Berkaitan dengan akal, kata para ilmuwan, ianya bertingkat-tingkat. Pembahagiannya kepada dua: akal yang di kepala dan akal yang di hati. Setiap pembahagian akal itu pula terdapat tingkat-tingkatnya pula. Itu semua boleh dibaca sendiri. Manakala akal yang dihati pula menjadi perhatian khusus oleh ahli sufi. Bab-bab hati ini bolehlah dirujuk salah satunya kepada karya agung Imam al-Ghazali.
Manakala definisi 'sempurna akal' itu pula boleh terdapat dalam pelbagai domain dan setiapnya memperincikan untuk kegunaan domain itu. Ada definisi untuk perundangan atau mahkamah. Ada definisi untuk syariat (dimana sempurna akal itu juga diberikan satu had umur yang jelas iaitu 'cukup umur' untuk kemudahan hukum dan syariat juga mengakui bahawa sempurna akal itu amatlah abstrak hadnya). Untuk para pencari Tuhan, sempurna akal itu mempunyai syarat-syarat yang lebih terperinci lagi, yang lebih kepada kebersihan hati. Aku rasa, ianya merujuk kepada kategori akal yang letaknya di hati. Aku agaklah.
Di dalam entri sebelum ini, aku ada katakan sempurna akal diperlukan dalam membicarakan hal-hal ketuhanan. Adakah ia bermakna ilmu tauhid hanya boleh diajarkan kepada kanak-kanak yang telah akhil baligh?
Aku tak maksudkan begitu. Membicarakan itu sudah tentu lebih daripada sekadar mempelajari atau mendidik. Seperti mana perbicaraan di ruang mahkamah, perbicaraan itu merangkumi kupasan-kupasan dan bukti-bukti yang perlu dihadirkan kepada hakim. Jadi, membicarakan hal-hal ketuhanan tidaklah sama dengan mendidik tentang hal-hal ketuhanan. Harap maklum.
Aku nak bagi contoh kata-kata berikut dan cubalah fahami maksud 'ada' tetapi 'tidak ada' dan sebagainya, seperti yang aku gariskan. Cuba bayangkan, akal yang kurang sempurna seperti aku ini cuba memahaminya dengan hanya membaca, mahu aku menjadi biol buat seketika kalau bukan selama-lamanya
:
" Tuhan menciptakan makhluk daripada tidak ada, walaupun makhluk menjadi ada setelah diciptakan namun, hakikatnya tetap tidak ada. Zat makhluk adalah ‘adam (tidak ada).
Walaupun sifat berubah namun zat tidak berubah. Kayu yang dijadikan almari, kerusi, pintu dan sebagainya adalah tetap kayu pada zatnya sekalipun sifat sudah berbagai-bagai. ‘Adam (yang tidak ada) tetap ‘adam walaupun sudah menjadi ada. Kewujudan berjuta-juta ‘adam, yang tidak ada, tidak akan mengubah status Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan tetap Esa walaupun Dia membuatkan makhluk menjadi ada, kerana pada sisi Tuhan makhluk tidak mempunyai hakikat wujud.
Bagaimana ini mungkin terjadi? Ia menjadi mungkin kerana Tuhan membuatnya menjadi mungkin dan kewujudan demikian dinamakan wujud yang mungkin (mumkinul wujud). Hanya Tuhan yang berkuasa mengadakan yang mungkin itu. Sebab itulah dakwaan bahawa Diri-Nya adalah Tuhan memang benar. Yang boleh berbuat demikian hanyalah Tuhan. Yang selain Tuhan tidak ada kuasa untuk melakukannya.
Semua pencipta-pencipta selain Tuhan, apabila membuat sesuatu ciptaan mereka akan berkongsi ruang dengan ciptaan mereka dan bilangan juga menjadi bertambah. Hanya Allah s.w.t yang berkuasa menciptakan makhluk tanpa mengubah status wujud-Nya Yang Esa.
Hanya akal orang yang bingung atau orang yang dalam mabuk mencuba menghuraikan teka-teki Wujud Tuhan dan wujud makhluk. Orang yang berakal sihat akan menyerah tanpa takwil, tanpa hujah bahawa sesungguhnya: “Tidak ada sesuatu yang berkongsi apa-apa dengan-Nya, baik dari segi wujud, sifat, perbuatan dan apa segi sekalipun. Dia tidak disekutukan oleh sesiapa dan dalam apa perkara sekalipun”.
Oleh kerana pada hakikatnya Dia tidak bersekutu dengan sesuatu, maka mempersekutukan-Nya dengan sesuatu menjadi kesalahan yang paling besar, yang tidak Dia maafkan."
(Dipetik dari "kebenaran hakiki" bab 12, oleh MOHAMAD NASIR BIN MAJID (TOK FAQIR AN-NASIRIN) Seberang Takir. Kata Pengantar oleh Dato’ Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Pensyarah Kanan ITM Cawangan Pahang, 1999)
... yang menariknya, ada ucapan terima kasih daripada An-Nasirin diatas bantuan Dol @ Zulkifli bin Abdullah dalam menyiapkan bukunya. Adakah 'Dol' ini yang dimaksudkan oleh Jaya Negara dalam blognya? Hahaha..... serkap jarang sahaja.
.
2 comments:
best bang.! kelas nukilan ko. dalam senyap ko bertafakur, berkhalwat mengenal alam dan penciptaannya...
lepas baca, aku rasa dalam PRU13 nak mengundi dak PAS jeh... tp kat Miri ada dak DAP ngan BN jeh, dan mgkn satu PKR...
eh. PRN lepas, DAP tawan Miri (ko tau, kan...)... bil letrik bawah RM20 tak perlu bayar. maka, berebut-rebut la dak masyarakt yg kebanyakkan mengurangkan penggunaan letrik agar tak melebihi RM20. antaranya : di siang hari segala peralatan letrik dimatikan sepenuhnya, di malam hari penggunaan letrik hanya di primetime saja dan mereka tidur awal dan hanya menyalakan satu mentol sahaja hingga ke siangnya...
apak mer aku dah lebih 6bulan tak bayar bil letrik... tak guna petisejuk dah. hari ini beli lauk, hari ini makan... letrik tuk nyalakan lampu di malam hari saja katanya dan tengok tivi ala kadar...
ko rasa ada kaitan tak dengan apa yg ko bicarakan.?!... aku rasa ada. masyarakat kebanyakkan mula meletakkan kehidupan dalam apa yang perlu sahaja... dipandang zuhud oleh dak dunia maju...
dan... aku dengar, masyarakat kebanyakkan akan mengundi DAP lagi di Miri ini... dalam PRU13 nanti... (itupun kalau hatihati mereka tak dijentik oleh perkaraperkara yang menggugat 'sempurna akal'...)
.
errr... gitu la 'sempurna akal' yg boleh aku kaitkan... :)
.
Sepa,
wuih.. sungguh bernas sekali kupasan yg ko buat dalam membicarakan isu PRU.
itu menunjukkan akal ko dah sempurna dalam konteks 'apa yang patut kita buat dalam PRU yang akan datang'... hahahaa
Post a Comment