkan puing-puing berapi...

tiba-tiba.. CuTTTTT!!!
pengarah kata tak masuk skrip... haih!

ASH said...

Aku pulak yang rasa nak meleseng budak Nizam ni..

Fadhilah Maarif said...

tumpang gelak bila baca komen-komen ni..haha.

sepa said...

eh eh eh... dah CUT.!!!

...mamat hensem-maco baru jeh nak buat appointment ngan tokeh dvd lanun... lepas terima memory-card yg ko bagi masa kat kedai mamak...

tp takhal la... tak leh lawan pengarah...! :p

sha83@kaizer said...

he he he ...
petunjuk supaya suruh berwaspada kot ...

pernah jugak mimpi menakutkan macam ni ...

bila diingat balik memang agak ngeri bila diri terkena ancaman bunuhan. tak ingat la entri lama-lama dulu :)

ibundo said...

kau tak perasan ke salah sorang yang buru engko tu aku?..

Nizam.Ariff said...

Ash,
tak boleh, jauh.. tak sampai... wekkkk! hahahaa



FadhilahM,
dia org saja dengki tu kak... .hahaha



sepa,
takde-takde.... watak tambahan tak ada bajet nak bayar.... hahaa




sha83,
nasib baik dalam mimpi tu aku tak terkencing... kalau tidakkk.. huh!
hahaha





kakpah,
mana ada kak... semuanya jantan yang kejar aku tu... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com