Thursday, August 9, 2012

Pucuk Pauh Delima Batu... anak sembilang di tapak tangan

.

Salah seorang kakak aku adalah survivor kepada penyakit kanser. Dia seorang yang tabah dan cekal hati. Aku tahu dia begitu kerana dialah kakak aku, yang pernah cebok dan lampinkan aku, yang pernah dukung dan bawa aku jalan-jalan sekeliling kampung, yang kerap menguyah makanan yang keras-keras kemudian diluahkan semula lalu menyuapkan ke mulut aku pula. Persis ibu burung menyuap anaknya. Katanya, aku pandai kerana makan air liur kakak-kakak aku.  Aku harap abang-abang aku tak pernah buat begitu kepada aku.


Itu bukan inti cerita. pati cerita ialah ini. Ada satu hari itu, dia kata ada beberapa jenis sayur dan buah-buahan adalah 'no-no' kepada penghidap atau bekas penghidap kanser. Diantaranya yang aku masih ingat-ingat lupa ialah buah Cempedak manakala sayur pula ialah Bayam. Bayam??? (seseorang tolong pastikan)


Aku terkejut kerana Bayam adalah sayur yang aku anggap 'sihat', sayuran hijau yang Popeye makan dan jadi kuat. Kalau Popeye boleh jadi kuat, sesiapa yang makan Bayam juga jadi kuat. Serta merta aku teringatkan Badang. Aku syak, selain muntah Jin Air dia juga makan sayur Bayam. Atau pun, sebelum Jin Air tu makan ikan di dalam lukah si Badang, Jin Air tu terkebih dahulu makan Bayam. Bila dimuntahkan, segala isi perut yang lunyai berlendir dan hamis ikan itu termasuk Bayam juga keluar. Kalau tak pun, Badang bukan gunakan daun Keladi untuk tadah muntah Jin Air yang berlendir dan hamis itu. Mungkin Badang gunakan daun-daun Bayam hutan yang lebar-lebar.


Menurut kakak aku, sayur Bayam adalah 'no-no'  adalah kerana kandungan racun makhluk perosak yang tinggi. Jika itu sebabnya, maknanya bukan disebabkan sayur Bayam tetapi mana-mana sayur berdaun yang banyak menggunakan racun makhluk perosak. Racun-racun ini diserap ke dalam selulos sayur-sayuran. Abang aku pernah kata, peria dan peria katak yang terkenal sebagai ulam 'berubat' yang baik untuk darah tinggi dan kencing manis itu sebenarnya banyak menggunakan racun.


Dia tahu kerana dia pernah menolong kawannya menyembur racun di kebun sayur  milik kawannya. Kawannya akan sembur racun sehingga basah lokos buah-buah peria tadi tu. Satu lagi ialah kacang panjang. Kacang panjang perlu diracun sehingga basah lokos paling tidak seminggu sekali. Kalau tidak, habis dikerjakan dek ulat.



Jadi, aku berpendapat, eloklah kita makan sayur-sayuran yang tidak menggunakan racun langsung. Ada ke? Ada. Contohnya Pucuk Ubi, Pucuk Paku, Pucuk Keledek, Keladi Hijau...


Tapi ada yang kata Pucuk Paku dan Pucuk Ubi mengandungi racun Cyanide semulajadi. Beberapa tahun dulu ada satu artikel yang dikeluarkan oleh salah sebuah penyelidik universiti (dan heboh di dada koran harian) mengatakan Pucuk Ubi jangan dibiarkan lebih daripada sehari semalam kerana kandungan racunnya akan menjadi tinggi. Betulkah?


Kalau semuanya tak selamat, aku nak syorkan kita semua makan sayur Tauge hari-hari. Bukan payah pun. Rendam dan taburkan kacang hijau di atas guni jut yang lembab dan siramkan hari-hari. Bila kacang hijau itu bercambah dalam 1 inci, kutip dan boleh dimakan begitu sahaja.


Tapiii.... orang kata kalau nak Tauge jadi gemuk, kena siram dengan air kencing. Lebih hancing air kencing itu, lebih gemuklah Tauge tu. Kalau lepas makan petai atau jering, mungkin bertambah 'power'.

Hish.. nak makan sayur apa kalau macam ni....







.

21 comments:

Ujie said...

adush..dahle kita ni kurang gemar sayur, cerita2 ni menguatkan lagi alasan nape tak mkn sayur.

*dulu penah tanam kcg pnjg, mula2 ok. lps tu byk ulat, mmg langsung saya tak sembur racun pun. patut la kcg pnjng yg org jual cun je...

Lady Windsor said...

Pasal bayam 'no-no' untuk kanser survivor tu aku tak pasti. Setahu aku kalau ikut perubatan moden, tiada pantang larang dalam pemakanan sayur. In fact that bayam punya content adalah bahan antibarah yang bagus, ada zat besi, ada flavonoid dan banyak zat lain. Maybe apa yang kekanda kau cakap tu sebab bayam disembur dengan racun, so dia tak leh makan kot ya..

Baru semalam aku cakap dengan adik aku sayur paling murah ialah tauge, even patposen atau tigaposen pun boleh beli. Tapi awas kalau terjumpa tauge yang gemuknya luar biasa...pasti baja siramannya ialah air kencing...kehkhekhe...

Aku suka pucuk gajus, serai kayu, pucuk paku, belimbing besi aahhh banyak lagi...

Nizam.Ariff said...

Ujie,
hah.. kacang panjang yang cantik-cantik adalah kacang yang direndam dalam larutan racun serangga... kakaka




LW,
tu la... aku rasa yang dimaksudkan ialah kandungan racun yang tinggi. sebab bayam tu jenis sayur berdaun, kenalah pastikan daun2nya tak dimamah dek ulat...



Ok..Ok... aku tak tahu pasal Serai Kayu.... dibuat ulam?

tasekM said...

tak payah makan sayur.
kita makan ayam.
sedap.

nyum nyum..



.

Nizam.Ariff said...

TM,
ko tak pose..!!!!!

Mana boleh makan dikhalayak blog secara terang-terangan...

JunAina said...

Sayur bagus untuk kesihatan sudah tukar menjadi racun dan memudaratkan dalam jangka masa panjang...

salam ukhwah.

sepa said...

tak payah makan sayur.
kita makan kambingyangmakansayur.
sedap.

nyum nyum..



.

JunAina said...
This comment has been removed by the author.
LydSunshine said...

Cenggitu ke? Kena tanam sendiri la sayur. Tapi laman rumah takde. Dah tu cemana.

Lady Windsor said...

Serai kayu tu aku makan bubuh dalam ulam nasi kerabu, rasanya memang meletops...kalau mak aku dulu, asal buat nasi kerabu je mesti nak ada serai kayu dan bunga kantan, kalau tak nasi kerabu itu adalah nasi kerabu fake! Katanya....

Nizam.Ariff said...

JunAina,
tu la.. ada yg kata kebaikan ulaman timun dikalahkan dengan racun yang ada.. huhuhu




sepa,
bagus tu....
kalau nak makan karot, kita sembelih arnab yang comel...




LydS,
ada caranya, kalau rajin buat hidroponik la... kalau rajin. Kalau tak, beli je sayur keluaran SimeFresh.. bebas racun... mahal sikitlah tapi

Nizam.Ariff said...

LW,
Ooo... sejenis serai la ek...
kalau aku makan nasi kerabu memang aku terasa serainya... tapi aku rasa tu adalah serai biasa je... rupa2nya ada serai khas... aku baru tau.

ckLah @xiiinam said...

kita rebus pucuk betik tanam sendiri/tumbuh sendiri, pucuk gheti, pucuk so/melinjo.....dan pucuk pucuk yg tinggi...


:-)

Kesuma Angsana said...

KA pown macm pernah terdengar sayur bayam ni no no pas sesetangah penyakit. Tapi x berapa nak pastilah

haniaiman said...

sayur?erkkk, aku taugeh je tak mkn..muntoh haku..

buah kedondong said...

tak payah makan sayur

makan hati pun cukup

kahkah

Nizam.Ariff said...

Cklah,
kalau ada tanah luas sikit boleh la tanam Melinjo. kat sini secekap pucuk melinjo seringgit... huh.. kat rumah mak, pucuk2 dia dah keras2 sebab tak sanggup hari-hari 'jangan bening daun soo'...




KA,
haaaaa... .kalau begitu, dah sahlah sayur Bayam is a no-no...





LadyD,
sayur sedappppp.. ada vitaminnnn.......






BK,
hati bukan protein tumbuhan.. tak aci...

gadisBunga™ said...

ada orang kata, makan tauge bebanyak kalau susah nak dapat anak.

orang la kata...

secangkir madu merah said...

sebab tu sebelum sayur itu dimasak, direndam dulu utk beberapa minit.. klu tak makan sayur, makanlah byk buah2an... utk memudahkan mem'buang'...

amn said...

aku dulu sibuk cari sayur yang berlubang dimakan ulat....kononnya tak diracun.
bini aku selalu sindir....
alah yang awak hari hari sedut racun rokok ...takkan lut dek racun serangga...


sampai sekarang aku tak kisah sayue rupa camana...

Nizam.Ariff said...

GB,
weh... ko jangannn...
nanti aku beli seguni seminggu karang ada yang kata aku nak meniaga di pasar lak...




SMM,
nak tunggu habis direndam tu la yang payahnya. biasanya, nak masak baru keluarkan sayur... huhuhu




Azani,
tu patah semangat namanya.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com