Wednesday, July 11, 2012

Sambung balik cerita yang tak habis semalam...

.

Pada mulanya, malas nak sambung tapi tak eloklah biarkan cerita semalam tergantung tak bertali. Jadi, aku sambungkan sikit sahaja. Tapi sebelum itu...

Sayugia diingatkan: 
Entri ini bukan entri ilmu !

Aku coret sekadar mahu mencetuskan perasaan ingin tahu, tidak lebih dari itu. 
Bila dah nak tahu, carilah sendiri ilmu yang berkenaan.


Semalam, aku ceritakan apa yang ustaz berkenaan ceritakan di dalam satu kuliah maghrib. Tentang soalan bagaimanakah mahu melihat Zat Tuhan, ustaz beritahu ada hadis yang menjawab soalan itu tetapi aku tak mampu nak ingat semula hadis berkenaan kerana aku tak hafal hadis tetapi aku masih ingat ulasan hadis tersebut dari ustaz itu.

Katanya, bersandarkan hadis itu, kalau mahu melihat Zat Tuhan, lihatlah dahulu apa yang zahir di depan mata. Kalau mahu melihat Maha Pencipta, lihatlah dulu apa yang diciptakanNya. Kemudian, lihatlah betapa besar dan rumit ciptaanNya. Dia beri contoh mata yang dapat melihat, betapa kompleks ciptaanNya untuk kita. Kemudian, bayangkan bulan, bayangkan Bumi, bayangkan Matahari. Kalau semua itu besar-besar, bayangkanlah yang menciptakannya pula. Kemudian, dia ceritakan pula tentang betapa besar para malaikat, betapa besarnya langit, betapa besarnya Arasy... dan kemudian KursyiNya. Jadi, Maha Besar Tuhan melangkaui semua itu.

Perkara yang diceritakannya itu telah pun kita ketahui dan fahami. Aku tertarik apabila dia menceritakan tentang Zat pula.

Katanya, setelah semua itu kita bayangkan dan sekarang dia beritahu bahawa Tuhan bukanlah apa-apa yang kamu bayangkan itu! Kemudian, dia bacakan dan tafsirkan surah Al-Ikhlas sedikit.

Kemudian dia kata lagi (dan ini yang menariknya), jikalau ada yang mengatakan bahawa membayangkan perkara yang tak boleh dibayangkan itu membuatkan kita bingung, maka benarlah itu. Jika kita bingung untuk mengetahui Zat Tuhan, maka benarlah pegangan itu! Maksudnya, bingung itu benar. Jadi, jika ada yang mengaku tahu (selain Nabi) akan Zat Tuhan, pegangannya itu goyah.


Para pecinta wanita akan mabuk cinta dengan suara wanita yang dicintainya. Rasa cintanya meluap-luap mahu berjumpa, rindu pun memuncak mahu menatap wajah kekasihnya. Itu lumrah. Bagi para pecinta Tuhan, sememanglah seboleh mungkin mahu berjumpa dan menatap sendiri 'wajah' Tuhannya. Itu lumrah bagi mereka. Jadi, pencarian mereka itu tidak putus-putus malah kerinduan itu semakin memuncak. Aku risau jika perjalanan percintaan itu akan memakan korban apabila berputus asa dan kecewa kerana gagal menatap 'wajah' Tuhan. Jika jiwa kecewa, Iblis akan masuk dan menjelma.


Teruskanlah bercinta, wahai abdi-abdi cinta tetapi janganlah meminta untuk memandang wajah kekasihmu di dunia ini. Teruskanlah merindu dan tahanlah sakit dan sengsara akibat rindu itu sehingga kamu mati. Semoga kesabaran kamu semua itu akhirnya akan membawa pertemuan dengan Tuhan di alam kekal dan kamu dapat menatap wajah kesayangan kamu itu di depan matamu.


Sesungguhnya nikmat yang tiada taranya di syurga nanti ialah nikmat menatap secara langsung 'wajah' Tuhan...






.

10 comments:

gadisBunga™ said...

Aku nakkkkk sangat mabuk cinta sampai macam tu. Alangkah indahnya.

Nizam.Ariff said...

GB,
bercinta je... bukan kena bayar deposit apa-apa pun. cuma kena sedia untuk menerima nikmat dan menahan sengsara... hahaha

eh, bukan ko tgh bercinta ke sekarang ni?

Kesuma Angsana said...

N3 yg bagus n penuh ilmiah walau terpaksa amik nafas 4 - 5 kali nk baca sampai habis. TQ share yek

Nizam.Ariff said...

Kesuma Angsana,
sharing is caring, orang putih kata... hehehe

tasekM said...

sambung lagi n3 nih...




.

sepa said...

sambung lagi, bang...!!!
(chewah... aku copypaste dr dak TM...)




.
asyik jugak eh bila baca nukilan ko yg beratberat nih...



.

tadi aku cuba baca blog si JayaNegara tuh...
tak bleh abis la bang...
tak sama wavelength...


aku baca tak sampai separuh, mata dah mula luyu... dan dan aku keluar dr blog tuh, segar balik mata eh...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
sambung lagi?
err.. ko pegang watak 'Dhada' ek..?






Sepa,
kadang-kadang kalau ayat separuh-separuh memang payah nak faham...
tapi aku rasa ko tak payah nak digestlah tulisan dia tu... ada beberapa perkataan yang dah mirip wahdatul wujud.... kalau tak silap dia ada komen yang kun faya kun pun miliknya...perghh.. langit ke-7 tu.... hahaha

dah, jangan bacalah...

ASH said...

Tetiba jer aku teringat nasyid geng Rabbani...
.
.
.
terbayang wajah arwah Us Asri!
Al fatihah..

sepa said...

ha ah...
bila aku baca hujahhujah yg tetiba terjah masuk, tak dak mukaddimah dan penutup yg tak jelas, aku terus tak jadi baca...

sandwich teori mesti ada... baru ngam.
kan dalam sandwich teori, lapis atas roti, isinya inti, pastuh roti pulak kat bawah... kalau banyak lapis lagi bagus... barula kita bulih nampak whole picture... frame pun kena menarik...


.

Nizam.Ariff said...

Ash,
ye? kat mana kaitannya itu?



Sepa,
betul tu. Kena ceritakan dulu konteks perbicaraan barulah kita faham apa yang ingin dibicarakan. Otak manusia akan selalu mencuba mencari sempadan, jika sempadan bicara tak ditemui, buah bicara akan tertabur dan kita tak pasti ceritanya dimana letaknya... dengan kata lain, lost...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com